Salam sejahtera kepada anda semua.
Hari ini kita masih lagi dipertemukan dalam blog saya faizalehsan.com
Alhamdulillah..hari ini saya masih diberi kekuatan untuk menulis artikel di dalam blog ini. Yup, saya bukanlah sehebat Dr. Irfan Khairi, smartzul, En Rohaizad yang dah memang semua orang tahu kehebatan mereka dalam berblog serta konsisten dalam menulis artikel.
Menulis sesuatu yang bermanfaat kepada setiap pengunjung blog bukan satu tugas mudah sebenarnya. Sesiapa yang mempunyai blog sendiri, saya rasa anda faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya boleh sahaja nak menulis pelbagai benda yang menarik perhatian saya sepanjang hidup ini. Namun, itu bukan matlamat sebenar blog ini dibuat.
Anda sebagai usahawan internet selalu di ajukan mengenai niche blog. Oleh kerana blog ini adalah mengenai tip perniagaan dan keusahawanan, saya seboleh mungkin tidak mahu menyimpang dari matlamat asalnya. Bukan apa tuan-tuan, nanti merapu-rapu pula tulisannya dan anda yang melawat akan jadi bosan dengan setiap artikel yang dibaca.
Tetapi taklah saya cakap tak boleh langsung nak campur-campur, cuma anda kenalah pandai nak susun setiap artikel tu dengan kemas dan menarik. Saya yakin anda semua tahu apa yang anda buat.
Bahasa yang digunakan di dalam blog ini mungkin juga agak ’skema rama’ atau ’skema’ lah tu.. (dah itu cara saya)
Saya sengaja menggunakan bahasa yang lebih formal supaya anda semua biasa dan sayangkan bahasa ibunda kita ini. Saya boleh gantikan dengan perkataan ‘aku’ tetapi saya tidak mahu menggunakan ganti nama tersebut untuk penulisan. Bukanlah bermakna nak guna kata ganti tersebut tak dibolehkan, saya lihat ramai yang menggunakan kata ganti nama tersebut di dalam berblog. Jadi, ikut sahaja apa yang anda rasa ’selesa’. Tak ada masalah tuan-tuan.
Blogger juga memainkan tugas sebagai pendidik kepada setiap pengunjungnya. Ini kerana, ada diantara mereka yang mempunyai pengaruh yang tersendiri. Jadi anda dan saya ada tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul. Kalau kita gunakan ke arah kebaikan, alhamdulillah. Jika ke arah yang tidak baik.. maka bala akan menimpa setiap orang. Lebih-lebih lagi dengan adanya kuasa internet sekarang. Serba cepat, serba pantas. Dosa tu mengalir macam air terjun.
Membuat duit di internet bukan satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi anda seorang yang baru lagi dalam dunia maya ini. Tiada siapa yang kenal, tiada pengaruh dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada anda untuk mempromosikan diri sendiri. Melalui blog, forum dan sebaginya. Semuanya ada ruang untuk kita terobosi untuk menonjolkan diri.
Kesimpulan
Semua orang berhak untuk berjaya asalkan anda berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t. Semuanya berlaku atas kehendak dan keizinan dariNya. Kita sebagai hambanya perlu taat dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Tidak kira anda usahawan inetrnet, usahawan produk fizikal, polis, tentera, dan walaupun anda hanya pengawal keselamatan, kita semua ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Bukan mudah, tetapi ini semua adalah ujian dari tuan punya dunia.
Sekadar ini dahulu perkongsian saya. Mungkin tidak banyak lagi menyentuh bab-bab perniagaan dan keusahawanan. Saya akan pastikan anda yang melawat ke blog ini tidak datang dengan sia-sia. Artikel yang di tulis hendaklah dibaca dan direnung mana-mana yang boleh dijadikan manfaat. Semoga kita akan sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah s.w.t. hendaknya.
p.s: semalam saya baru sahaja tukar kad (debitkad maybank). Ada masalah pula…
p.p.s: Jom beri komen dan pendapat di bawah
Popularity: 46% [?]
Sphere: Related Content

December 17th, 2009
faizal ehsan 
Posted in
Tags: 





































sy masih ingat lg,mula2 sy bjinak2 dgn blogger,sy tulis saja apa yg sy fikir…dah tu sy fikir eehh ape yg sy tulis ni…merapu
hai…tapi kini tak lg,web sy dah sempurna tsusun…
ni pun sbenarnya hasil pbacaan/rujukn drpd rakan2 blogger…
terima kpd anda semua
terima kasih MrNiz kerana sudi datang dan berkongsi pendapat di blog ini. Yup kite kena selalu belajar dan jangan mudah putus asa dalam apa jua yang kita lakukan. Tahniah untuk saudara
salam,En.Faizal…saya ni banyak juga menulis,tapi lebih kpd penulisan skrip drama…saya dah lama teringin nak jadi penulis blog,dan kalau boleh saya nak cuba jadikan blog sebagai salah satu cara menambah pendapatan…soalan saya; 1) betul ke jadi penulis blog boleh buat duit?
w`salam en zikryuhana.
maafkan saya kerana lambat reply.
menulis blog memang boleh buat duit. saya bukanlah seorang yang pakar dalam hal ini,tetapi ada rakan yg lebih pakar, sila rujuk blog ini ye, http://www.rohaizad.com/.
harap dapat membantu sandara. sebenarnye, en zikryuhana sudah mempunyai kelebihan menulis, cuba fikirkan macam mana nak gunakan kelebihan tersebut untuk ditukarkan menjadi duit.