Tip Motivasi: Pemikiran Positif

credit to:http://www.kagakribet.com/artikel/millionaire.jpg

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Memiliki minda yang positif sangat perlu bagi mereka yang memilih usahawan sebagai kerjaya sepenuh masa. Adakalanya tidak semua yang dirancang akan membuahkan kejayaan. Kegagalan dan kejayaan adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Sebagai usahawan yang tulen, syukurilah setiap ketentuan tersebut.

Selain mempunyai pemikiran yang positif, kita juga mestilah mempunyai semangat yang kuat dan sentiasa bermotivasi. Saya sangat teruja bila melihat rakan-rakan seperjuangan semakin berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Siapa kata kita tidak mampu berniaga?

Ada bermacam-macam cara untuk memotivasikan diri. Terpulang kepada cara masing-masing. Ada yang menjadikan idola mereka sebagai sumber motivasi, membaca artikel-artikel motivasi, ada yang dengan berjumpa kawan-kawan juga dapat  memotivasikan diri. Motivasi yang tinggi amat perlu kepada jiwa seorang usahawan.

Semalam saya terlihat seorang rakan yang bergambar dengan jutawan-jutawan Malaysia. Saya kira anda semua pasti mengenali Dr. Irfan Khairi, Azman Ching, Abang abu, dan ramai lagi. Bila terlihatkan kepada rakan tersebut yang bergambar dengan salah seorang Idola saya, saya rasa bersemangat dan cemburu (dalam erti kata positif) untuk suatu hari nanti akan sama-sama duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bersama barisan jutawan yang lain. InsyaAllah.

Walaupun begitu, perjalanan itu masih jauh. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum boleh menggelarkan diri sebagai seorang usahawan jutawan. Saya pasti, mereka menjadi jutawan bukan dengan jalan yang mudah. Dikala ini, terdapat banyak perniagan yang hanya mementingkan duit semata-mata tanpa mempraktikkan cara sebenar berniaga dalam Islam. Tanpa keberkatan tiada gunanya harta bertimbun tetapi tiada keberkatan. Harta banyak jiwa kosong.

Dunia perniagaan menuntut saya mempelajari banyak perkara dalam masa yang singkat. Bukan mudah tetapi jika kita mahukan kejayaan, tiada jalan pintas melainkan terpaksa berkorban masa dan tenaga pada tahap optimum. Dunia perniagaan sekarang menuntut anda belajar dan menyerap segala maklumat dengan cepat dan pantas.

Sekadar ini dahulu perkongsian saya pada masa ini. Semoga ada manfaatnya kepada anda semua. Jika ada sebarang pendapat, sila tuliskan diruangan komen dan saya amat-amat menghargainya. Jumpa lagi..

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

105 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.