Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk beramal ibadat serta melakukan pelbagai urusan samada dunia mahupun akhirat. Hari ini merupakan hari ke empat kita berpuasa (sepanjang artikel ini di tulis).
Bulan ini merupakan bulan yang lebih baik dari bulan-bulan yang lain. Ramadhan terkenal dengan bulan Ibadah. Kalau kita selalunya mendengar tentang pelbagai pesta mengenai hiburan, namun kali ini, bulan ini merupakan “pesta ibadah”. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengaut sebanyak mungkin pahala. Mungkin tidak ada lagi bulan Ramadhan yang akan datang untuk kita. Siapa tahu?
Mengikut kajian, perniagaan online mungkin agak perlahan bila tibanya bulan ramadhan. Tetapi perniagaan lain berjalan seperti biasa atau mungkin lebih baik. Lihat sahaja bazar-bazar ramadhan yang penuh dengan manusia yang sibuk membeli juadah berbuka puasa. Peluang perniagaan seperti ini hanya datang pada bulan Ramadhan. Mungkin anda salah seorang dari peniaga bazar ramadhan ini?
Saya berharap masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam serta pengunjung blog ini samada sengaja atau tidak sengaja singgah disini. Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini. Jika anda mempunyai masa, silalah turunkan komen anda di bahagian komen ya?
Sehingga berjumpa lagi pada artikel akan datang..
p.s: Minta maaf kerana lambat update blog ini.
Artikel menarik yang lain :
Say Something...
Powered by Facebook Comments

Salam sejahtera.
Sudah hampir setengah bulan berpuasa, mungkin sudah terlambat, namun tetap ingin mengucap: Salam Ramadhan.
Tema blog yg menarik.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Salam Ramadhan juga kepada saudara.
Semoga mendapat manfaat dari blog faizalehsan.com