Dengan nama Allah, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Alhamdulillah, hari ini sudah lebih tiga bulan blog ini wujud di alam maya. Saya sangat bersyukur, walaupun ini hanyalah merupakan kejayaan peribadi tetapi ianya cukup bermakna.
Anda tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri anda sendiri. Kenapa mahu bersikap hipokrit sedangkan di dalam jiwa anda tidak tenteram dengan pelbagai lakonan yang anda buat untuk menjadi hebat di mata orang lain? Jadilah hebat di mata Tuhan dan jadilah juga hebat di mata orang lain. Itulah kejayaan yang hakiki.
Pointnya disini ialah, saya sekadar nak memberitahu bahawa dalam penulisan blog atau apa sahaja, anda hanya perlu jadi diri anda. Memang kadang-kadang kita cuba nak meniru apa yang orang berjaya dalam berblog atau sebagainya lakukan, tetapi pada hakikatnya, ukur baju di badan sendiri.
Orang yang masih baru, dah tentulah akan mengambil masa untuk berjaya dalam bidang ini. Apa yang penting kerjasama kita tidak berputus asa walaupun kadang-kadang kita rasa down, lemah, malas dan sebagainya. Secara jujurnya, untuk terus menulis dan update blog memerlukan kekuatan dalaman yang jitu.
Apakah maksud kekuatan dalaman ini? Jawapannya ada pada diri anda. Kenapa anda mewujudkan blog yang ada sekarang ini?Apakah tujuannya dan apa yang anda mahu dengan menciptakannya di alam maya ini. Semua persoalan itu, saya serahkan kepada diri anda untuk menjawabnya (saya pun termasuk juga
).
Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini, samada yang saya kenali ataupun tidak, samada anda tersesat ketika jalan-jalan di dunia cyber dan terjumpa blog ini, ataupun ketika anda mahu mencari sesuatu kelainan dan akhirnya terjumpa blog yang bertuah ini.. oh!
Saya akan terus menulis dan berkongsi apa yang saya rasakan dapat memberi manfaat kepada anda. Jika terdapat artikel yang tidak kena gaya penulisaannya harap di maafkan dan saya akan cuba tingkatkan kualiti artikel dari semasa ke semasa.
Akhir sekali, saya tidak sangka sebenarnya saya mampu untuk bertahan untuk tempoh tiga bulan ini. Memang terdapat kesukaran pada mulanya dalam mencari hala tuju blog ini (dulu masa blog free, jarang nak update, sekarang alhamdulillah
) namun setelah lama berlatih dan mengkaji, akhirnya adalah hasil yang anda dapat lihat sekarang.
Sedikit kata-kata pujangga :
“Mata pena adalah lebih tajam dan hebat dari mata pedang”
ps: baru balik dari mph,beli buku lagi..
pps: seperti biasa, sila turunkan kata-kata (komenlah tu..) di ruangan komen. Terima kasih.
Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions untuk mendapat artikel percuma. Terima kasih kerana melawat!
Say Something...
Powered by Facebook Comments