Sambungan 7 tip Usahawan berjaya (3)

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi lagi berkunjung ke blog ini untuk menambahkan sedikit ilmu atau peringatan. yer lah.. kalau bulan-bulan puasa ni,asyik teringat nak makan apa masa berbuka nanti kan?(~_^).Okey sambungan huraian tip nombor 3;

3. Amalkan solat dhuha,membaca surah al-mulk,dan surah al-waqiah.

Kalau seseorang tu nak berjaya, mesti mereka mempunyai amalan-amaln tertentu untuk mengecapi kejayaan. Kadang-kadang kita terlalu banyak menumpukan kepada aspek keduniaan sahaja contohnya,belajar dari mereka yang telah berjaya dalam bisnes(ni dah tentulah,semua orang pun tau),tetapi adakah kita ingat tentang amalan roh atau biasanya orang panggil amalan kerohanian(ha..korang paham tak?ustaz kan slalu cite benda ni..).

Apa yang saya tulis kat atas tu,harap-harap kita sama-sama dapat amalkan ye. Almaklumlah kita ni kan slalu sangat sibuk dan tak fikirkan tentang Tuan punya Dunia.. jadi, jom ramai-ramai,dengan keberkatan bulan yang mulia ni tambah-tambah amalan masing-masing. Yer..saya tau..penat bulan posa ni, ingatkan nak tambah amal,tapi tambah dosa pula.ha..yang ni sendiri mau ingatlah sapa nak jawab?.Okey,tentang keberkesanan amalan tu, semuanya dengan izin Allah.. kalau kita rapat denganNya,insyaAllah tiada yang mustahil akan berlaku dalam perniagaan mahupun kehidupan kita.

Saya minta maaf tak dapat nak menulis panjang kali ini. ada urusan yang tak selesai lagi..huhu. Ok, semoga puasa kita kali ini diterima oleh Allah hendaknya.

Okey,apa pula pendapat anda tentang amalan-amalan seorang usahawan berjaya ye?tulis kat bahagian komen.tq.

Salam kejayaan untuk semua..jumpa lagi,Adios!

“In the midle of difficulty lies opportunity”  ni Albert Einstein yang bagitau..


ps: hmm…kertas kerja tak siap lagi…huu.. sabar-sabar.Setiap kesusahan ada kesenangan. Always smile…

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

2 thoughts on “Sambungan 7 tip Usahawan berjaya (3)

  1. Salamun’alaik..
    hehe.. encik jebat ni memang suke makan kan2? =b
    menarik2 artikel saudara.. ^_^
    herm..betul3.. amalan yang terbaik..bukan sahaja utk para usahawan..setiap individu yang bergelar muslim perlu take notes kan..

    “kalau kita rapat denganNya,insyaAllah tiada yang mustahil akan berlaku dalam perniagaan mahupun kehidupan kita”..

    sangat2 setuju dengan ayat encik jebat ini.. kebetulan tadi saya mengikuti kursus pra perkahwinan di ipt saya (walaupun lambat lagi nak kawin..hehe).saya nak kongsi sikit bole kan? ^_^ ada ustaz mengingatkan mengenai hubungan dengan pencipta kita..ketika dan waktu ini siapa yang berada difikiran kita?ketika bangun dari tidur apa perkara pertama yang kita lakukan? apa yang berada di fikiran? fikir2kan.. jawapan ada pada kita sendiri..

    selain itu.. suatu masa dahulu ada guru mengingatkan saya mengenai amalan solat sunat istikharah.. persepsi dan kefahaman muslim sekarang mungkin ni ada yang tersilap.. kalau nak membuat pilihan (lebih-lebih lagi pasangan hidup) baru kita nak lakukan solat sunat istikharah..
    tetapi bukankah kehidupan seharian kita berhadapan dengan pelbagai pilihan? (untuk membuat keputusan dalam urusan perniagaan, ketika nak jawab exam,nak beli barang, nak pergi kuliah atau tak nak.. etc) pendek kata semua urusan memerlukan kita untuk membuat pilihan.. jadi..alangkah baiknya setiap pilihan kita itu adalah tepat dan diredhai Allah kan.. jadi, sekaranglah waktu yang sesuai untuk kita laksanakan..

    berikut adalah pengertian doa dalam solat sunat ini..

    “Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
    (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

    ada dikalangan kita yang menunggu mimpi untuk mendapatkan jawapan istikharah ini.. tetapi hakikatnya kadangkala kita tidak tahu dari mana Allah akan bantu kita.. melalui keyakinan hati kita dalam membuat sesuatu keputusan.. tanpa ragu2.. itu juga merupakan jawapannya..
    setakat ni dulu perkongsian saya..

    eh.. panjang pula komen saya.. minta maaf encik jebat.. hehe
    pape pun.. selamat berjuang dalam dunia keusahawanan encik jebat!
    ganbatte! ^_^

    • w`salam.heheh..suka bab-bab makan ni.cuba tanya sapa kat dunia ni yg x makan?em..anyway thanks,bg komen yg bagus,sy terlupa juga bab istikharah ni.tq mengingatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

105 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.