Faizalehsan.Com » Tazkirah

Kita sentiasa ada pilihan
Dalam menelusuri hidup ini, kita telah menempuh pelbagai perkara. Sejak dari kecil hinggalah dewasa. Kalau masa kecil dahulu, kita mungkin tidak terlalu tertekan dengan masalah yang rumit seperti belanja sekolah, pendapatan harian dan sebagainya. Kita hanya berada di dalam dunia kita.

Seronok? Pasti seronok dengan apa yang kita lalui masa lalu. Mengimbau masa lalu memang seronok. Apatah lagi, bila kita berkesempatan menjadi seorang dewasa sekarang ini. Ada juga mereka yang tidak sempat. Sudah kembali mengadap tuhan yang maha esa. Maka bersyukurlah.

Saya kini jarang menulis mengenai perniagaan. Mungkin kerana perniagaan sekarang berada dalam keadaan yang suram. Sedikit mengganggu rentak perjalanan hidup ini. Walau apapun, hidup mesti diteruskan dengan tabah. Buat selagi termampu.

Berbalik kepada tajuk asal kita.

Kita ada dua pilihan. Iaitu membuat pilihan yang baik dan buruk. Pilih yang mana satu. Hakikatnya, kedua-dua pilihan adalah benar belaka. Kerana baik atau buruk datangnya dari Allah. Namun, kita mempunyai akal untuk menimbang yang mana baik dan juga buruk. Maka sebagai manusia yang waras, kita akan memilih untuk buat kebaikan.

Bagaimana dengan mereka yang memilih jalan keburukan? Jawapannya hanya satu, kembali kepangkal jalan. Berdoa dan terus berdoa agar dikurniakan hidayah untuk terus bersama Islam insyaAllah. Selain itu, mohin juga agar dibukakan pintu hati kita yang tertutup agar dimudahkan untuk kembali ke jalan yang benar.

Allah maha pengampun dan maha penyayang. Sebagai hamba yang sering melakukan kesilapan samada sedar atau tidak, kena minta ampun. Buanglah rasa ego kita.

Mungkin apa yang saya perkataan adalah secara umum sahaja. Saya pasti pengunjung blog ini bijak-bijak belaka untuk memahami dan dapat menggali dengan lebih dalam lagi apa yang tersirat dan tersurat.

Sekian,

Assalamualaikum

- faizal bin ehsan

Ps: Anda dialu-alukan untuk memberi komen..

-Posted using BlogPress from my iPad

Artikel menarik yang lain :

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

Salam Aidiladha 2010

faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun

Puasa, Perniagaan & Anda

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda
Sedang mencari-cari idea, maka saya teringatkan blog pertama yang pernah saya buat dahulu. Blog percuma sahaja dengan kuasa wordpress. Pada masa itu baru berjinak-jinak dengan dunia maya dan juga pada masa itu, dunia blogging baru sahaja bermula.

Ketika itu juga, saya masih lagi menuntut di kampus UMP. Sengaja melakukan sesuatu yang baru sebagai hobi. Manalah tahu, kalau-kalau boleh menambah sedikit pendapatan sambil belajar di Universiti. Okey, itu hanyalah sedikit cerita alam kampus. Orang kata, zaman belajar adalah zaman yang paling seronok sekali. Tidak banyak komitmen yang harus dipikul. Habis kuat pun, kena siapkan assignment dan mengadap muka pensyarah universiti sahaja.

Kehidupan di luar kampus adalah berlainan. Jauh dari rasa selesa ketika berada di alam universiti. Eh… nampaknya dah mengelamun jauh ni… haha.  Tidak mengapa, kita sambung cerita alam kampus ni pada masa akan datanglah ye. Sebab ini bukan fokus utama kita hari ini.

Di bawah saya tuliskan kembali, apa yang pernah saya tulis pada blog saya yang pertama dahulu. Terasa syahdu pula bila membaca tulisan ini. Bukan saya buat, tetapi saya ambil dari tulisan rakan-rakan juga sebenarnya. Jadi, jom baca.

Ya Allah,

Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,

Sahabat Nabi setia di sisi,

Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,

Saya muhasabah, menerawang sendiri,

Dari kecil ke saat ini,

Ramai sudah bertandang di hati,

Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,

Sahabat ketawa, saya gembira,

Sahabat sayu, saya syahdu,

Sahabat layu, saya pilu,

Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,

Kawan saya, sahabat saya,

Rahmati kami meniti usia,

Terpisah kami di alam nyata,

Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,

Sahabat saya, buah hati saya,

Mesra kami penawar duka,

Rindu kami menambah cinta,

Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,

Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,

Bermusuh kami, na`uzubillah,

Berpisah mati, insyaAllah,

Pengubat hati, do`a rabitah..

Kalau rasa-rasa nak kongsi sesuatu, jangan malu-malu komen di bawah ya

Jumpa lagi…

p.s.: Sesekali lari sikit dari topik usahawan dan perniagaan.

Join saya di facebook:

Follow saya di twitter :

Artikel menarik yang lain :

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

Apa yang menarik tentang 11.11.11?

19 Profil Usahawan Terbilang

Perniagaan yang pantas akan sentiasa ke hadapan. Caranya?…

10 billionair Malaysia 2011

19 Profil Usahawan Terbilang
Menjadi usahawan terbilang adalah impian semua orang yang bergelar usahawan. Walaupun mereka yang makan gaji sekalipun, tetap mahukan sesuatu yang ‘lebih’ dari kebiasaan dalam bentuk ganjaran kewangan. Ini adalah sifat semulajadi manusia. Tidak pernah puas dengan apa yang kita ada. Sebab itu, dunia semakin hari semakin maju disebabkan rasa ketidakpuasan hati kita bila sudah mencapai sesuatu matlamat.

Namun dalam usaha kita menjadi seorang usahawan, tidak semuanya indah belaka. Bila sudah melangkah kaki ke dalam dunia perniagaan, pasti kita akan mengharungi pahit dan manis.

Perniagaan membolehkan anda tersenyum sampai ke telinga, dan boleh juga membuatkan anda mengalirkan air mata. Itulah cabarannya.

Di bawah, ada beberapa perkara penting yang perlu ada untuk menjadi seorang usahawan terbilang. Sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga memberi panduan kepada bakal-bakal usahawan di luar sana. Saya bukanlah yang layak untuk memberikan panduan, kerana saya sendiripun masih lagi belajar bertatih dan belum mampu berlari. Apa yang saya ada, saya kongsikan dengan anda semua. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.

Terdapat banyak buku di luar sana yang berkaitan dengan keusahawanan. Tetapi dari pemerhatian saya, lebih banyak buku-buku penting ini di tulis dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya mengambil inisiatif, untuk memberikan sedikit dari apa yang saya ada membuat penulisan dalam bahasa melayu. Semuanya adalah untuk anak bangsa saya sendiri. Kalau bukan kita yang mulakan, siapa lagi?

