Alhamdulillah, sedar tidak sedar kita sudah menjalani ibadah puasa sudah hampir 15 hari. Bagaimana dengan puasa anda semua? Adakah berjalan lancar atau ada yang sudahpun ponteng puasa?
Sesungguhnya ibadah puasa ini benar-benar menuntut kesabaran dan kekuatan yang bukan sedikit. Setakat menahan nafsu makan apalah sangat, betul atau tidak? Walaupun begitu, masih ada lagi berlaku pembaziran terutamanya bila sampai waktu berbuka puasa. Maklumlah, puasa sebulan sahaja setahun. Alamak, macam hari raya lah pulak.
Menahan diri dari makan, mungkin ramai yang boleh. Budak darjah dua pun boleh. Kata sahabat saya. Namun nafsu syahwat juga perlu dijaga rapi (mengingatkan diri yang alpa juga ni). Melihat perkara yang tidak sepatutnya (faham-faham sendirilah ye) boleh membawa kepada kurangnya pahala berpuasa. Kita tidak mahu puasa menjadi sia-sia. Sekadar menahan lapar dan dahaga. Pahalanya?
Kebelakangan ini berlaku bermacam-macam perkara pelik dan aneh. Gejala buang bayi, bapa sembelih anak dan sebagainya . Tidak pernah terjadi dahulu perkara-perkara serupa ini pada zaman saya dan tuan-tuan kecil dahulu. Mungkin ada kebenarannya. Hari perhitungan kita sudah semakin hampir. Apakah persediaan kita untuk menghadapi hari perhitungan itu? Sudah cukupkah bekalan yang ada. Dengan amal yang sedikit… oh! Semoga Allah mengampuni kita.
Tahun ini merupakan tahun yang pertama saya menjalankan perniagaan dalam bulan Ramadhan. Saya berasa sangat teruja, namun pada masa yang sama agak risau. Perniagaan yang dijalankan pada bulan ini agak kurang memuaskan. Namun, sebagai seorang usahawan, dugaan-dugaan seperti ini adalah biasa. Ada untung dan ada rugi. Itulah adatnya dunia perniagaan.
Perniagaan makanan, mungkin agak kurang memuaskan bagi pembekal barang-barang runcit, tetapi bagi peniaga-peniaga bazar ramadhan, bulan ini merupakan bulan limpahan rezeki. Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Begitulah adilnya Allah s.w.t. Rezeki yang diturunkan ke bumi ini, dibahagi secara sama rata. Setiap insan akan tetap merasa nikmat Allah s.w.t.
Bersyukurlah kepada tuan punya dunia. Kita masih lagi diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa bagi tahun ini. Tiada siapa yang tahu, adakah kita akan mendapat peluang sekali lagi menjalankan ibadah puasa ini pada tahun hadapan. Berusahalah menjadikan ibadah puasa kali ini jauh lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Kurangkan melakukan perkara-perkara lagho dan seumpamanya. Sedarlah diri wahai tuan, sahabat, rakan, saudara.
Kesimpulannya, marilah kita mengambil peluang pada bulan yang mulia ini untuk terus memperbaiki diri. Ustaz-ustaz selalu cakap, bulan ini merupakan bulan madrasah mensucikan hati.
Sekadar sedikit perkongsian hati dan jiwa. Saya manusia, anda juga sama. Kita bersaudara dan agamanya sama. Saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Mungkin kita terlalai. Maka tugas setiap insan adalah mengingatkan orang lain terutamanya diri sendiri. Jika anda mempunyai “sesuatu” untuk dikongsikan, apakata tuliskan sesuatu di ruangan komen.
Komen dan pendapat anda sangat-sangat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Oh ya, sebelum saya mengakhiri artikel kali ini, di bawah ada sepotong hadis. Semoga ada manfaatnya.
Puasa Orang Yang Musafir
Dari Hamzah bin Umar al-Islami, r.a. bahawa ia pernah bertanya Rasulullah, katanya: “Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?”. Rasulullah SAW menjawab: “Itu adalah satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.”
Berjumpa lagi di entri yang akan datang…
Salam Ramadhan.
| Puasa Orang Yang Musafir |
|
Dari Hamzah bin Umar al-Islami, r.a. bahawa ia pernah bertanya Rasulullah, katanya: “Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?”. Rasulullah SAW menjawab: “Itu adalah satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.”
|
Artikel menarik yang lain :
Say Something...
Powered by Facebook Comments


Selamat Berpuasa.. Semoga Ramadhan kali ini memberi sinar yang lebih bermakna
Selamat berpuasa zool. InsyaAllah semoga terus bersinar hendaknya
Peringatan yg bagus. Manusia seringkali lupa & alpa.
sama-sama mengingatkan Hadi Rofiee
tertarik dengan tulisan saudara faizal, puasa budak darjah dua boleh buat. Ya, puasa bukan sekadar tahan diri dari makan minum, tapi pandangan mata, percakapan dan byk lagi perlu dijaga. nice info
terima kasih Hairul