Tip perniagaan : Faktor kritikal kejayaan anda (2)

Hari ini baru saya mempunyai kesempatan untuk update blog. Maafkan saya kepada anda yang tertunggu-tunggu post terbaru. Wah..dah nak sampai hujung tahun rupanya. Lebih kurang dua hari lagi tahun baru 2010 akan bermula. Saya yakin dan percaya anda semua sudah mengorak langkah merancang apakah yang ingin dicapai untuk tahun 2010 nanti.

Semoga apa yang anda dan saya rancangkan untuk tahun 2010 nanti akan mencapai kejayaan, insyaAllah.

Okey, berbalik kepada tajuk artikel yang lepas Tip perniagaan : Faktor kritikal kejayaan anda, pada hari ini saya akan sambung semula apakah faktor kejayaan yang seterusnya. Antara faktor-faktor yang kita semua kena tahu adalah:

4. CARA-CARA meningkatkan perniagaan

Untuk menjamin kejayaan pernigaan anda, tidak dapat tidak, kita kena tahu cara. Method yang perlu digunakan dalam menjalankan pernigaan kita. Kadang-kadang kita merasakan kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan perniagaan kita maju. Tetapi, jika caranya tidak betul dan salah, maka segala usaha kita adalah sia-sia.

Jadi, kita kena ingat, nak berniaga, kena tahu cara yang betul. Sebab itu, kita tidak boleh salahkan jutawan-jutawan di luar sana, mereka kaya, sebab mereka tahu CARAnya.

5. BAGAIMANA mempromosi perniagaan

Bagaimana mempromosi perniagaan anda? Melalui pemerhatian saya, kebanyakan usahawan tidak mengetahui cara mempromosi perniagaan dengan cara yang betul. Main hentam keromo sahaja. Jadi hasilnya adalah tidak seberapa dan kadang-kadang menyebabkan kerugian.

Cuba fikirkan dan tanya kepada diri anda sendiri, bagaimana cara yang betul utnuk membuat promosi. Samada melalui tv, laman web, radio, majalah dan sebagainya. Fikirkan bajet yang bersesuaian. Promosi yang betul dengan bajet yang rendah akan membuatkan perniagaan anda “boom”, meletup di pasaran.

6. RAHSIA menggandakan keuntungan

Wah, bunyinya mengancam. Yup, kita kadang-kadang terlupa mengenai perkara ini. Mengapa orang lain berjaya? sebab ada RAHSIA. Mengapa orang lain kaya dan jadi jutawan? ada RAHSIAnya dan bermacam-macam lagi rahsia.

Bagiamana untuk mendapatkan rahsia tersebut? Jawapannya, cari mentor dan bertanya kepada mereka yang sudah berjaya. Itu sahaja ;)

7. PELANGGAN berpotensi

Setiap perniagaan mempunyai pelanggan masing-masing. Jika kita berniaga air, pelanggan yangg berpotensi adalah mereka yang haus. Jika berniaga makanan, ha.. anda boleh beri jawapan?

Pelanggan yang berpotensi sangat-sangat penting untuk membuatkan sesuatu pernigaan itu berkembang. Jika kita ada banyak pelanggan, tetapi mereka bukan dari kategori mereka yang tidak mempunyai kuasa membeli yang kuat, maka barang yang kita jual tidak akan LAKU.

Kesimpulan

Okey, selesai sudah kesemua faktor-faktor kritikal kejayaan anda dalam perniagaan. Sebenarnya, faktor-faktor tersebut tidaklah terhad kepada perniagaan sahaja, tetapi boleh diaplikasikan juga dalam kehidupan.

p.s: Saya baru mengikuti workshop jutawan internet Dr. Irfan Khairi. Terdapat pelbagai tip-tip yang berguna untuk saya gunakan dalam perniagaan internet. Anda bila lagi?

p.p.s: Saya akan tulis artikel mengenai bengkel tersebut esok :)

Sila KLIK pada tawaran ISTIMEWA untuk anda di bawah:

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

About faizal ehsan

Seorang Usahawan Muda yang mengharapkan keredhaan Allah. Semoga persinggahan anda di blog ini memberi manfaat. Hakcipta Terpelihara © Faizalehsan.Com Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini.
This entry was posted in Tip Perniagaan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

119 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.