Ikuti dan sama-sama kita amalkan sikap-sikap yang baik ini dalam diri kita sebagai seorang usahawan Islam:

Sentiasa Jujur

Telus dalam setiap tindakan

Berdisiplin tinggi

Sistematik dalam melakukan kerja

Mesra pelanggan

Suka berjumpa dengan semua orang

Mendapat sokongan yang padu dari pasangan dan keluarga

Sanggup dan sentiasa berusaha lebih

Memiliki bakat semulajadi

Dan senarai ini akan di tambah pada artikel akan datang. Jumpa lagi…

Join saya di Facebook

Follow saya di twitter

Adakah anda sedang mencari produk -produk bumiputera? klik SINI

Artikel menarik yang lain :

Kembali Kepada Agama

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

Bersikap Praktikal

Selamat Hari BELIA & Hari GURU

Kepentingan matematik dalam perniagaan

Salam Aidiladha 1432Hijrah
Alhmdulillah. Kita bertemu lagi di ruang maya ini. Agak lama saya tidak update blog ini. Kalau hendak dibuat alasan, memang sentiasa ada untuk tidak update blog faizalehsan.com ni hehe.

Terdapat pelbagai perkara yang berlaku sepanjang dua bulan ini. Sedar tidak sedar sudah sampai bulan November.

Apa khabar sahabat usahawan semua? Bagaimana dengan semangat dan motivasi anda sejak dari awal tahun sehingga sekarang? Saya pasti semangat itu ada naik dan turun. Itu normal. Sedangkan iman pun ada turun dan naiknya.

Walauapapun yang berlaku, kalah ke, sakit ke, gagal ke, dan sebagainya, janganlah sekali-kali kita berputus asa. Kerana apa? kerana orang yang berputus asa itu tidak pernah berjaya. Saya juga sekadar memberi semangat dan memberi ingatan kepada diri sendiri terutamanya.

Berbalik kepada salam Aidiladha ini, saya tidak ada apa-apa yang ingin diulas. Seperti biasa, hari raya korban ini lebih kepada kita memperingati perjuangan dan pengorbanan Nabi Ismail a.s. dan juga Nabi Ismail a.s. . Tidak terhingga tahap pengorbanan mereka jika hendak dibandingkan dengan apa yang kita korbankan utuk agama kita. Tetapi itu bukan alasan sebenarnya. Selagi terdaya, kita boleh lakukan apa yang termampu.

Kalau tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua.

Banyak perkara yang saya mahu kongsikan berkaitan dengan korban. Namun, jika dinukilkan satu persatu, mungkin boleh menghasilkan sebuah buku..huhu.

Cukuplah sekadar sedikit update setelah sekian lama tidak buat artikel terbaru. Nantikan pada masa akan datang tip-tip keusahawanan dan juga perniagaan di blog ini. Saya hanyalah manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Sedaya upaya saya cuba lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga anda semua.

Bersempena Hari Raya Qurban ini, saya memohon seribu kemaafan atas apa yang berlaku samada sengaja atau tidak sengaja. Memohon kemaafan bukanlah hanya untuk hari raya sahaja, tetapi setiap hari kita mesti memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang lain.

Jika mahu hati yang tenang dan tenteram, maafkan orang lain sebelum tidur. InsyaAllah hati kita akan tenang. Semoga kita semua mengambil iktibar peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s dan amalkannya dalam kehidupan kita. Semoga diri saya dan diri tuan-tuan dirahmati Allah s.w.t.

Oh ya, sebelum itu, hayati kata-kata di bawah. Semoga memberi inspirasi kepada kita semua.

Uruslah emosi, betulkan hati, betulkan pemikiran, bersangka baik, insyaAllah rezeki akan datang kepada kita mencurah-curah.

Sertai saya di Facebook dengan klik di sini faizalehsan.com

Kalau anda semua ada twitter, klik sini @faizalehsan

Artikel menarik yang lain :

19 Profil Usahawan Terbilang

Selamat tahun baru 2011

Salam Aidiladha 2010

Blog faizalehsan.com di godam! (2)

Blog faizalehsan.com di godam!

4 Langkah memulihkan keyakinan diri
Alhamdulillah hari Jumaat tiba lagi hari ini. Mungkin agak terlambat untuk mengupdate blog hari ini. Tetapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya langkah pertama perlu diambil sebelum beroleh kejayaan. Anda pernah dengar peribahasa ini?

Perjalanan yang beribu batu bermula dari langkah yang pertama.

Entah mengapa, dalam semingu dua ini saya terasa sangat tidak bermotivasi. Tertekan dengan pelbagai perkara samada berkaitan dengan perniagaan dan juga peribadi. Rasanya seperti dunia hendak terbalik dibuatnya. Oh!

Akhirnya alhamdulillah, setelah membuat beberapa rujukan dan juga muhasabah diri, saya kembali mendapat rentak untuk menjalani kehidupan ini dengan penuh semangat. Semangat baru. Seperti juga blog ini, segalanya bermula di sini. Bukan mudah untuk menghadapi situasi sukar dalam hidup. Antaranya yang mungkin anda semua hadapi adalah:

Putus cinta

Masalah kewangan

Masalah rumah tangga

Masalah tidak bahagia

…. banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Tetapi itulah lumrah kehidupan. Kita tidak akan sentiasa berada dalam mood yang baik. Bukankah manusia itu sentiasa diuji dengan susah dan senang untuk menentukan tahap keimanan seseorang?

Kehidupan ini begitu cantik dan indah, jika kita mahu berfikir tentang apa yang berlaku ke atas diri. Bila sesuatu perkara buruk yang berlaku, pasti ada hikmah yang besar disebaliknya. Maka apa yang perlu kita semua lakukan adalah kembali semula kepada Allah s.w.t. Kembali semula kepada agama kita.

Saya tidak ingin bersikap hipokrit. Saya juga manusia biasa seperti anda semua. Adakalanya bercakap lebih mudah daripada melakukan tindakan. Saya pasti anda juga begitu. Kita lebih mudah melafazkan daripada bertindak.

Jadi, tujuan saya menulis adalah untuk memberi peringatan kepada diri sendiri, dan sekurang-kurangnya menyampaikan sedikit pengalaman ini sekadar perkongsian. Manalah tahu, kalau tidak berguna hari ini, mungkin esok kita boleh gunakan.

Bagaimana caranya untuk bangkit semula dari kegagalan dan rasa “down” yang melanda diri?

1. Baca Al-Quran

Tidak dapat tidak, sebagai seorang yang beragama Islam, kembalilah semula kepada Islam. Jangan hendak lari kemana-mana kerana kita tidak akan jumpa jalan keluar tanpa agama. Percayalah. Ambil Wuduk dan mulalah membaca Al-Quran sekurang-kurangnya dua muka surat. InsyaAllah, hati kita akan tenang dan emosi kita akan kembali stabil.

2. Muhasabah diri

Orang selalu mengingatkan supaya muhasabah diri. Tetapi bagaimana nak buat? Caranya ialah, ambil pen dan kertas, tuliskan kebaikan dan keburukan yang telah anda lakukan selama ini. Lihat, adakah perkara baik lebih banyak atau perkara buruk. Fikirkan sedalam-dalamnya segala perbuatan yang kita lakukan dan fikirkan bagaimana untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan kita.

