7 Tip Usahawan Berjaya!

assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua 7 tip usahawan berjaya. Saya pasti anda akan merasakan bahawa setiap tip-tip yang diberikan oleh para usahawan adalah sama. Emm..mungkin tidak salah kerana kadang-kadang setiap usahawan mempunyai nilai dan kepercayaan yang sama untuk berjaya. Namun seperti yang saya selalu tekankan,jangan sekali-kali merasakan jemu untuk menuntut ilmu kerana ilmu tidak pernah habis.

Untuk seseorang usahawan itu berjaya, sudah tentu mereka ada mempunyai amalan-amalan yang boleh mendatangkan limpahan rezeki kepada mereka.Okey, di bawah saya senaraikan tip-tip usahawan berjaya. Saya tidak melimitkan hanya kepada usahawan online sahaja tetapi kepada usahawan offline atau sesiapa sahaja yang bergelar usahawan mahupun yang mahu menjadi usahawan. Baca dan Amalkan: Continue reading

Ilmu, Workshop, & Bengkel…

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian ,kita akan terdedah dengan pelbagai ilmu dan maklumat yang melimpah-ruah kat depan mata.huh..penat..terlalu banyak maklumat juga boleh buat kita jadi penat sebab tidak tahu yang mana satu hendak dihadamkan.masalah ni selalu sangat berlaku pada saya

Nak tau tentang sesuatu?kawan saya selalu cakap”ask mr google” (ala..taip je kat google tu). mudah kan?tetapi sejauh mana maklumat itu tepat terpulang kepada anda untuk menyaringnya. Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah berkaitan ilmu perniagaan dan usahawan. dahulu saya memang mahu terus terjun dalam bidang perniagaan. yelah..ikut hati muda memang bersemangat.. tetapi setelah bertanya kepada orang-orang tua mereka yang berpengalaman barulah saya sedar bahawa nak meniaga ni bukannlah suatu benda yang senang. Continue reading