Santai – Cerita kedai makan

Kerana berasa agak panas duduk di rumah (bukan sebab bergaduh ya), saya mengambil keputusan untuk keluar ke kedai minum rakan berhampiran dengan rumah. Tuan punya kedai  minum tersebut adalah seorang anak muda. Entah mengapa, walaupun hujan lebat pada petang hari semalam sehingga membawa ke malam, tetapi suhu di dalam rumah masih lagi tidak berkurang.

Pada mulanya saya ingin mengajak rakan untuk keluar minum bersama, tetapi mereka tidak berkesempatan. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk keluar seorang diri.

Sampai sahaja  di kedai tersebut, seperti biasa saya memesan minuman. Kedai tersebut mempunyai layar besar untuk kemudahan pelanggan menonton Tv. Saya juga mengambil kesempatan tersebut untuk menonton rancangan yang disediakan oleh tuan punya kedai. Sesekali keluar seorang diri, seronok juga. Boleh mengelamun sorang-sorang.. hoho.

Tidak berapa lama kemudian, rakan saya (pengurus kedai) datang menemani saya berbual. Banyak topik yang kami bincangkan mengenai perniagaan dan jatuh bangun dalam dunia perniagaan. Kalau saya datang dengan rakan yang lain biasanya beliau tak akan buka cerita tersebut. :)

Saya bertanyakan mengenai perjalanan perniagaan beliau sepanjang berniaga sebagai pengusaha kedai makan. Banyak juga ilmu baru yang saya dapat. Tak kurang juga cabaran-cabaran yang mesti dihadapi oleh mereka yang berniaga kedai makan.

Antaranya ialah bagaimana untuk mengekalkan pelanggan yang datang ke kedai tersebut. Pada mulanya, beliau mengatakan terdapat ramai pengunjung yang makan di kedai beliau. Tetapi sejak akhir-akhir ini pelanggan semakin berkurang. Entah dimana silapnya.

Saya sekadar memberikan pandangan. Mungkin apa yang terjadi adalah perkara biasa di dalam perniagaan. Ada naik dan turunnya. Tidak selalu kita akan berada di atas, kadang-kadang kita akan turun juga. Apa yang penting adalah semangat untuk meneruskan perniagaan. Walaupun di mata orang lain, ianya nampak mudah, pada hakikatnya tidak begitu.

Saya terus memberikan semangat kepada beliau, anggaplah ini semua sebagai pengalaman berharga untuk matang dalam perniagaan. Lebih lama kita di dalam industri tersebut, kita akan dapat belajar lebih lagi dan menjadi pakar dalam bidang kita. InsyaAllah, keuntungan yang kita cari selama ini akan menjelma.

Tabahkan hati, dan teruskan perjuangan. Perjalanan telah dimulakan, jadi tidak perlu untuk berpatah balik. Apa yang penting adalah mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul.

Benarlah bahawa, alah satu ciri usahawan yang perlu ada dalam diri setiap peniaga adalah berani menanggung risiko serta tabah dalam menghadapi ujian!

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia”

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

105 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.