3. Baca Artikel yang memberi motivasi

Di sini bermaksud, kalau anda ada masa, luangkan sedikit masa untuk melayari blog-blog yang memaparkan kisah-kisah motivasi atau yang memberikan inspirasi kepada anda. Baca dan hayatinya. InsyaAllah, kita akan mendapat kekuatan semula. Boleh juga membaca buku-buku  motivasi diri.

4. Berdoa

Doa adalah senjata orang mukmin. Jadi, tidak perlu saya ulas panjang, berdoalah dan mengadu kepada tuan punya dunia ini iaitu Allah s.w.t. Berdoa dan mengadulah apa sahaja masalah anda, saya yakin 100% ianya akan selesai. Tetapi hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang, bila kita mengadu dengan manusia, manusia tidak dapat memahami apa yang kita rasakan sebenarnya.

Oleh kerana Allah yang telah jadikan kita, maka mengadulah kepadaNya agar diberi petunjuk supaya kita dapat keluar dari masalah yang menimpa diri.

Kesimpulan

Ada masanya kita akan rasa gembira dan ada masanya kita akan berasa sedih dan tertekan. Walau apapun yang terjadi, semuanya adalah datang dari tuan punya dunia ini Allah s.w.t. Kalau kita mahu berfikir, tidak akan timbul rasa tidak senang dengan setiap yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita.

Mungkin anda ada cara yang lain untuk menghdapi saat-saat sukar dalam hidup ini. Apa kata kongsikan dengan saya di bahagian komen.

Artikel menarik yang lain :

Usahawan kuat kebergantungannya dengan Allah.

Perniagaan yang pantas akan sentiasa ke hadapan. Caranya?…

Alahai Bangsaku….

Bolehkah saya berniaga?

Pendapatan hartawan dunia merosot

Manusia, sebaik-baik kejadian
Assalamualaikum w.b.t.Dengan nama Allah tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .

Artikel ini di tulis di dalam blog lama saya. Ketika itu masih belajar di kampus. Semoga bermanfaat.

Didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

“Verily, We created man of the best stature(mould)”

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

Berdasarkan ayat di atas, kita sebagai manusia sepatutnya berasa sangat-sangat bersyukur di atas segala kelebihan yang telah allah s.w.t. kurniakan. Tetapi ramai manusia pada hari ini tidak tahu untuk bersyukur kepada tuhan kerana telah memuliakan kita sebagai manusia untuk menjadi Khalifah atau pntadbir di alam ini.

Saya ingin berkongsi satu kisah yang telah diceritakan oleh sahabat saya. Kisah ini agak menarik dan boleh dikaitkan dengan ayat di atas.

Cerita ini adalah cerita rekaan sahaja. Namun mempunyai iktibar yabg cukup bermanfaat.

Kisahnya bermula dari seorang pengukir di kaki gunung. Pengukir ini merupakan seorang yang pakar dan mampu membuat pelbagai ukiran yang menarik dan cantik.

Pada suatu hari, dia terfikir ” alangkah baiknya jika aku menjadi sebuah gunung. aku mampu berdiri megah mencecah awan di samping mempunyai fizikal yang kuat dan besar.” Lantas, si pengukir tersebut telah meminta kepada tuhannya “jadikanlah aku sebuah gunung”. Maka dengan izin tuhan jadilah dia sebuah gunung.

Setelah menjadi sebuah gunung, dia berasa sangat gembira kerana permintaan telah dikabulkan. Namun begitu, tiba-tiba dia terasa bahang yang kuat daripada atas. Apabila melihat ke atas, maka dia telah melihat matahari. Si pengukir terus berfikir”alangkah baiknya jika aku adalah matahari. Aku dapat memancarkan cahayaku ke seluruh alam.”

Selepas itu, dia pun memohon kepada tuhan, “jadikanlah aku matahari”. Permintaan tersebut telah dimakbulkan, dan dia telah menjadi matahari.

Setelah menjadi matahari, dia berasa sangat gembira,kerana dapat memancarkan cahayanya ke seluruh alam. Semua makhluk dapat merasai nikmat cahaya yang dipancarkan olehnya. Tiba-tiba…

Datanglah sekumpulan awan yang besar. Awan tersebut telah menutupi cahaya yang terpancar dari matahari itu. Si pengukir berasa amat kecewa kerana ada lagi makhluk yang lebih hebat dari dirinya iaitu matahari.

Kerana tidak berpuas hati, pengukir tersebut memohon lagi kepada tuhannya. ” jadikanlah aku sebagai awan.” Permintaan tersebut telah juga dimakbulkan oleh tuhan. Maka jadilah ia segumpal awan.

Pengukir tersebut berasa gembira kerana dengan menjadi awan, dia dapat menutupi sinar matahari yang terik daripada mengenai makhluk yang lain. Disamping dapat menurunkan air hujan untuk menyuburkan tanah.

Oleh kerana awan sentiasa bergerak, tiba-tiba pergerakannya tersekat oleh sebuah gunung yang besar. Maka pengukir tersebut sangat kecewa kerana pergerakannya terbatas disebabkan oleh gunung tersebut. Dalam kekecewaan tersebut, dia ternampak seorang manusia sedang mengukir di kaki gunung. Dan, manusia itu adalah diri pengukir itu sendiri.

Daripada kisah di atas, dapat disimpulkan disini bahawa, tiada makhluk yang lebih mulia yang telah dijadikan Allah di atas dunia ini. Kita sebagai khalifah Allah hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat tuhan ini di samping nikmat Islam dan Iman.

Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan sebagai manusia, namun Allah s.w.t. tetap akan terus memberikan keampunan. Teruskan perjuangan hidup dan sentiasalah berusaha dan bertawakkal kepada tuhan.

Saya memetik lagi ayat di dalam Al-Quran iaitu dari surah Al-Ankabut ayat 64:

” Dan tidaklah kehidupan di dunia ini,melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan, sedangkan kehidupan di akhirat merupakan kehidupan yang sebenar kiranya mereka mengetahui.”

Artikel menarik yang lain :

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda

19 Profil Usahawan Terbilang

Cabaran dalam perniagaan 2011. Adakah kita sudah bersedia?

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

Video seks, tips mudah untuk di soal siasat oleh pihak berkuasa.

Selamat tahun baru 2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah..syukur kepada ilahi, kerana dengan izinnya kita masih lagi dapat bersama di ruangan siber ini.

Sudah lama sebenarnya saya ingin update blog kesayangan ini. Mungkin kerana kesibukan menguruskan perniagaan yang baru hendak berkembang menyebabkan saya tidak dapat menulis sesuatu untuk anda semua.

Esok merupakan hari baru dan tahun baru. Tahun 2010 pastinya telah banyak meninggalkan kisah suka dan duka kepada kita semua. Samada ianya baik atau tidak, ianya datang dari tuan punya dunia iaitu Allah s.w.t. Sebagai hambanya, terimalah dengan hati yang lapang.

Sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya, adalah lebih baik kita merenung kembali drama yang kita telah lakonkan pada tahun 2010. Ini adalah sebagai tanda kita ingin sentiasa memperbaiki diri kita kepada yang lebih baik.

Bagi mereka yang beragama Islam, langkah ini dipanggil “muhasabah” diri.

Tahun 2010 adalah tahun pertama saya memberanikan diri untuk serius menjalankan perniagaan. Walaupun pada mulanya bermula dengan modal yang sedikit, tetapi dengan sokongan dari keluarga serta pembekal bumiputera yang bersedia memberikan kemudahan dalam perniaagaan, alhamdulillah, dengan izin Allah, saya mampu berada di tahap sekarang.

Bukan mudah sebenarnya tuan-tuan dalam menjalankan perniagaan. Jika kita tidak cukup ilmu dan sokongan dari keluarga terutamanya, saya pasti langkah untuk menjalankan perniagaan akan sukar.

Terima kasih emak dan abah yang banyak membantu dalam proses saya menjadi seorang usahawan. Tanpa doa dan restu kalian, saya tidak akan sampai ke tahap ini.

Memiliki sebuah entiti perniagaan merupakan satu tanggungjawab. Bila ianya wujud, maka disitulah bermulanya tanggungjawab kita. Mengurus dan mentadbir dari segenap segi. Bermula dari pentadbiran sehinggalah kepada jualan serta pemasaran.

Sehingga ke hujung tahun ini, syarikat kami akhirnya sudah memiliki sebuah lori yang akan digunakan untuk memasarkan produk halal kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan alat-alat ini, pihak syarikat akan mampu memberi yang terbaik kepada semua.

Sebenarnya terdapat banyak kisah suka dan duka sebelum kami memperolehi lori tersebut. Jika berkelapangan saya akan nukilkan di blog ini insyaAllah.

Nampaknya sudah banyak saya berceloteh. Saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua jika tulisan ini agak membosankan anda. Almaklumlah sudah lama tidak menulis blog, maka agak kaku sedikit.

Selamat menyambut tahun baru 2011 saya ucapkan kepada semua. Semoga tahun baru ini akan membawa lembaran baru kepada kita dan apa yang paling penting adalah, kita mestilah sentiasa meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t.

Salam sayang dari saya. Moga diberkati dan dirahmati.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Bandar Baru Serting,Malaysia

Artikel menarik yang lain :

19 Profil Usahawan Terbilang

Salam Aidiladha 1432Hijrah

Salam Aidiladha 2010

Blog faizalehsan.com di godam! (2)

Blog faizalehsan.com di godam!

Salam Aidiladha 2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah agak lama rasanya blog ini dibiarkan tanpa sebarang update. Masih adakah yang sudi berkunjung ke blog kesanyangan ini? Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan rakan-rakan sahabat maya sekalian, maka hari ini saya menukilkan sesuatu untuk anda semua.

Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Kita kadang-kadang menyambutnya dalam banyak keadaan. Ada yang merasakan hari raya ini cukup penting. Ada yang biasa-biasa sahaja. Tidak kurang juga, ada yang tidak ambil “port” pun. Harap-harap kita tidaklah tergolong dalam golongan yang ketiga itu. Sebagai umat bertuah yang lahir dalam Islam, tidak wajar rasanya untuk tidak ambil tahu langsung berkenaan hal Hari Raya Aidiladha.

Ramai juga yang menyebut Hari Raya Aidiladha sebagai Hari Raya Haji. Maklumlah, ramai orang mengerjakan haji waktu-waktu begini. Jadi, berkaitan dengan hari raya haji ini, saya bawakan tulisan dari Ulama tersohor negara. Moga-moga ada “ibrah” yang kita akan dapat dari penulisan beliau. Kita ini sering lupa tuan-tuan. Maka, sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yang sepatutnya sebagai seorang khalifah Allah, saya bawakan tulisan beliau di bawah.

Mari kita baca dan hayati bersama… (*jangan hanya memandang dari sudut politik sahaja, ambil isinya dan fikirkan bersama)

Haji – Bayangan Perjalanan Menuju Kematian.

Setiap di dunia mempunyai regunya masing-masing. Hitam regunya putih, lelaki regunya perempuan, pagi regunya petang dan siang regunya malam. Inilah hakikat yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. (Surah Yaasin, ayat 36).

Demikian juga firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. (Surah al-Zariyat, ayat 49)

Kebenaran ayat ini disahkan bukan sahaja oleh Allah SWT bahkan oleh penemuan ahli sains  yang antara lain menemui proton yang berpasangan dengan elektron di dalam atom. Demikian juga dengan caj positif dan negatif di dalam arus eletrik. Semuanya membuktikan bahawa setiap apa yang ada di dunia ini ada pasangan atau regunya masing. Apa yang tidak mempunyai regu hanyalah zat Allah SWT.

Sesuai dengan kesucian zat Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan tidak ada sebarang sekutu bagiNya. Justeru, sangatlah besar dosa orang-orang yang meletakkan regu kepada Allah SWT di dalam apa jua bentuk pengabdian. Inilah  yang dinamakan syirik yang tidak maaf bagimu di akhirat kelak.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar. (An-Nisa’, ayat 48)

Jika setiap perkara mempunyai regu, maka hidup manusia juga mempunyai regu. Regunya ialah kematian. Begitu juga dunia, regunya ialah akhirat. Oleh kerana perjalanan hidup manusia ini tidak hanya terhenti di persinggahan dunia ini semata-mata  tetapi akan bersambung sehingga ke akhirat, maka menjadi kewajipan bagi manusia mempersiapkan dirinya untuk menempuhi kehidupan di akhirat.

Kita bahkan seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri.Untuk tujuan persediaan dan penyesuaian hidup di dunia dengan apa yang akan dtempuhi oleh manusia kelak di akhirat hanya diajar oleh Islam. Semua ideologi yang lain samada di atas nama sekular, nasionalis, sosialis, komunis dan sebagainya tidak pernah mengajar manusia bagaimana untuk hidup sejahtera di akhirat. Beleklah kitab-kitab rujukan ideologi ciptaan manusia ini, pastinya tidak ditemui sepatah kalimahpun berkenaan hidup selepas mati kelak. Tidak ditemui peringatan tentang syurga atau neraka serta dosa atau pahala.

Justeru, Islam melatih penganut-penganutnya tanpa mengira bangsa apa sekalipun untuk tunduk patuh kepada Allah SWT sebagai latihan untuk menempuhi kehidupan akhirat khususnya melalui ibadah seperti solat dan haji. Ibadah solat misalnya, diperintahkan untuk terus dilaksanakan apabila kedengaran panggilan azan. Segala kerja yang sedang dilakukan perlu ditinggalkan segera untuk kesemuanya bergerak serenatak ke masjid. Ini betul-betul menepati bayangan akhirat yang diceritakan oleh Allah SWT yang bermaksud: Dan ditiuplah sangkalala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.(Surah Yasin, ayat 51)

Maha Suci Allah SWT yang telah merakamkan bayangan ini di dalam al-Quran lalu diterjemahkan di dalam ibadat solat. Ia merupakan latihan kepada semua penganut Islam untuk berdepan dengan saat yang namanya ialah akhirat.

