30
2009
Sekitar Workhshop Jutawan Internet Irfan Khairi
Alhamdulillah, setelah menanti sekian lama, akhirnya impian untuk menyertai workshop jutawan internet Dr. Irfan Khairi tercapai. Jika selama ini saya hanya memerhatikan dari jauh sahaja, tetapi hari ahad lepas, saya dapat berjumpa di depan mata.
Apakah keperluan menghadiri bengkel ataupun workshop?
Saya yakin, anda semua pernah menghadiri bengkel bukan bengkel motor atau kereta . Sejak dari sekolah, cikgu anda pasti pernah menghantar anda menghadiri kursus. Bagi yang sudah dewasa pula, syarikat tempat anda bekerja pasti akan menghantar anda untuk berkursus.
Namun, kebanyakan daripada kita hanya menganggap, kehadiran ke bengkel tersebut adalah kerana terpaksa. Sebab ketua jabatan suruh.. syarikat hantar.. dan sebagainya. Adakah kita sedar berapakah belanja yang telah dikeluarkan untuk anda? Apa yang paling penting adalah, ILMU yang anda dapat bila pelaburan telah dibuat.
Dengan menghadiri bengkel-bengkel seperti yang disebutkan di atas, kita akan lebih dekat dengan mentor. Kita lebih mudah faham apa yang di ajar. Senang untuk bertanya dan sebangainya.
Bagi saya yang menyertai bengkel internet tersebut, salah satu matlamat saya adalah untuk mempelajari cara yang betul untuk menjalankan perniagaan internet. Kebanyakan perkara yang di ajarkan saya sudah tahu, namun bagitu, saya tidak mahu berlagak pandai seolah-olah lebih bijak dari orang lain.
Seperti yang saya nyatakan di atas, tidak ada atau tidak pernah ada istilah “aku sudah pandai” bila berguru. Sebab apa, kerana seorang yang berjaya sentiasa mahu belajar benda baru walaupun ianya adalah asas. Sebab, perkara asas itulah yang akan membuatkan anda berjaya kelak. Jika anda lihat pokok yang subur, akarnya sihat dan kuat. Jika asas kita kukuh, saya yakin kejayaan adalah milik kita
.
Bengkel tersebut sangat menyeronokkan. Terdapat bermacam-macam perkara penting yang ditekankan terutamanya, terdapat 3 kunci kejayaan dalam perniagaan internet. Anda nak tahu? sila beri komen di bawah dahulu ye
? saya akan reveal kemudian.
Kebanyakan yang hadir ke workshop tersebut mempunyai latar belakang berbeza. Saya telah mengambil kesempatan utuk bertukar-tukar bisnes kad (salah satu kaedah promosi) dan pendapat. Oleh itu tuan-tuan, sertai mana-mana bengkel yang berkaitan dengan pernigaan anda, dan hargai setiap ilmu yang disampaikan. Jangan berlagak sombong.
Bak kata orang kaya;
orang yang kaya sentiasa mengosongkan kepala utuk menambah ilmu
Okey, kepada rakan-rakan yang dah menyertai mana-mana workshop, tahniah saya ucapkan. Moga kalian berjaya! Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat diambil dari workshop perniagaan internet tersebut.
gambar penulis dan Dr Irfan Khairi
Dr Irfan sedang sibuk menandatangai buku (sign autograph)
muiz (kiri) – internet network security student nak mintak sign IK jugak
Sila KLIK pada tawaran ISTIMEWA untuk anda di bawah:
Related Posts
Leave a comment
ARTIKEL TERKINI!
- faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun
- Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
- Puasa, Perniagaan & Anda
- Selamat berpuasa
- Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!
- Mengembalikan semangat yang pudar!
- Mengekalkan Momentum
- Selamat Hari BELIA & Hari GURU
- Santai – Cerita kedai makan
- Jawab Dulu Tiga Soalan
Komen Terkini
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
Selamat berpuasa zool. InsyaAllah semoga terus bersinar hendaknya
- faizal ehsan on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
InsyaAllah Hadi, kitalah generasi yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan tersebut.
- Hadi Rofiee on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
''Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali''. Saya suka ayat di atas.. ... - faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
terima kasih Hairul
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
sama-sama mengingatkan Hadi Rofiee
- Blog Hairul on Puasa, Perniagaan & Anda
tertarik dengan tulisan saudara faizal, puasa budak darjah dua boleh buat. Ya, puasa bukan sekadar tahan diri dari makan minum, ... - Hadi Rofiee on Puasa, Perniagaan & Anda
Peringatan yg bagus. Manusia seringkali lupa & alpa.

An article by faizal ehsan












