23
2009
Tip perniagaan : Faktor kritikal kejayaan anda
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam saya telah mengikuti “talk” mengenai dari kosong sampai jutawan. Memang sangat menarik dan yang paling penting tetamu yang dijemput adalah Dr. Irfan Khairi, jutawan internet Malaysia.
Terdapat beberapa slot yang terdapat dalam “talk” ringkas tersebut dan semuanya menarik. Bermula dengan IK memberikan tip-tip perniagaan internet, kemudian Mr. Alan Lee seorang jutawan yang bermula dari negatif (-) sampai bergelar jutawan.

credit to - http://photos-956.friendster.com
Banyak ti-tip berguna yang saya dapat walaupun ini adalah kali ke-2 saya menghadiri “talk” tersebut.
Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah mengenai kepentingan ilmu dalam perniagaan. Walaupun anda bergelar lulusan Ijazah kelas pertama dan matematik skor A sekalipun, apabila ianya melibatkan perniagaan, anda belum tentu boleh mendapat A juga.
Dua dunia ini adalah berbeza sama sekali. Jadi, jangan haraplah anda boleh bergelar usahawan jutawan jika anda tidak tahu caranya. Saya kongsikan sedikit apa input menarik sepanjang “talk” tersebut. Semoga kita akan lebih sedar tentang kemampuan kita yang sebenarnya mampu dan mempunyai bakat menjadi seorang jutawan. Apa yang membezakan anda dan mereka yang bergelar jutawan adalah mereka tahu teknik dan cara yang “betul” untuk bergelar usahawan jutawan.
Apakah faktor-faktor kritikal kejayaan seorang usahawan? Antaranya ialah:
1. KEKUATAN Anda
Setiap orang saya percaya mempunyai kekuatan masing-masing. Jadi cari kekutan tersebut dan gunakan dengan semaksimum mungkin. Untuk mempunyai kekuatan juga, anda tidak boleh berseorangan dalam melakukan sesuatu perkara.
Saya yakin anda bukan seorang “superman” atau “spiderman”. Jadi, cari kekuatan dan kelemahan diri kita untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan serta jangan kerja sorang-sorang kalau nak kaya cepat.
2. FOKUS perniagaan
Apakah fokus perniagaan anda. Online atau offline. Kedua-duanya perlu pempunyai fokus tertentu supaya tenaga yang dihasilkan untuk menjayakan perniagaan itu besar dan mantap.
3. KEYAKINAN diri
Sebut pasal keyakinan, saya yakin anda mempunyai pengalaman turun dan naik dalam membina keyakinan diri. Saya juga begitu. Kadang-kadang kita berasa yaking sangat-sangat apa yang kita buat itu akan berjaya. Kadang-kadang kita hilang semangat dan keyakinan akibat dari perkara-perkara negatif yang kita lakukan.
” satu perkara negatif boleh menghancurkan 9 perkara positif yang kita fikir dalam kepala”
Oleh itu, sentiasalah bersemangat dan bina keyakinan diri anda sendiri dengan lakukan apa yang anda takut. InsyaAllah kejayaan akan menyusul.
4. ….tunggu….
Okey, faktor yang seterusnya ini, saya serahkan kepada anda dahulu untuk berikan pandangan dan pendapat. Saya akan tambah lagi faktor kritikal kejayaan pada artikel seterusnya. Jangan lupa, selalu singgah di blog ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu bermanfaat untuk kita bersama.
Semoga bermanfaat hendaknya..
Related Posts
1 Comment + Add Comment
Leave a comment
ARTIKEL TERKINI!
- Salam Syawal, Aidilfitri 2010
- faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun
- Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
- Puasa, Perniagaan & Anda
- Selamat berpuasa
- Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!
- Mengembalikan semangat yang pudar!
- Mengekalkan Momentum
- Selamat Hari BELIA & Hari GURU
- Santai – Cerita kedai makan
Komen Terkini
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
Selamat berpuasa zool. InsyaAllah semoga terus bersinar hendaknya
- faizal ehsan on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
InsyaAllah Hadi, kitalah generasi yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan tersebut.
- Hadi Rofiee on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
''Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali''. Saya suka ayat di atas.. ... - faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
terima kasih Hairul
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
sama-sama mengingatkan Hadi Rofiee
- Blog Hairul on Puasa, Perniagaan & Anda
tertarik dengan tulisan saudara faizal, puasa budak darjah dua boleh buat. Ya, puasa bukan sekadar tahan diri dari makan minum, ... - Hadi Rofiee on Puasa, Perniagaan & Anda
Peringatan yg bagus. Manusia seringkali lupa & alpa.

An article by faizal ehsan













[...] berbalik kepada tajuk artikel yang lepas Tip perniagaan : Faktor kritikal kejayaan anda, pada hari ini saya akan sambung semula apakah faktor kejayaan yang seterusnya. Antara [...]