
Baru-baru ini kita telah menyambut hari belia dan hari guru(semalam). Sememangnya menyambut hari-hari khas seperti hari tersebut adalah untuk memperingati dan menginsafi diri supaya memperbaiki diri yang serba lemah dan mudah terpesong ini.
Hari belia
Bagi yang masih merasakan diri mereka adalah belia negara, maka saya ucapkan selamat hari belia. Bagi mereka yang tidak sedar diri lagi atau buat-buat tak sedar tentang diri mereka, bangunlah kawan, sahabat, sesungguhnya anda diperlukan oleh bangsa, agama dan negara.
Saya tertarik untuk menulis mengenai belia ini kerana saya juga belia seperti kamu (muda lagi..
). Sekadar ingin mengingatkan diri tentang apakah tanggungjawab serta sumbangan yang telah kita berikan kepada negara, lebih-lebih lagi kepada agama kita, Islam.
Jika kita ingin memperkatakan soal akhlak, remaja dan belia sekarang sangatlah berlainan dari dahulu. Boleh dikatakan lebih teruk lagi. Bak kata seorang rakan yang bergelar guru, ” sejahat-jahat budak dulu, setakat ponteng sekolah dan hisap rokok sahaja, tetapi sekarang.. masyarakat(pinjam kata-kata Alex raja lawak)…”.
Kita lihat pula dari sudut politik. Bagaimana golongan sekarang ini ingin ambil “pot” hal-hal dalam negara sekarang. Bagi golongan mahasiswa/siswi, kesedaran mengenai politik mungkin agak tinggi, tetapi bagi mereka yang berada di luar bandar, pemikiran mereka agak jauh ketinggalan. Bukanlah hendak memperkecilkan golongan luar bandar (saya pun asal kampung juga) tetapi kita sendiri mampu menilai..
Gejala mat rempit dan ketagihan dadah sudah menjadi perkara biasa dewasa ini. Mungkin kerana mereka tidak terdedah dengan dunia luar, maka mereka lebih rela syok dengan dunia sendiri. Kita tidak perlu untuk mencari salah siapa di dalam hal ini, tetapi carilah jalan penyelesaian terbaik supaya gejala ini dapat di bendung.
Namun, malangnya, kita lebih suka mencari jalan penyelesaian bila sesuatu itu sudah berlaku dari mencari punca masalah dan menyelesaikan punca masalah tersebut. Entah mengapa, adakah disengajakan atau memang pihak-pihak tertentu tidak tahu mencari jalan?
Satu perkara yang pasti adalah, “kembalilah kepada ajaran Islam sebenar”. Hanya itu satu-satunya jalan penyelesaian.
Hari Guru
Menjadi guru zaman sekarang memang sangat mencabar dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mana tidaknya, jika dijentik maka ibu bapa akan saman. Apatah lagi merotan pelajar.
Saya tabik kepada mereka yang mengambil perguruan sebagai kerjaya (samada terpaksa atau suka, anda tetap hebat!). Tanpa anda, maka anak bangsa kita tidak akan menjadi cerdik dan mampu memberi sumbangan kepada negara. Syabas dan tahniah. Sesungguhnya ilmu yang diajarkan akan memberikan pahala yang berterusan sehingga ke akhir dunia ini.
Kesimpulan
Akhir kata, Saya ingin mengucapkan “Selamat hari belia, dan Selamat Hari Guru” kepada seluruh warganya dan rakyat Malaysia umumnya. Menyedari hakikat bahawa, tanpa guru yang memberi tunjuk ajar selama ini, maka saya sendiri tidak akan dapat mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini.
Rakan-rakan yang disegani semua, anda adalah guru-guru saya yang hebat. Pengalaman juga dalah guru yang terbaik. Buat semua insan yang mengenali diri ini, samada rapat ataupun tidak, terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar. Selamat hari Guru!
Say Something...
Powered by Facebook Comments