12
2009
Tip memilih tapak perniagaan anda
Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!
Memilih suatu tempat atau tapak untuk memulakan perniagaan boleh menjadi sesuatu yang amat memeningkan. Di mana lokasi strategik dan sebagainya. ada pandapat mengatakan tempat yang paling sesak adalah tempat yang terbaik untuk kita menyewa kedai. Ada juga yang mengatakan carilah tempat yang kurang sikit orang,selesa untuk menjalankan perniagaan.
Ada pro dan kontra daripada pendapat tersebut. Okey,saya bercerita mengenai orang cina. Mereka lebih suka tapak kedai mereka di tempat-tempat yang ramai orang bertumpu. Ha..tuan-tuan boleh tengok sendiri. Dimana lokasi kedai-kedai bangsa cina kat luar tu?.
Bagi kebanyakan orang melayu (bukan semua) lebih suka tempat yang kurang orang. “Selesa” sikit katanya. Kalau kita fikir-fikir semula,tempat yang kurang orang sudah tentulah kurang juga potensi untuk pelanggan membeli. Pendapat anda?
Kurang orang bermakna ada banyak tapak parking kereta. Jadi ini sudah memberi keselesaan kepada pelanggan untuk berurusan di kedai-kedai yang kurang menjadi tumpuan orang ramai. Bagi yang bersesak-sesak, anda sendiri sudah tentu pening kepala untuk mendapatkan tempat parking. (parking jauh-jauh)
Sebagai pelanggan anda sudah tentumahukan keselesaan. Nak parking senang,nak membeli pun senang. Maka. Wujudlah pasaraya hypermarket macam Giant, Carefour, Tesco dan sebagainya. mereka berlumba-lumba menyediakan tempat parking yang luas dan selesa untuk pelanggan-pelanggan mereka. (siap ada atap lagi) Maka tidak hairanlah mereka boleh membuat keuntungan berjuta-juta ringgit kerana memberi kepuasan kepada pelanggan.
Okey,itu cerita perniagaan offline. Untuk perniagaan internet macam tuan-tuan sekarang macam mana pula?apa tapak yang anda semua ada? Yer..jawapannya anda sudah tahu bukan. Blog atau laman web adalah tapak perniagaan anda. Tapak yang anda bayar untuk tempoh setahun atau ikut bulanan.
Tapak perniagaan online sangat luas pasarannya. Melebihi had sehingga menembusi pasaran luar negara tanpa perlu membayar apa-apa cukai import atau eksport. Jadi, gunalah kelebihan yang ada ini untuk melaksanakan perniagaan anda dan optimumkan segala fungsi untuk menjayakan perniagaan anda.
Yer..susah.. nak dapat trafik memang memerlukan usaha keras. Kalau ada tapak,tapi tak ada orang yang nak singgah pun tapak perniagaan anda memang mengharukan bukan?. Tetapi ada penyelesaiannya tuan-tuan.
bersabar..
bersabar…
bersabar…
dan bersabar.. (banyaknya sabar..
)
Bina kredibiliti atau keunikan anda sendiri. InsyaAllah anda akan berjaya. Semua ini memerlukan masa sebelum anda boleh betul-betul berjaya tawan hati pelawat-pelawat anda. Saya pun kena sabar..huhu.terima kasih yang sudi singgah ke blog yang tak seberapa ni. Sebuah tapak kedai yang baru dibina, sudah tentu tidak ramai orang yang tahu.Jadi ianya memerlukan kerja keras dalam promosi dan sebagainya.saya yakin anda semua akan dapat habuannya bila usaha itu berbalas kelak. Jangan putus asa.
rumusan..
Saya memang mempunyai cita-cita yang besar dalam perniagaan. Memang bidang ini memerlukan kita berusaha gigih pada peringkat permulaan. Anda boleh tanya kepada sesiapa yang telah berjaya, mereka semuanya mengalami dan buat benda yang sama.
Menjadi usahawan merupakan suatu proses. Antara proses tersebut adalah anda jatuh, anda bangun semula, anda jatuh, anda bangun semula dan anda BERJAYA. Semua proses ini akan dialami oleh semua orang yang bergelar usahawan dan peniaga. Jadi kalau anda semua mempunyai matlamat untuk menjadi usahawan anda kena lalui semua ini dan kena belajar. “just do it” . InsyaAllah kita akan berjaya.
Bukan mudah tuan-tuan.. sebab itu
9/10 rezeki datangnya dari perniagaan (hadis Nabi)
ps: anda ada tip untuk dikongsikan? sila beri pendapat anda dalam ruangan komen ye.?
Related Posts
Leave a comment
ARTIKEL TERKINI!
- Salam Syawal, Aidilfitri 2010
- faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun
- Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
- Puasa, Perniagaan & Anda
- Selamat berpuasa
- Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!
- Mengembalikan semangat yang pudar!
- Mengekalkan Momentum
- Selamat Hari BELIA & Hari GURU
- Santai – Cerita kedai makan
Komen Terkini
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
Selamat berpuasa zool. InsyaAllah semoga terus bersinar hendaknya
- faizal ehsan on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
InsyaAllah Hadi, kitalah generasi yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan tersebut.
- Hadi Rofiee on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
''Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali''. Saya suka ayat di atas.. ... - faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
terima kasih Hairul
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
sama-sama mengingatkan Hadi Rofiee
- Blog Hairul on Puasa, Perniagaan & Anda
tertarik dengan tulisan saudara faizal, puasa budak darjah dua boleh buat. Ya, puasa bukan sekadar tahan diri dari makan minum, ... - Hadi Rofiee on Puasa, Perniagaan & Anda
Peringatan yg bagus. Manusia seringkali lupa & alpa.

An article by faizal ehsan












