Dari pagi tadi saya mencari-cari idea, apakah artikel menarik yang boleh di tulis di blog ini. Namun masih belum jumpa. Kebetulan, hari ini saya mempunyai temujanji dengan pelanggan yang berminat untuk menjadi pengedar kami untk bahagian Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, selesai satu perkara. Sepanjang artikel ini ditulis, saya baru sahaja balik dari berjumpa dengan pelanggan seperti yang telah diberitahu tadi. Segalanya nampaknya berjalan lancar. Beliau juga mempunyai misi dan visi yang sama, untuk memartabatkan produk halal keluaran bumiputera Islam khususnya.
Oh ya, saya bukan terlupa atau buat-buat lupa, kerana hari ini merupakan tarikh bersejarah bagi negara kita Malaysia. 31 hb Ogos. Tarikh keramat menunjukkan bahawa Malaysia telah merdeka. Tahun ini merupakan tahun yang ke 53. Wah! Nampaknya sudah agak lama kita merdeka samada kita sedar atau tidak.
Bagi yang lahir sebelum merdeka, sudah tentu merasai betapa bernilainya erti kemerdekaan dalam diri. Betapa kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan ini. Namun begitu, adakah kita benar-benar merdeka?
Walaupun saya tidak lahir pada tahun sebelum merdeka, tetapi sekurang-kurangnya tahu mengenai sejarah bangsa dan negara. Paling asas yang anda semua kena tahu, “lagu negaraku”. Ada juga yang tidak hafal lagu ini. Percaya atau tidak?percayalah..
Untuk memerdekakan negara dari penjajah memang sukar, tetapi untuk mengisi kemerdekaan itu lebih sukar. Bak kata orang yang menang pertandingan:
Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali.
Memang kita tidak dijajah dari sudut fizikalnya, tetapi kita dijajah dari sudut pemikiran, budaya dan lain-lain. Mungkin ramai yang mengatakan tidak benar. Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran waras, kita sudah dapat menilai dengan akal fikiran kita. Adakah pemikiran anda sudah bebas?
Pembangunan material yang tidak selari dengan pembangunan rohani, sudah pasti akan merosakkan bangsa kita sendiri. Walaupun ramai orang politik menjanjikan berbagai kata-kata manis mengenai perpaduan, agama dan sebagainya, namun hasilnya masih tidak kelihatan. Malah lebih teruk lagi.
Sebagai rakyat Malaysia, anda dan saya sudah tentu bangga dan bersyukur dengan kemerdekaan negara ini. Nikmat merdeka kita ini memudahkan segala urusan dapat dilakukan dengan aman dan selamat. Namun, kemerdekaan dari sudut itu masih tidak cukup. Bagaimana dengan pengisian-pengisian tentang kerohanian dan pembentukan jiwa? Kerana majunya sesebuah negara adalah kerana orangnya, manusia.
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Semoga kemerdekaan ini dapat kita kekalkan sampai bila-bila. Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab untuk menjadikan negara ini kekal aman dan makmur. Sekadar sedikit perkongsian dari saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap pembangunan modal insan dan negara.
Saya dapat membaca, mungkin anda mempunyai buah fikiran dan ingin berkongsi disini. Apakata anda ke ruangan komen sekarang.
Jumpa lagi untuk artikel akan datang..
Artikel menarik yang lain :
Say Something...
Powered by Facebook Comments


”Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali”.
Saya suka ayat di atas.. benar sekali..
B’sama2 kita mengekalkannya. Aamiin.
Salam kemerdekaan juga.
InsyaAllah Hadi, kitalah generasi yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan tersebut.