Sedar atau tidak, sebenarnya saya hampir terlupa. Sesungguhnya blog faizalehsan.com telah menyambut ulangtahunnya yang pertama pada bulan August (11 hb)yang lepas. Macam mana boleh tidak ingat.. oh!.
Alhamdulillah, dalam tempoh sudah hampir satu tahun menulis, banyak juga yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Samada tip-tip berkaitan dengan perniagaan, motivasi dan sebagainya. Saya dengan rasa rendah hati berterima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog ini. Bagi mereka yang meninggalkan komen, terima kasih banyak-banyak. Bagi mereka yang hanya singgah sekejap dan pergi ke website lain, pun saya ucapkan terima kasih.
Setelah hampir satu tahun, barulah saya sedar bahawa, untuk berblog bukan sesuatu yang mudah. Pada mulanya sahaja bersemangat, namun selepas beberapa posting, terus hilang lenyap..
Saya akui, hendak menulis sesuatu untuk dikongsikan dangan anda tidak mudah. Kalau setakat menulis yang biasa-biasa sahaja, mungkin boleh mencecah sehingga beribu patah perkataan. Saya berpandangan, biarlah sesuatu yang kita tulis itu bermanfaat untuk diri, dan juga orang lain kerana mereka yang melayari internet, majoritinya mencari maklumat.
Sebab itu menjual maklumat samada ebook dan produk digital yang lain mendapat sambutan hangat.
Walaupun pada mulanya ingin menjadikan blogging sebagai sumber pendapatan utama, namun setelah melalui tempoh ini, banyak perkara yang perlu dikaji semula. Salah satu sebab ialah, ilmu yang ada masih kurang dan tidak konsisten dalam melakukan kerja. Mereka yang berjaya dan boleh anda jadikan contoh adalah seperti saudara smartzul, Rohaizad, Dr. Irfan, Ustaza Hasrizal dan sebagainya. Mereka tetap istiqamah melakukan posting setiap hari!
Kalau kita ingin berjaya, kita hendaklah meniru cara orang yang sudah berjaya.
Mungkin ini adalah kelemahan diri sendiri. Tetapi, insyaAllah, saya akan cuba perbaiki. Jika tidak dapat kerap menulis, saya tetap akan luangkan sedikit masa untuk menulis. Entah mengapa, selesai sahaja menulis, jiwa saya menjadi lebih tenang. Mungkin kerana dengan menulis saya dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.
Mungkin ramai diantara kita yang tercari-cari idea untuk menulis artikel. Bagi saya, kalau anda hendak menulis sesuatu, cuba cari masa yang sesuai dengan anda. Waktu anda tenang dan tidak memikirkan perkara-perkara yang berat. InsyaAllah, idea untuk menulis itu akan datang dengan sendirinya seperti air terjun yang mengalir.
Okey, lari sedikit dari tajuk asal.
Bulan Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Bagaimana dengan amal ibadah kita sepanjang bulan puasa ini? Adakah semakin baik atau semakin menjunam?. Di akhir-akhir Ramadhan ini, digalakkan untuk meningkatkan amal ibadat sebanyak mungkin untuk mengejar malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam “lailatul qadar”.
InsyaAllah, malam yang kita cari ini akan muncul. Muncul jika kita mencarinya dengan sentiasa melakukan amal ibadah setiap malam tidak kira malam genap atau malam ganjil.
Kesimpulan
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada anda yang sudi berkunjung ke blog ini. Jika ada berlaku kesilapan, saya dahului dengan ucapan maaf dan saya akan perbaiki dari masa ke semasa. Teruskan melayari blog ini dan berikan sokongan dengan memberikan apa sahaja komen di ruangan komen di bawah ya?
Rebutlah malam-malam terakhir ramadhan ini… Salam Ramadhan dari saya.
faizalehsan
Pengarah Urusan







gambar penulis dan Dr Irfan Khairi
Dr Irfan sedang sibuk menandatangai buku (sign autograph)
muiz (kiri) – internet network security student nak mintak sign IK jugak