Selamat Berpuasa Semua!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni dah genap satu hari berpuasa. bagaimana dengan ibadah puasa kalian usahawan semua? Harap-harapnya ibadah yang kita buat sepanjang bulan yang penuh rahmat ini diterima seluruhnya.insyaallah

Mungkin belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan “Selamat Berpuasa” yelah..dah start puasae pon kepada pengunjung blog ini dan seluruh umat islam. Hidup sebagai usahawan..kadang-kadang benda-benda  yang kecik kita terlepas pandang maybe besar pun ada dek kerana kesibukan menguruskan perniagaan. Almaklumlah…ribu-ribu atau juta-juta punya projek..

Bulan Ramadhan datang lagi kali ini.. adakah kita nak ambil peluang ni untuk tambah pahala ataupun kita anggap bulan ni macam bulan lain jugak,cuma tidak boleh makan waktu siang..terpulang kepada anda untuk menjawab. Saya yakin dan percaya, sebagai seorang usahawan, kita perlu merebut peluang bukan?kan ini adalah salah satu ciri seorang usahawan?

Em..seperti biasa,malam-malam awal berpuasa masjid mesti penuh. penuhnyaa..macam hari jumaat. Tapi lepas je beberapa hari.. tinggallah tok imam dengan bilal je yang buat solat terawih. Kemana perginya ya umat-umat islam yang lain..?persoalan yang saya pasti semua orang selalu perkatakan.saya bukan orang pertama kan?

Sempena bulan yang mulia ini.. saya mendoakan kepada semua agar sentiasa mendapat perlingdungan Allah serta sentiasa diberi petunjuk serta hidayah. Mari para usahawan semua kita bermuhasabah diri dan lihat sejauh mana perniagaan yang kita lakukan betul-betul menepati kehendak syariat dan islam. Adakah kita hanya mahu kaya di dunia sahaja dan meninggalkan akhirat yang kekal? Bersihkan diri dari segala kemungkaran dan kalau dah layak harta kita untuk dizakatkan,maka keluarkanlah zakat.

Zakat membersihkan harta dan ianya tidak sekali-kali mengurangkan harta kita. Malah harta yang berkat akan menarik lebih kekayaan kepada kita.insyaAllah.Sebagai akhirnya.. skali lagi saya mengucapkan

“Selamat berpuasa” dan rebutlah peluang dalam bulan yang mulia ini untuk menambah bekalan saham akhirat kita. Tak guna kalau saham kita yang dekat Bursa Malaysia tu melambung-lambung tinggi tetapi kita terlupa saham akhirat kita.

Berjumpa lagi di post yang akan datang yang lebih menarik…tunggu… adios!!

“Ahlan wasahlan ya Ramadhan!!”

ps: sama-samalh kita mengingatkan antara satu sama lain..x rugi kan?berniaga-berniaga juga..akhirat jangan lupa..(~_^)

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

105 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.