Diperintahkan bersegera untuk bersolat di masjid sekalipun berdepan dengan kesibukan kerja dan urusan yang penting, sungguh menyamai saat manusia berduyun-duyun ke padang mahsyar menyerahkan diri di hadapan Allah SWT untuk dihisab segala amalan.

Demikian juga dengan  ibadah haji, manusia diminta tinggalkan segala apa yang dimiliki bermula dari keluarga, tanah air, harta benda, saudara mara dan sebagainya hanya semata-mata untuk menyahut panggilan Allah SWT di Tanah Haram. Ini ditambah pula dengan perintah supaya memakai pakaian yang berwarna putih benar-benar menepati saat hari kematian iaitu pada saat manusia meninggalkan dunia untuk bertemu Allah SWT. Manusia perlu patuh, dan tidak ada pilihan lain kecuai terus patuh. Di dalam ibadah haji misalnya, tidak boleh dipersoalkan kewajaran ibadah seperti tawaf, sa’ie, wukuf, melontar di jamrah dan sebagainya. Tidak ada penjelasan dan rasional untuk difikirkan oleh manusia kecuali hanyalah semata-mata ia merupakan perintah Allah SWT.

Di dalam ibadah solat, manusia diminta untuk menyucikan diri terlebih dahulu untuk bertemu dengan Allah SWT. Zahir perlu disucikan daripada najis, manakala batin pula disucikan daripada hadas samada besar atau kecil serta syirik dan juga penyakit hati yang lain. Suci ini tidak disyaratkan di dalam ibadah yang lain seperti zakat dan puasa. Manakala di dalam ibadah haji, disyaratkan agar jemaah berangkat dengan harta yang bersih dan hati yang bersih. Diperintahkan bertaubat kepada Allah SWT dan bermaaf-maafan dengan semua pihak agar hati yang pergi mengadap Allah SWT ialah hati yang bersih daripada perasaan yang tidak baik terhadap pihak yang lain. Diperintahkan untuk menziarahi saudara mara sebelum bertolak ke Tanah Haram agar tali persaudaraan tidak putus dan segar dengan doa yang mengiringi pemergian.

Demikianlah perjalanan menuju kematian, jika solat dan haji disyaratkan agar suci terlebih dahulu, maka kematian dan perjalanan ke akhirat lebih-lebih lagi diperintahkan agar bersuci terlebih dahulu. Alangkah mulianya sebuah kematian jika si mati bersih dari  dosa dengan Allah SWT serta dosa dengan manusia. Sungguh bertuah si mati jika yang mengiringi dirinya ke tepat persemadian sementara menunggu untuk dibangkitkan kelak di akhirat ialah doa daripada anak-anak yang soleh dan saudara-mara jauh dan dekat. Justeru, solat dan haji ialah latihan untuk menempuhi kematian.

Kerana itulah, di dalam solat dan haji, kita diajar untuk sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah SWT. Kesemua bacaan yang diperintahkan ini ialah satu suntikan antibiotik terhadap jiwa kita bagi menangkis gangguan virus yang bernama syaitan.

Mengingati Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad alaihimassalam di dalam solat dan haji.

Dari sisi yang lain, solat dan haji ialah dua ibadat yang diperintahkan untuk kita mengingati dua nabi yang ulung iaitu Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan Nabi Muhammad SAW. Di dalam duduk tahiyyat ketika solat, kita menyebut nama kedua-dua nabi ini manakala di dalam ibadah haji, kita menjadikan amalan yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim dan disahkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai amalan haji atau manasik.

Kenapa kedua-dua nabi ini begitu dominan dalam ibadat solat dan haji? Antaranya ialah kerana sejarah kedua-duanya yang begitu unggul dengan pengorbanan di dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim AS pernah dihalau oleh bapanya dari rumah, dibakar hidup-hidup, diusir keluar dari tanah airnya, berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat untuk menyelamatkan imannya dan pelbagai lagi ujian yang menimpa, kesemuanya dilalui dengan penuh keimanan menjadikan diri baginda layak untuk menjadi ikutan oleh seluruh umat Islam.

Demikian juga Nabi Muhammad SAW yang dipulau oleh kaum Quraisy selama tiga tahun di Syi’ib Ali, tidak dibenarkan masuk ke tanah air tumpah darahnya sendiri sekembalinya dari Thaif sehingga terpaksa meminta pertolongan dari seorang musyrik bernama Mut’am bin Adi dan terpaksa keluar dari Mekah menuju ke Madinah dengan memohon pertolongan dengan Abdullah bin Uraiqit yang merupakan seorang musyrik pada masa itu. Kesemuanya merupakan sekelumit daripada episod  hidup yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW.

Jelas sekali, kedua-duanya merupakan contoh yang sangat baik dan praktikal untuk dijadikan ikutan di dalam hidup sebagai seorang mukmin. Alangkah lebih jauh lagi tapak-tapak kaki kita dengan jejak-jejak yang telah ditinggalkan oleh kedua-duanya!

Sekular tidak melatih untuk akhirat

Latihan untuk akhirat ini tidak wujud di dalam mana-mana ideologi sekular. Sekular hanya mengajar penganutnya untuk menjadi kaya, hebat dan berjaya di dunia sahaja tanpa mempedulikan implikasi di akhirat. Seorang penganut sekular jarang sekali terpancul keluar dari kedua-dua belah bibirnya peringatan tentang syurga, neraka, dosa dan pahala. Sekular menjadikan manusia merasakan dirinya sebagai tuhan, penguasa mutlak terhadap semua perkara yang dimiliki olehnya.Sedangkan Islam memandang manusia hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Apa yang dimiliki oleh manusia sebenarnya  tidak dimiliki olehnya secara mutlak, ia merupakan milik Allah SWT.

Sebagaimana seorang penumpang bas atau kapal terbang, tidak akan disebut sebagai pemilik bas atau kapal terbang kerana dia akan turun di stesen yang telah ditetapkan. Selepas meninggalkan stesen, ia tidak disebut-sebut lagi sementara bas dan kapal terbang tadi akan menerima penumpang yang lain. Demikianlah di dunia, selepas kematian, segala apa yang kononnya dimiliki akan berpindah ke tangan orang lain. Bukan setakat harta, bahkan oksigen, penglihatan, pendengaran dan kesemuanya milik Allah SWT. Inilah ajaran Islam.

Sekular tidak pernah mengingatkan manusia tentang akhirat. Tidak seperti Islam yang mengajar penganutnya menyebut berulang-ulang peringatan tentang hari kiamat di dalam solat melalui bacaan surah al-fatihah. Keperluan  terhadap kiamat ini merupakan keperluan asasi manusia untuk dibalas segala perbuatan orang-orang yang zalim di dunia serta diganjari kebaikan orang-orang yang melakukan kebaikan. Bolehkah sekular tanpa kepercayaan terhadap hari kiamat memberikan kepuasan kepada manusia? Jawabnya tidak.

