Sudah empat tahun rupanya…

Samada saya perasan, atau buat-buat tak perasan, sudah empat tahun blog ini berada di alam maya. Walaupun kadang-kadang ada yang terculas dalam mengupdate blog. Bukan apa, perasaan malas yang tinggi dalam diri buatkan blog ini sunyi agak lama. (bukak rahsia terus :p )

kredit to nizamahamad.com

Dahulunya memang tujuan asal untuk buat duit dengan blog. Belajar punya belajar, jadilah blog ini seperti yang anda semua baca sekarang. Ada banyak benda sebenarnya kita kena belajar. Bukan setakat tahu tulis blog sahaja. Bab menulis satu hal, bab buat duit satu hal yang lain.

Jadi, bila masa sudah berlalu hampir empat tahun, berbagai perkara telah berlaku dan itu semua mematangkan diri sendiri untuk memikirkan apakah tujuan sebenar dalam saya menulis blog ini.

Sebenarnya tidak ada apa yang mudah. Kalau anda pernah tengok iklan yang menawarkan pelbagai jenis nasihat dan iklan untuk mengajar anda jalan singkat untuk berjaya, itu boleh dikatakan suatu yang melampau. Hakikatnya, mereka yang telah merumuskan untuk memudahcara tersebut telah melalui satu pengalaman jatuh bangun yang bukan sedikit.

Selepas beberapa kali mengalami jatuh dan bangun, barulah akan keluar formula itu dan ini. Jika anda perasanlah, kalau tidak perasan apo nak di kato?

Setakat ini secara jujurnya, saya belum buat apa-apa pendapatan melalui blog ini. Samada melalui iklan atau lain-lain cara yang generasi muda sekarang sangat pakar. Sebagai contoh iklan nuffnang, adsens dan lain-lain. Mungkin bukan rezeki saya untuk bidang ini. Yang saya ada hanyalah tulisan-tulisan yang berbentuk nasihat kepada diri sendiri dan orang lain.

Bagi saya tidak mengapa. Kerana dengan cara ini saya puas hati. Kerana apa yang saya buat adalah untuk memandaikan bangsa saya sendiri. Untuk Agama saya sendiri. Itu bagi saya sudah cukup. Tetapi jika ada rezeki yang akan datang, tidaklah saya menolak. :)

Orang melayu memang penuh dengan kiasan dan bidalan. Cantiknya bahasa melayu kita kalau kita hormat dan sanggup menggunakannya dengan betul. Sebab itu seboleh-bolehnya saya akan gunakan bahasa melayu yang betul.

Bukan tidak mahu menggunakan bahasa “pasar” seperti kebanyakan orang kita gunakan sekarang, tetapi saya merasakan blog ini bukan dibaca oleh golongan remaja sahaja. Mungkin ada dikalangan anda yang datang dari golongan profesional dan lain-lain. Jadi, ia akan memudahkan sesiapa pun untuk membaca dengan senang.

Untuk pengetahuan anda, saya mula menulis ketika masih bekerja. Kemudian membuka perniagaan sendiri. Jadi, bila sudah bekerja sendiri, tumpuan terhadap kerja di alam maya agak terhad. Selain pening memikirkan untuk membangunkan syarikat, masalah-masalah lain juga mengganggu diri. Pasti anda juga begitu kan?

Sebagai penutup, sokongan dari anda amat saya hargai. Terima kasih kepada anda yang sudi beri komen, atau hanya singgah sebagai silent reader. Itu tidak mengapa. Yang penting anda selalu lawat ke blog ini… ;)

Saya cuba dekati para pembaca seboleh mungkin. Mungkin ada entri yang berbentuk tip, mungkin juga ada yang berbentuk peribadi. Jika anda ada persoalan untuk saya, sila hubungi melalui form atau emailkan ke cmm2040@gmail.com. Seboleh mungkin akan saya jawab untuk anda.

Sekian,

Assalamualaikum.

-Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bandar Baru Serting,Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.