Kisah Jin dan 3 orang Usahawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, kita bertemu lagi pada pagi sabtu yang hening ini. Saya pasti, hari-hari cuti seperti ini sudah pasti ramai yang masih berbungkus dengan selimut, almaklumlah cuti. Namun bagi mereka yang bekerja sekerat hari hari ini, saya ucapkan selamat bekerja. Bekerjalah dengan hati yang ikhlas dan niatkan sekali kerja yang kita lakukan adalah sebagai ibadah kepada Allah s.w.t

kredit to : http://www.safartwork.com/images1/sketching/jom_jadi_usahawan_berjaya.jpg

Saya teringat satu cerita ketika menghadiri bengkel internet pada satu waktu yang dahulu. Cerita ini mengenai 3 orang peniaga dan jin. Saya bawakan cerita ini untuk anda, eksklusif hanya di blog faizalehsan.com

Ceritanya bermula apabila tiga orang sahabat yang mempunyai cita-cita besar untuk berjaya dalam perniagaan. Masing-masing mempunyai perniagaan masing-masing. Maka, untuk meluaskan lagi perniagaan, ketiga-tiga sahabat tersebut pergilah mengembara ke seluruh pelusuk dunia.

Dalam pengembaraan tersebut mereka berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang baik, ada yang tak baik, ada juga yang langsung tak ambil pusing. Akhirnya mereka tersesat di dalam hutan. Mereka sebagai manusia yang berakal, sudah tentu akan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk keluar dari hutan tersebut. Akhirnya…. Continue reading

Kepentingan matematik dalam perniagaan

Salam sejahtera pengunjung blog faizalehsan.com

Matematik dan pengiraan adalah sangat penting dalam perniagaan. Ini adalah kerana tanpa matematik bagaimana anda mahu mengira keuntungan dan kerugian perniagaan yang anda jalankan bukan?

Saya dapati ramai di antara usahawan terutamanya bumiputra sering mengabaikan aspek pengiraan dalam perniagaan mereka. Malas nak tengok nombor katanya. tapi kalau beli nombor boleh pula ya?


Apa pengajaran yang anda boleh dapat dari video di atas jika anda seorang yang bijaksana ;) .  Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Sudah 3 bulan rupanya…

Dengan nama Allah, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, hari ini sudah lebih tiga bulan blog ini wujud di alam maya. Saya sangat bersyukur, walaupun ini hanyalah  merupakan kejayaan peribadi tetapi ianya cukup bermakna.

Anda tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri anda sendiri. Kenapa mahu bersikap hipokrit sedangkan di dalam jiwa anda tidak tenteram dengan pelbagai lakonan yang anda buat untuk menjadi hebat di mata orang lain? Jadilah hebat di mata Tuhan dan jadilah juga hebat di mata orang lain. Itulah kejayaan yang hakiki. Continue reading

Menjadi Unik

Setiap insan dilahirkan mempunyai keunikan yang tersendiri. Walau sesiapapun, mereka adalah unik dan tidak akan sama antara satu sama lain.

Bagi manusia, menjadi satu kewajipan ke atas diri kita untuk sentiasa bersyukur dengan anugerah kurniaan yang maha Esa. Ada manusia yang dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya. tak perlu pening-pening kepala untuk mencari duit dan hiburan. Continue reading

Kenapa anda menulis Blog?

Salam sejahtera pengunjung blog faizalehsan.com. :)

Kenapa anda menulis blog? ha.. nampak macam boring je tajuk ni. Anda sudah semestinya mengetahui perkara asas menegnai mengapa anda setup blog bukan?. Saya sekadar ingin berkongsi beberapa perkara penting mengenai blog. Mungkin anda semua sudah tahu tetapi apa salahnya baca lagi. Setiap orang kan berbeza ;) .

Okey, menulis blog bukan lagi perkara pelik lagi ajaib pada zaman ini. Berbanding dengan 2 atau 3 tahun lepas, saya dapat lihat perkembangan dunia penulisan blog semakin hari semakin rancak dengan pelbagai tujuan dan alasan. Sehinggakan ramai orang sudah mula belajar membina blog samada berbayar dan percuma. Continue reading

Nak kaya? Baca buku!

Memulakan sesuatu yang kita tidak tahu memang sesuatu yang amat memeritkan . Yerlah.. dah namanya pun tak tahu. Kalau buat nanti bila tersilap ada sahaja yang akan komplen macam-macam. Oleh itu, bagaimana tuan-tuan untuk kita hapuskan perkataan tidak tahu dalam diri kita ni?

Jawapannya sungguh senang. Sehinggakan budak yang baru sahaja berumur 5 tahun mampu menjawabnya. Jawapannya ialah membaca. Yer.. membaca. (mungkin anda boleh lihat post saya yang lepas tentang buku di sini ). Dalam zaman teknolgi maklumat yang sangat mencabar ini, tidak dapat tidak semua orang wajib membaca. Continue reading