Betapa ramai orang-orang yang kaya yang bakhil dan penguasa yang zalim mati dengan kekayaan dan kezalimannya tanpa dibalas terhadap perbuatannya? Begitu juga orang-orang yang melakukan kebaikan dan tidak pernah mendapat penghargaan terhadap kebaikannya sepanjang hidup, bilakah masanya dia akan mendapat ganjaran terhadap kebaikannya jika tidak di akhirat? Maka secara semulajadi, manusia inginkan akhirat agar di sana dapat dilunaskan segala kezaliman dan diganjari segala kebaikan.

Inilah yang diajar oleh Islam melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali Imran, ayat 185)

Alangkah bertuahnya dunia apabila kepercayan terhadap akhirat menjadi akidah dalam diri manusia. Tanpa polis dan undang-undang sekalipun, tidak akan berlaku jenayah kerana manusia yakin perbuatannya akan dinilai oleh Allah SWT. Tetapi tanpa kepercayaan terhadap hari kiamat, beratus ribu polis ditambah dengan hukuman yang berat sekalipun, manusia akan mencari helah dan jalan untuk melakukan jenayah.  Dengan kepercayaan terhadap hari akhirat, manusia bukan sahaja gerun untuk mencerobohi harta orang lain, bahkan untuk menguruskan hartanya sendiri pun tidak boleh menurut selera nafsunya semata-mata. Ia perlu berpandu kepada Allah SWT.

Sayangnya, mesej yang sebegini penting jarang sekali kedengaran melalui lidah pemimpin-pemimpin negara. Mesej yang membawa pengertian akidah sebegini kebiasaannya hanya diperdengarkan di masjid-masjid melalui ustaz-ustaz atau tok-tok lebai semata-mata. Alangkah baiknya jika setiap pimpinan negara samada bergelar Presiden, Perdana Menteri atau apa jua gelaran sekalipun mengambil langkah sentiasa  mengingatkan rakyat terhadap kehidupan di akhirat. Tentu sekali peringatan sebegini akan diulang-ulang pula oleh  pimpinan seterusnya samada menteri, pegawai tinggi kerajaan hinggalah ke peringkat bawah dan berakar umbi di dalam masyarakat. Tidakkah Rasulullah SAW selaku ”PM” di Madinah seringkali menyebut peringatan-peringatan seperti ini?

Jelas sekali bahawa sekular yang dibangga-banggakan ini tidak akan membawa kesejahteraan kepada hidup manusia samada di dunia apatah lagi di akhirat. Inilah matlamat perjuangan gerakan Islam khususnya di Malaysia.

Perjuangan gerakan Islam bukanlah hanya untuk memenangi satu dua pilihanraya semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu ialah untuk meruntuhkan tembok sekular dan digantikan dengan Islam.

Mursyidul Am PAS.

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.

*sumber asal dipetik dari blog PENJUAL UBAT

Artikel menarik yang lain :

Meh baca.. Tip tentang Masa

7 tip Usahawan Berjaya (5,6,7)

Usahawan kuat kebergantungannya dengan Allah.

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda

19 Profil Usahawan Terbilang

faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun
Sedar atau tidak, sebenarnya saya hampir terlupa. Sesungguhnya blog faizalehsan.com telah menyambut ulangtahunnya yang pertama pada bulan August (11 hb)yang lepas. Macam mana boleh tidak ingat.. oh!.

Alhamdulillah, dalam tempoh sudah hampir satu tahun menulis, banyak juga yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Samada tip-tip berkaitan dengan perniagaan, motivasi dan sebagainya. Saya dengan rasa rendah hati berterima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog ini. Bagi mereka yang meninggalkan komen, terima kasih banyak-banyak. Bagi mereka yang hanya singgah sekejap dan pergi ke website lain, pun saya ucapkan terima kasih.

Setelah hampir satu tahun, barulah saya sedar bahawa, untuk berblog bukan sesuatu yang mudah. Pada mulanya sahaja bersemangat, namun selepas beberapa posting, terus hilang lenyap..

Saya akui, hendak menulis sesuatu untuk dikongsikan dangan anda tidak mudah. Kalau setakat menulis yang biasa-biasa sahaja, mungkin boleh mencecah sehingga beribu patah perkataan. Saya berpandangan, biarlah sesuatu yang kita tulis itu bermanfaat untuk diri, dan juga orang lain kerana mereka yang melayari internet, majoritinya mencari maklumat.

Sebab itu menjual maklumat samada ebook dan produk digital yang lain mendapat sambutan hangat.

Walaupun pada mulanya ingin menjadikan blogging sebagai sumber pendapatan utama, namun setelah melalui tempoh ini, banyak perkara yang perlu dikaji semula. Salah satu sebab ialah, ilmu yang ada masih kurang dan tidak konsisten dalam melakukan kerja. Mereka yang berjaya dan boleh anda jadikan contoh adalah seperti saudara smartzul, Rohaizad, Dr. Irfan, Ustaza Hasrizal dan sebagainya. Mereka tetap istiqamah melakukan posting setiap hari!

Kalau kita ingin berjaya, kita hendaklah meniru cara orang yang sudah berjaya.

Mungkin ini adalah kelemahan diri sendiri. Tetapi, insyaAllah, saya akan cuba perbaiki. Jika tidak dapat kerap menulis, saya tetap akan luangkan sedikit masa untuk menulis. Entah mengapa, selesai sahaja menulis, jiwa saya menjadi lebih tenang. Mungkin kerana dengan menulis saya dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.

Mungkin ramai diantara kita yang tercari-cari idea untuk menulis artikel. Bagi saya, kalau anda hendak menulis sesuatu, cuba cari masa yang sesuai dengan anda. Waktu anda tenang dan tidak memikirkan perkara-perkara yang berat. InsyaAllah, idea untuk menulis itu akan datang dengan sendirinya seperti air terjun yang mengalir.

Okey, lari sedikit dari tajuk asal.

Bulan Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Bagaimana dengan amal ibadah kita sepanjang bulan puasa ini? Adakah semakin baik atau semakin menjunam?. Di akhir-akhir Ramadhan ini, digalakkan untuk meningkatkan amal ibadat sebanyak mungkin untuk mengejar malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam “lailatul qadar”.

InsyaAllah, malam yang kita cari ini akan muncul. Muncul jika kita mencarinya dengan sentiasa melakukan amal ibadah setiap malam tidak kira malam genap atau malam ganjil.

Kesimpulan

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada anda yang sudi berkunjung ke blog ini. Jika ada berlaku kesilapan, saya dahului dengan ucapan maaf dan saya akan perbaiki dari masa ke semasa. Teruskan melayari blog ini dan berikan sokongan dengan memberikan apa sahaja komen di ruangan komen di bawah ya?

Rebutlah malam-malam terakhir ramadhan ini… Salam Ramadhan dari saya.

faizalehsan

Pengarah Urusan

Cahaya Mentari Marketing

Artikel menarik yang lain :

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda

19 Profil Usahawan Terbilang

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia

Mengembalikan semangat yang pudar!

