Dec
21
2009

Tip: Bagaimana memilih “theme” yang sesuai?

credit to - http://www.neurosoftware.ro

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, seperti biasa kita bertemu lagi pada hari yang bertuah ini. Walaupun kadang-kadang kita rasa, “Alahai..teruknya hari ini, macam-macam hal terjadi”, lebih kurang macam itulah anda cakap dalam hati kan? Tetapi tuan-tuan, kita kena dan wajib bersyukur sebab kita masih boleh celikkan mata pagi tadi.

Pertamanya, saya ingin memohon seribu kemaafan kepada anda semua. Mesti anda semua akan berasa pelik, setiap kali masuk sahaja ke blog ini, “theme” blog ini sering bertukar. Sebenarnya saya masih mencari, “theme” yang manakah yang paling sesuai untuk digunakan. Saya pasti, kepada mereka yang selalu singgah ke sini, theme yang biasa saya gunakan adalah theme yang anda dapat lihat sekarang.

Saya pernah menggunakan theme yang berwarna biru pada masa lepas, tetapi setelah meneliti beberapa perkara, akhirnya saya tetap menggunakan theme ini. Saya sebenarnya berasa serik dan tertanya-tanya, adakah disebabkan theme yang saya gunakan sekarang menyebabkan ianya mudah di Hack. Saya katakan demikian kerana setiap kali theme ini digunakan, maka akan berlaku “penggodaman” ke atas blog ini.

Walaupun alasannya nampak macam kelakar, tetapi saya tetap sukakan theme sekarang. Mudah dan ringkas serta menarik. Saya ada sedikit pertanyaan kepada anda, adakah anda berasa selesa dengan theme yang anda lihat sekarang? Beri pandangan anda di ruangan komen ye?

Petang tadi, saya telah pergi ke PUNB untuk membincangkan tentang “Rancangan Perniagaan”. Hmm..memang agak berat sebenarnya nak memulakan sesuatu perniagaan. Tanpa perancangan yang betul dan tepat, semuanya bakal hancur. Walaupun begitu, saya sedar, ini adalah peluang terbaik untuk meningkatkan taraf hidup. Namun ianya tidak semudah yang anda semua sangkakan.

Okey, saya akan kongsikan tip mengenai blogging pada artikel yang akan datang. Semoga perkongsian ringkas saya hari ini akan bermanfaat.

p.s: Berikan pendapat anda dan tuliskan komen mengenai theme blog ini , serta apakah ciri-ciri yang sesuai dalam memilih sesuatu theme sesuatu blog. Kongsikan dengan rakan-rakan kita.

p.p.s: Usahawan internet yang berjaya tahu apa yang dibuatnya

Leave a comment

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.

 

Komen Terkini

ARKIB