Salam kejayaan kepada pengunjung blog saya. Visi merupakan suatu pandangan jauh dalam sesuatu perancangan hidup. Dengan adanya visi, maka anda akan lebih jelas tentang apa yang anda buat dalam sesuatu perkara terutamanya yang melibatkan perancangan kewangan.
Saya sangat tertarik dengan buku Adam Khoo – “Secrets of making multi-million dolar business”. Beliau membincangkan tentang pentingnya Visi yang jelas dalam mencapai kejayaana di dalam perniagaan. Apakah Visi saudara sahabatku sekalian?
Mempunyai gambaran yang jelas tentang hala tuju perniagaan kita adalah sangat penting. Ianya akan menentukan sejauh mana pernigaan anda akan beroperasi. 10 tahun?20 tahun? 30 tahun? atau tak sampai pun beberapa bulan. Saya tahu, ramai dikalangan kita kurang peka mengenai perkara ini saya pun sama . Jadi untuk mengingatkan diri saya dan anda semua, saya kongsikan sedikit apa yang saya faham mengenai kepentingan Visi.
Apakah maksud gambaran yang jelas dalam kepala anda? Bukan berangan yop! Anda perlu membayangkan kejayaan anda untuk satu tempoh yang anda tetapkan sendiri bila ia akan berlangsung. Mungkin anda membayangkan anda akan mempunyai 20 ribu orang pekerja dalam masa 10 tahun dari sekarang. atau mempunyai 10 orang anak
Semakin jelas apa yang anda bayangkan maka semakin anda bersemangat dan yakin untuk mencapai kejayaan yang anda idam-idamkan itu. Percayalah.. yakin.. insyaAllah. Bila anda sudah ada semua perkara ini, maka jalannya akan terbentang luas untuk kita menggapai kejayaan tersebut.
Seorang arkitek sudah dapat mengetahui sebuah rumah banglo yang cantik dan mewah sebelum ianya siap lagi. Ha..tengoklah betapa hebatnya kuasa imaginasi dalam diri kita. Apa yang perlu adalah untuk menterjemahkan ia menjadi suatu kenyataan melalui usaha kita.
Dalam proses utuk menyiapkan rumah yang berada didalam imaginasi arkitek tersebut, sudah tentu akan ada sedikit perubahan. Namun ianya tidak akan melibatkan perubahan yang besar malah mungkin lebih baik lagi. Oleh itu tuan-tuan semua, jangann takut untuk berimaginasi cemerlag (macam buku Dr Tuah- membina imaginasi cemerlang) . Pedulikan apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda. “aku adalah aku”.
Saya tidak berhajat untuk menulis panjang, semoga perkongsian yang ringkas ini akan dapat membantu anda dan saya mencapai cita-cita yang kita idamkan selama ini. Yer..bukan mudah.. tetapi Boleh Buat. Teruskan usaha anda walaupun ianya amat menyakitkan.
sekian, wassalam..
p/s : cara yang paling mudah untuk meneroka ke dalam alam kejayaan orang lain adalah dengan membaca buku.
p/s: Sila beri ruang kepada diri anda untuk melontarkan pendapat. Nyatakan di ruangan komen
Artikel menarik yang lain :
Say Something...
Powered by Facebook Comments
Wah.. sangat bagus artikel ni, boleh membakar semangat.
terima kasih. Harap kita akan sentiasa bermotivasi dalam melakukan apa jua pekerjaan.