Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bertemu lagi dalam hari baru, bulan baru, dan sekarang adalah tahun baru hijrah 1431.
Semalam selepas Asar bermulanya tahun baru dalam kalendar islam. Mungkin ramai yang tidak kisah atau ambil pusing mengenai hal ini. Maklumlah, tidak ada bunga api dan mercun, konsert, countdown dan sebagainya. Yang ada hanyalah perarakan sepanduk dan nyanyian nasyid. Boring?Bosan?

gambar - ihsan berita harian
Sebagai umat islam dan sudah tentunya agama ini adalah yang terbaik untuk kita, seharusnya rasa bangga dan bersyukur dengan nikmat kurniaan tuan punya dunia tidak sepatutnya dilupakan. Tahun baru bermakna usia kita semakin bertambah dan perlu diisi dengan amal ibadah dan usaha untuk memperbaiki diri.
Saya juga mempunyai azam baru, matlamat baru, semangat baru pada tahun baru ini untuk mengorak langkah mencipta kejayaan dalam perniagaan. Walaupun hakikatnya bukanlah semudah menulis dan berkata-kata, tetapi yang penting adalah perancangan yang betul sebagai seorang usahawan yang berjaya. Selepas perancangan perlu pula perlaksanaan. Rancang sahaja tetapi tak buat, maka semuanya adalah sia-sia.

gambar-ihsan berita harian
Saya berpendapat, berkat dari tahun baru ini juga, pasukan bolasepak kebangsaan telah mencapai kejayaan dalam perlawanan menentang Vietnam. Semoga kejayaan akan terus berterusan pada masa hadapan insyaAllah.

gambar-ihsan berita harian

Tahniah Malaysia!
Walauapapun, saya doakan anda semua akan beroleh kejayaan seperti yang dirancangkan pada masa hadapan dan kita semua akan sentiasa diberkati. Tanpa kasih dan sayang Tuhan, semua kejayaan tidak akan kita kecapi. Percayalah.
Selamat Tahun Baru Hijrah. Tahniah kepada pasukan bolasepak negara. Mulakan langkah anda dengan penuh bergaya dan jangan toleh kebelakang lagi.. Okey, saya ada sedikit kata-kata menarik yang di petik dari Dr. Tuah Iskandar, semoga bermanfaat.
“Besarkanlah Allah dalam diri anda, dan bunuhlah setan anda di dalam diri anda. Itu jawapan kepada banyak masalah kejiwaan”
Say Something...
Powered by Facebook Comments