Kembali Kepada Agama


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedar tidak sedar kita sudah masuk ke bulan Februari. Cukup pantas masa berlalu meninggalkan kita. Bagaimana dengan bulan Januari lepas bagi anda semua? Adakah tahun baru ini berjalan lancar dan kita telah mencapai pelbagai kejayaan?

Pelbagai perkara berlaku sejak akhir-akjir ini. Cukup merunsingkan kita. Kes bunuhnya, kes rogolnya, masalah sosialnya, dan lain-lain. Generasi sekarang semakin hari semakin jauh dengan agama.

Saya bukan ustaz, jauh sekali seorang alim. Cuma merasakan kasihan dan simpati dengan generasi sekarang yang semakin jauh dengan Islam. Semakin jauh dengan agama. Apakah punca semua ini. Saya sendiri takut untuk memikirkan apa yang bakal berlaku pada masa depan. Jika anda ingat kata-kata ini,

“jika mahu melihat bagaimana masa depan negara, lihatlah kepada anak muda pada hari ini”


Yer, memang hidup pada masa kini kebanyakannya mengejar dunia semata-mata. Mengejar wang ringgit yang entah berapa banyaknya. Sehingga terlalai dengan tugas sebenar kita sebagai seorang khalifah Allah s.w.t. Kita pandai dan hebat dengan Ilmu dunia, tetapi gagal dan gagal dalam ilmu akhirat.

Kita terlupa kita hanya hidup buat sementara waktu di atas dunia ini. Kita terlupa banyak perkara tentang kampung “abadi” kita di sana. Sebab itu kita tidak hiraukan tentang hari akhirat. Kita leka dengan hiburan yang melalaikan.

Kadang-kadang aneh. Kita cukup peka dengan air Coca-cola yang dikatakan mengandungi alkohol. Kita sibuk dengan tepung dan minyak masak yang dikatakan tidak halal. Tetapi terlupa yang kita kadang-kadang solat 5 waktu punt idak cukup. Bagaimana kita boleh risaukan halal dan haram tentang makanan? Sedangkan perkara wajib pun kita masih tinggal? Saya mengingatkan diri sendiri. Bukan untuk mengata sesiapa.

Kesimpulannya. Kembalilah. Kembali semula kepada agama kita iaitu Islam. Tiada gunanya hebat dan disanjung tinggi oleh manusia, tetapi hina pada pandangan Allah s.w.t. Kita ada tugas penting sebagai manusia. Iaitu menyeru kepada kabaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

InsyaAllah, semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dalam meneruskan hidup ini. Yer, benar, kita juga perlu keluar untuk mencari rezeki untuk keluarga, tetapi jangan terlalai kepada tugas hakiki kita yang sebenar. Carilah harta bertimbun, namun di hati tetap mencintai Islam dan mengamalkan Islam.


Jumpa lagi…:)

Ps: Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan perniagaan atau apa sahaja, sila email di cmm2040@gmail.com. :)

Kalau nak komen, tulis aje kat bawah tu…

Artikel ini khas untuk mengingatkan diri sendiri.

-Posted using BlogPress from my iPad

19 Profil Usahawan Terbilang

Menjadi usahawan terbilang adalah impian semua orang yang bergelar usahawan. Walaupun mereka yang makan gaji sekalipun, tetap mahukan sesuatu yang ‘lebih’ dari kebiasaan dalam bentuk ganjaran kewangan. Ini adalah sifat semulajadi manusia. Tidak pernah puas dengan apa yang kita ada. Sebab itu, dunia semakin hari semakin maju disebabkan rasa ketidakpuasan hati kita bila sudah mencapai sesuatu matlamat.

Namun dalam usaha kita menjadi seorang usahawan, tidak semuanya indah belaka. Bila sudah melangkah kaki ke dalam dunia perniagaan, pasti kita akan mengharungi pahit dan manis.

Perniagaan membolehkan anda tersenyum sampai ke telinga, dan boleh juga membuatkan anda mengalirkan air mata. Itulah cabarannya.

Di bawah, ada beberapa perkara penting yang perlu ada untuk menjadi seorang usahawan terbilang. Sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga memberi panduan kepada bakal-bakal usahawan di luar sana. Saya bukanlah yang layak untuk memberikan panduan, kerana saya sendiripun masih lagi belajar bertatih dan belum mampu berlari. Apa yang saya ada, saya kongsikan dengan anda semua. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.