Puasa, Perniagaan & Anda
Alhamdulillah, sedar tidak sedar  kita sudah menjalani ibadah puasa sudah hampir 15 hari. Bagaimana dengan puasa anda semua? Adakah berjalan lancar atau ada yang sudahpun ponteng puasa?

Sesungguhnya ibadah puasa ini benar-benar menuntut kesabaran dan kekuatan yang bukan sedikit. Setakat menahan nafsu makan apalah sangat, betul atau tidak? Walaupun begitu, masih ada lagi berlaku pembaziran terutamanya bila sampai waktu berbuka puasa. Maklumlah, puasa sebulan sahaja setahun. Alamak, macam hari raya lah pulak.

Menahan diri dari makan, mungkin ramai yang boleh. Budak darjah dua pun boleh. Kata sahabat saya. Namun nafsu syahwat juga perlu dijaga rapi (mengingatkan diri yang alpa juga ni). Melihat perkara yang tidak sepatutnya (faham-faham sendirilah ye) boleh membawa kepada kurangnya pahala berpuasa. Kita tidak mahu puasa menjadi sia-sia. Sekadar menahan lapar dan dahaga. Pahalanya?

Kebelakangan ini berlaku bermacam-macam perkara pelik dan aneh. Gejala buang bayi, bapa sembelih anak dan sebagainya . Tidak pernah terjadi dahulu perkara-perkara serupa ini pada zaman saya dan tuan-tuan kecil dahulu. Mungkin ada kebenarannya. Hari perhitungan  kita sudah semakin hampir. Apakah persediaan kita untuk menghadapi hari perhitungan itu? Sudah cukupkah bekalan yang ada. Dengan amal yang sedikit… oh! Semoga Allah mengampuni kita.

Tahun ini merupakan tahun yang pertama saya menjalankan perniagaan dalam bulan Ramadhan. Saya berasa sangat teruja, namun pada masa yang sama agak  risau. Perniagaan yang dijalankan pada bulan ini agak kurang memuaskan. Namun, sebagai seorang usahawan, dugaan-dugaan seperti ini adalah biasa. Ada untung dan ada rugi. Itulah adatnya dunia perniagaan.

Perniagaan makanan, mungkin agak kurang memuaskan bagi pembekal barang-barang runcit, tetapi bagi peniaga-peniaga bazar ramadhan, bulan ini merupakan bulan limpahan rezeki. Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Begitulah adilnya Allah s.w.t. Rezeki yang diturunkan ke bumi ini, dibahagi secara sama rata. Setiap insan akan tetap merasa nikmat Allah s.w.t.

Bersyukurlah kepada tuan punya dunia. Kita masih lagi diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa bagi tahun ini. Tiada siapa yang tahu, adakah kita akan mendapat peluang sekali lagi menjalankan ibadah puasa ini pada tahun hadapan. Berusahalah menjadikan ibadah puasa kali ini jauh lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Kurangkan melakukan perkara-perkara lagho dan seumpamanya. Sedarlah diri wahai tuan, sahabat, rakan, saudara.

Kesimpulannya, marilah kita mengambil peluang pada bulan yang mulia ini untuk terus memperbaiki diri. Ustaz-ustaz selalu cakap, bulan ini merupakan bulan madrasah mensucikan hati.

Sekadar sedikit perkongsian hati dan jiwa. Saya manusia, anda juga sama. Kita bersaudara dan agamanya sama. Saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Mungkin kita terlalai. Maka tugas setiap insan adalah mengingatkan orang lain terutamanya diri sendiri. Jika anda mempunyai “sesuatu” untuk dikongsikan, apakata tuliskan sesuatu di ruangan komen.  Komen dan pendapat anda sangat-sangat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Oh ya, sebelum saya mengakhiri artikel kali ini, di bawah ada sepotong hadis. Semoga ada manfaatnya.

Puasa Orang Yang Musafir

Dari Hamzah bin Umar al-Islami, r.a. bahawa ia pernah bertanya Rasulullah, katanya: “Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?”. Rasulullah SAW menjawab: “Itu adalah satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.”

Berjumpa lagi di entri yang akan datang…

Salam Ramadhan.

Puasa Orang Yang Musafir

Dari Hamzah bin Umar al-Islami, r.a. bahawa ia  pernah bertanya Rasulullah, katanya: “Ya Rasulullah, rasanya saya tahan  berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya  berpuasa)?”. Rasulullah SAW menjawab: “Itu adalah satu rukhsah  kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia  tidak berpuasa dalam masa musafir),  maka itu adalah baik, dan sesiapa  yang memilih untuk  berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.”

Artikel menarik yang lain :

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

Salam Aidiladha 2010

Tazkirah Jumaat 4

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Jawab Dulu Tiga Soalan
kredit to:http://empayarsufi.com/blog/images/soalan.jpg

Seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba. Sebatang anak panah tertikam di dadanya. Dalam kesakitan yang amat sangat itu, dia berkata kepada orang yang datang untuk membantunya: “Jangan lakukan apa-apa sehingga kamu memberi jawapan tiga soalanku ini!”

“Apa dia tuan?”

“Pertama, siapakah yang begitu berani menyerangku?” tanyanya sambil menahan kesakitan.

Orang di sekelilingnya menggeleng kepala tidak tahu.

Orang kaya itu tidak peduli, dia mengajukan soalan kedua: “Apakah yang memanahku ini orang kaya atau orang miskin?”

Orang sekelilingnya tambah hairan. Mereka ingin segera membawa orang kaya itu mendapat rawatan tetapi hal sebaliknya berlaku.

“Dan ketiga, apakah orang yang memanahku ini orang sini atau orang luar?” tanya orang kaya itu dengan suara yang tersekat-sekat. Belum pun orang di sekeliling sempat memberi respons, orang kaya yang cedera parah itu telah mati.

Pengajaran: Ramai antara kita lebih fokus kepada soal-soal pinggiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani suatu masalah. Lihat sahaja betapa persoalan akidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan maslah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini.

Sumber: majalah solusi april

Artikel menarik yang lain :

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

Alahai Bangsaku….

Blog faizalehsan.com di godam!

Usahawan kuat kebergantungannya dengan Allah.

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda

Dunia Perniagaan
credit to :http://3.bp.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua hari ini? diaharapkan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Hampir seminggu saya tidak menulis sesuatu di blog ini. Sememangnya, untuk melakukan sesuatu secara “istiqamah” bukanlah suatu perkara mudah.

Dalam keadaan sekarang dunia yang semakin bergerak pantas, kita sudah pasti tidak  mahu ketinggalan. Namun jangan pula sampai terlupa untuk memanjatkan rasa kesyukuran kepada tuan punya dunia atas kehidupan yang masih diberikan kepada kita.

faizalehsan.com adalah blog peribadi saya. Sudah pasti ramai yang sudah mengetahuinya. Pada mereka yang baru singgah di sini. Salam perkenalan dan selamat datang saya ucapkan. Apa yang saya kongsikan bersama anda di dalam blog ini, diharapkan ada manfaatnya.

