
credit to - http://www.efaw.org/images/collage_environment2
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu di alam maya. Apa khabar pembaca blog faizalehsan.com sekalian. Tidak kiralah anda baru sahaja menjumpai blog ini akibat tersesat ataupun yang dah selalu singgah disini, saya ucapkan tahniah!
Maafkan saya agak lambat update blog hari ini. Dah tengah malam jumaat baru nak tulis artikel mengenai “tazkirah jumaat” seperti yang anda lihat pada tajuk artikel kali ini. Walauapapun, saya tetap ingin menulis sesuatu yang berguna untuk pengunjung semua.
Mulai hari ini, setiap hari jumaat, saya akan tuliskan artikel bertajuk “Tazkirah Jumaat”. Tujuannya, agar kita sebagai umat islam sentiasa sedar, apakah kepentingan hari jumaat ini dan sentiasa bermuhasabah diri bermula dengan diri saya sendiri dan anda. Okey, saya tidak berhajat menulis panjang. Sekadar sepotong maksud ayat dari Al-Quran untuk renungan kita bersama.
” Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat menggantikan atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi syafa`at; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara) ”
Surah Al-Baqarah: 123
p.s: saya bukanlah seorang ustaz yang layak untuk mengulas ayat tersebut. Harapan saya adalah, ianya memberi kesedaran kepada kita serta membuatkan kita sentiasa berfikir apakah maksud ayat tersebut sedalam-dalamnya.
p.p.s: Berniaga sambil menanam pelaburan untuk kehidupan di “SANA”
p.p.p.s: Anda di galakkan untuk memberi komen dan pendapat, sila ke ruangan komen
Say Something...
Powered by Facebook Comments