Alahai Bangsaku….

Salam sejahtera.

Agak lama juga saya tak update blog ini. Maafkan saya kerana kekangan masa dan juga beberapa masalah yang berlaku ke atas blog sejak kebelakangan ini. Walaumacammanapun, hari ini saya tidak bercadang untuk menulis artikel baru. Saya ambil artikel lepas yang telah hilang (tak sempat backup) akibat daripada di Hack tempoh hari untuk tatapan anda.

Saya tidak tahu apakah sebabnya. Mungkin artikel ini menjadi punca blog ini di Hack. Bacalah dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani. :) Continue reading

Apa anda perlu buat selepas di Hack?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini hari yang agak menggembirakan buat saya. Ups.. bukan bermaksud hari-hari yang lain tu tak berapa baik. Hari ini saya telah dapat login semula ke dalam akaun facebook saya tetapi dengan akaun yang baru. Untuk pengetahuan anda, setelah digodam saya tidak dapat login ke dalam FB dan juga akaun email. Sedih betul…

Setelah berusaha menghubungi pihak teamFB untuk mendapatkan akses ke dalam akaun saya, mereka akhirnya membalas dengan mengatakan saya tidak dibenarkan untuk akses ke dalam akaun atas sebab-sebab keselamatan. Akaun saya juga akhirnya ditutup dan mereka menyuruh saya membuat akaun yang baru.

Setelah selesai saya membuka akaun baru untuk email dan juga facebook. Memang kerja ini agak memenatkan. Di tambah dengan kehilangan banyak “benda-benda penting” di dalam akaun email tersebut. Tetapi ini adalah pengalaman. Oleh itu, dengan sedikit pengalaman yang ada ni, saya kongsi sikit dengan anda apa perlu anda buat jika di hack.

Langkah-langkah yang perlu diambil ialah: Continue reading

Blog faizalehsan.com di godam! (2)

Salam sejahtera pengunjung setia blog faizalehsan.com

Alhamdulillah, akhirnya saya selamat sampai ke Kuala Lumpur pagi tadi (balik kampung beraya). Salam Aidiladha juga saya ucapkan kepada semua.

Saya masih lagi berada dalam keadaan penat. Maklumlah baru saja sampai, tetapi saya akan jadi lebih penat bila memikirkan nasib blog ini yang telah digodam beberapa hari lalu. Namun begitu, mungkin ini adalah salah satu pengorbanan yang perlu saya buat dan kebetulan masanya adalah pada hari raya kurban.

hacker

credit to http://2.bp.blogspot.com

Saya masih tidak dapat mengenalpasti siapakah yang menggodam blog ini. Adakah mereka dari luar negara ataupun di dalam negara ini. Walauapapun, perkara sudah berlaku dan saya terima dengan berlapang dada. Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ini.

Apakah yang dilakukan oleh hacker ke atas blog saya? Continue reading

Blog faizalehsan.com di godam!

Sedih, geram pun ada. Semua perasaan bercampur-baur dengan tingkah laku sebahagian dari sikap mereka yang suka menyalahgunakan kemahiran yang ada untuk tujuan yang tidak baik.

Saya akan bawakan perkembangan terkini mengenai blog ini dalam masa terdekat. Oh ya, blog ini telah di hack semalam. Alhamdulillah saya telah berjaya pulihkan kembali. Di bawah adalah gambar hacker yang tidak bertanggungjawab tersebut.

faizalehsan hacked by razmataz

si Hacker yang menggodam

Pendapatan hartawan dunia merosot

Saya petik artikel ini dari berita harian 3.10.2009. Renung-renungkan.. :) . Sekali-sekala kena ambil tahu juga perkembangan semasa kan?.

“Hidup umpama roda, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah.”

NEW YORK: Majalah Forbes dalam laporan tahunannya mengenai kedudukan individu terkaya di Amerika Syarikat menunjukkan kebanyakan pendapatan hartawan terbabit semakin merosot dengan kerugian sehingga AS$300 bilion (RM1,050 bilion) sepanjang tempoh 12 bulan lalu.

Senarai tahunan Forbes membabitkan 400 hartawan Amerika Syarikat mendapati pelabur Warren Buffett kerugian hampir AS$10 bilion (RM35 bilion) berikutan syarikat milik beliau, Berkshire Hathaway mengalami kerugian besar. Continue reading

Kajian pasaran??Bosannya….

Assalamualaikum.

Kajian pasaran merupakan suatu kaedah yang sangat penting kepada seseorang usahawan. Jadi tip saya kali ini ialah mengenai kajian pasaran.

Ramai dikalangan kita samada usahawan online(IM) atau offline (perniagaan konvensional) terlepas pandang kepentingan membuat kajian pasaran. Almaklumlah…

keje ni boring…

bosan….

dan lain-lain.

Tetapi kita perlu ingat,kalau tak dibuat,bermakna kita sengaja menempah kerugian. Kalau apa yang kita laburkan sikit mungkin tak mengapa,tetapi kalau nialainya sampai 4 angka?ha…jawab..

Tip ini memang selalu IM (internet merketer) atau tok-tok guru bisnes selalu tekankan. Buat kajian dulu baru boleh buat bisnes. Orang kata buat apa bazir masa buat benda bosan ni..tetapi impaknya pada perniagaan kita amat besar. Yang penting tuan-tuan..anda semua perlu bersabar dalam melakukan kerja ini. InsyaAllah, banyak faedah yang kita akan dapat. Saya sekadar berkongsi tip yang mungkin anda semua telah mengetahuinya. Apa yang penting kerjasama kita saling mengingatkan.

Kebanyakan manusia membeli bukan dengan fikiran(berfikir terlebih dahulu),tetapi perasaan(emosi)

jadi,untuk menambahkan jualan, anda semua kena titik beratkan tentang macam mana nak ‘tackle emosi’ pelanggan untuk menambah jualan.

Anda ada pendapat yang bernas?tulis di ruangan komen ye.

Ok..sekian…Adios!

ps:Nak kad raya elekronik yang menarik dan canggih?klik sini