Tidak kira umur kita muda atau tua, kematangan seseorang tidak diukur melalui berapa umur anda. Jadi, jangan pula terkejut, jika budak-budak yang mengajar orang dewasa. Yang dewasa sepatutnya sedar dan lebih matang dalam tindakan. Bukan menunjukkan contoh yang buruk kepada generasi muda.

Perniagaan adalah sesuatu yang unik dan menyeronokkan bagi mereka yang mahu berusaha dan mempunyai  minat yang luar biasa dalam bidang ini. Bukan mudah bergelar usahawan, bukan mudah tuan-tuan. Gelaran ‘usahawan’ bukan sesuatu yang glamor bagi mereka yang mengalaminya di dunia nyata.

Tanpa usaha yang gigih dan sabar, tidak mungkin seseorang itu akan berjaya. Dalam usia saya yang masih setahun jagung ini, saya dapati ramai dikalangan masyarakat kita, terutamanya melayu, cenderung untuk memulakan perniagaan sendiri. Ini satu petanda baik, supaya kita dapat terus bersaing dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Semangat sahaja tidak mencukupi. Tanpa hala tuju dan perancangan yang betul, semuanya tidak akan berjalan lancar dan kalau salah langkah, kegagalan yang akan menanti. Kita boleh menyebut tentang kejayaan orang lain. Itu mungkin boleh memberikan semangat kepada tuan punya diri, tetapi alangkah manisnya kalau kejayaan itu adalah hasil usaha kita sendiri.

Memiliki suatu entiti perniagaan merupakan satu amanah. Semua yang perkerjaan yang kita lakukan didunia ini adalah amanah. Oleh itu, tidak kira di mana posisi anda, kita semua memikul satu amanah dan tanggungjawab kepada tuan punya dunia. Jadi, berkerjalah bersungguh-sungguh dan jangan khianati amanah tersebut.

Selagi kita masih bernyawa, selagi itu kita akan terus belajar. Ilmu pendidikan sangat penting dewasa ini. Tetapi “Ilmu Hidup” adalah paling penting. Tanpa ilmu ini, kita tidak akan kemana-mana dan hilang arah tujuan. Tiada matlamat, tiada motivasi, tiada apa yang ingin kita capai.

Semuanya bermula dari dalam diri kita. Salam kejayaan dari saya. Jumpa lagi pada artikel seterusnya.

faizal ehsan

Pengarah Urusan

Cahaya Mentari Marketing

Artikel menarik yang lain :

Bolehkah saya berniaga?

6 Kriteria untuk menjadi JUARA dalam perniagaan (2)

Monolog Ramadhan

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun

Tazkirah Jumaat 4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, kita bertemu lagi setelah sekian lama. Agak lama juga saya tidak update blog ini. Mungkin ini merupakan alasan sahaja tetapi pada hakikatnya terdapat pelbagai perkara yang berlaku di luar dugaan saya sebagai manusia biasa. Apa khabar anda semua?Harap-harap sihat-sihatlah hendaknya.

Tahun 2010 menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar. Walaupun kita dapat melihat melalui kaca TV bahawa ekonomi semakin baik, tetapi kita sebagai rakyat Malaysia lebih tahu apa yang berlaku pada diri, keluarga dan masyarakat khasnya.

Satu perkembangan yang menarik dapat dilihat, pihak SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia sudah mengorak langkah mempromosikan pendaftaran perniagaan dan menggalakkan pelajar-pelajar di seluruh IPT mengambil bahagian dalam bidang keusahawanan. Syabas!

Usaha yang baik ini perlu diteruskan untuk melihat lebih ramai usahawan-usahawan lahir dari kalangan muda-mudi. Tidak kira apakah jenis perniagaan asalkan ianya sah dan tidak melanggar syariat, hendaklah dibantu supaya perniagaan tersebut berjaya kelak.

Walaupun anda semua ada yang menjalankan perniagaan secara online, anda juga di kira sebagai usahawan. Jangan malu dan segan untuk memperkenalkan perniagaan anda untuk mendapatkan lebih keuntungan dan juga meramaikan rakan-rakan perniagaan.

Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, seperti biasa saya akan tuliskan beberapa tafsiran dari ayat suci Al-Quran untuk renungan kita bersama.

“Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri.” (YUNUS: 45)

Berjumpa lagi pada artikel akan datang. Selalulah melawat ke blog ini untuk mendapatkan maklumat berguna bukan sahaja untuk dunia malahan untuk akhirat jua khususnya.

Artikel menarik yang lain :

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

Salam Aidiladha 2010

Puasa, Perniagaan & Anda

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Tazkirah Jumaat 3
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita bertemu lagi di alam maya ini untuk terus berkongsi ilmu dan maklumat yang bermanfaat untuk semua. Apa khabar anda semua? harapnye hari ini adalah lebih baik dari semalam. Moga-moga begitulah hendaknya.

Seperti biasa, setiap hari jumaat saya akan kongsikan dengan anda sepotong ayat yang saya petik dari Al-Quran untuk renungan kita bersama. Kali ini saya ambil dari surah An-Nisaa`.

Di bawah adalah maksud tafsir ayat 1 surah An- Nisaa`:

Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah     menciptakan kamu dari yang satu, dan daripadanya 263 Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah     memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah     yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain 264, dan (peliharalah) hubungan silatur-rahim.     Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (QS. 4:1)

Semoga ada manfaatnya. Jumpa lagi pada artikel seterusnya. teruskan melawat blog ini dan jangan malu kongsikan pendapat anda.

Artikel menarik yang lain :

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda

19 Profil Usahawan Terbilang

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

Salam Aidiladha 2010

Puasa, Perniagaan & Anda

Tazkirah Jumaat 2
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bertemu lagi dalam blog faizalehsan.com. Saya memohon maaf kepada anda semua yang melawat ke blog ini dan melihatnya masih tidak update sudah hampir satu minggu rekod ni huhu. Kemana agaknya faizal menghilang ya?

Sebenarnya sejak dari post yang pertama pada tahun baru yang lalu, saya berada di kampung. Syoknyer sampai lambat untuk update blog ini.  Saya baru sahaja kembali ke Kuala Lumpur semalam. Alhamdulillah, tak hujan seperti di kampung.

Okey, pada hari jumaat yang mulia ini, saya sekadar menulis ringkas untuk peringatan kita bersama. Saya petik dari tafsir Al-Quran. Kenapa dari Al-Quran? kerana ianya adalah kitab kita umat Islam dan mesti menjadi rujukan utama kita bersama.

“Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati)”

Surah AL-ANBIYAA’ ayat 110

Semoga kita setiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. di samping meneruskan jihad kita dalam perniagaan yang kita sedang lakukan sekarang.

Berjumpa lagi pada artikel akan datang.

Artikel menarik yang lain :

19 Profil Usahawan Terbilang

Kembali Kepada Agama

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda

4 Langkah memulihkan keyakinan diri

Salam Aidiladha 2010