Terdapat banyak buku di luar sana yang berkaitan dengan keusahawanan. Tetapi dari pemerhatian saya, lebih banyak buku-buku penting ini di tulis dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya mengambil inisiatif, untuk memberikan sedikit dari apa yang saya ada membuat penulisan dalam bahasa melayu. Semuanya adalah untuk anak bangsa saya sendiri. Kalau bukan kita yang mulakan, siapa lagi?

Ikuti dan sama-sama kita amalkan sikap-sikap yang baik ini dalam diri kita sebagai seorang usahawan Islam:

  1. Sentiasa Jujur
  2. Telus dalam setiap tindakan
  3. Berdisiplin tinggi
  4. Sistematik dalam melakukan kerja
  5. Mesra pelanggan
  6. Suka berjumpa dengan semua orang
  7. Mendapat sokongan yang padu dari pasangan dan keluarga
  8. Sanggup dan sentiasa berusaha lebih
  9. Memiliki bakat semulajadi

Dan senarai ini akan di tambah pada artikel akan datang. Jumpa lagi… ;)

Join saya di Facebook

Follow saya di twitter

Adakah anda sedang mencari produk -produk bumiputera? klik SINI

Tazkirah Jumaat 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bertemu lagi dalam blog faizalehsan.com. Saya memohon maaf kepada anda semua yang melawat ke blog ini dan melihatnya masih tidak update sudah hampir satu minggu rekod ni huhu. Kemana agaknya faizal menghilang ya?

Sebenarnya sejak dari post yang pertama pada tahun baru yang lalu, saya berada di kampung. Syoknyer sampai lambat untuk update blog ini. ;) Saya baru sahaja kembali ke Kuala Lumpur semalam. Alhamdulillah, tak hujan seperti di kampung.

Okey, pada hari jumaat yang mulia ini, saya sekadar menulis ringkas untuk peringatan kita bersama. Saya petik dari tafsir Al-Quran. Kenapa dari Al-Quran? kerana ianya adalah kitab kita umat Islam dan mesti menjadi rujukan utama kita bersama.

“Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati)”

Surah AL-ANBIYAA’ ayat 110

Semoga kita setiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. di samping meneruskan jihad kita dalam perniagaan yang kita sedang lakukan sekarang.

Berjumpa lagi pada artikel akan datang.

Kepentingan matematik dalam perniagaan

Salam sejahtera pengunjung blog faizalehsan.com

Matematik dan pengiraan adalah sangat penting dalam perniagaan. Ini adalah kerana tanpa matematik bagaimana anda mahu mengira keuntungan dan kerugian perniagaan yang anda jalankan bukan?

Saya dapati ramai di antara usahawan terutamanya bumiputra sering mengabaikan aspek pengiraan dalam perniagaan mereka. Malas nak tengok nombor katanya. tapi kalau beli nombor boleh pula ya?


Apa pengajaran yang anda boleh dapat dari video di atas jika anda seorang yang bijaksana ;) .  Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Melahirkan Rasa Syukur

Selamat berkunjung ke blog faizalehsan.com. Sebuah blog yang memuatkan pelbagai informasi mengenai dunia perniagaan samada secara online ataupun offline. Blog ini juga memaparkan artikel-artikel motivasi yang di harapkan akan menaikkan semangat kepada setiap usahawan di Malaysia ini untuk  meneruskan usaha mereka mencapai kegemilangan dalam perniagaan.

Secara umumnya, perniagaan tidak dapat lari dari pelbagai rintangan dan ujian sebelum berkembang maju dan berjaya. Di dalam usaha kita untuk menjejaki tangga kejayaan, motivasi yang jitu diperlukan untuk menghadapi rintangan tersebut. Kalaulah kita hanya mempunyai pemikiran yang sempit dan cepat menyerah kalah, bermakna salah satu ciri usahawan tidak ada di dalam diri kita. Continue reading

“Jutawan Era Baru”

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Terima kasih kerana melawat!

Fuh..lamanya masa yang saya ambil untuk ‘mengupdate’ blog ini. Saya minta maaf kepada para pengunjug blog ini kerana lewat membuat ‘post’ tengah cari idea juagak ni..heheh baru kerana agak sibuk sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah hari ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa perkara penting mengenai perniagaan internet.

Kali ini saya mengambil sedikit masa untuk membuat posting,bukan apa,kali ini saya mahukan post yang saya buat adalah berkualiti dan berguna kepada anda semua (jadi tak sia-sialah anda datang ke blog ini bukan?). Baru-baru ini saya mengunjungi jalan T.A.R. (Tunku Abdul Rahman). Memang ramai orang yang mengambil kesempatan untuk membeli-belah sempena hari raya tak berapa lama lagi. Continue reading