4
2009
Pendapatan hartawan dunia merosot
Saya petik artikel ini dari berita harian 3.10.2009. Renung-renungkan..
. Sekali-sekala kena ambil tahu juga perkembangan semasa kan?.
“Hidup umpama roda, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah.”
NEW YORK: Majalah Forbes dalam laporan tahunannya mengenai kedudukan individu terkaya di Amerika Syarikat menunjukkan kebanyakan pendapatan hartawan terbabit semakin merosot dengan kerugian sehingga AS$300 bilion (RM1,050 bilion) sepanjang tempoh 12 bulan lalu.
Senarai tahunan Forbes membabitkan 400 hartawan Amerika Syarikat mendapati pelabur Warren Buffett kerugian hampir AS$10 bilion (RM35 bilion) berikutan syarikat milik beliau, Berkshire Hathaway mengalami kerugian besar.
Mengungguli senarai adalah pengasas Microsoft, Bill Gates yang memiliki kekayaan dianggarkan bernilai AS$50 bilion (RM175 bilion), merosot sebanyak AS$7 bilion (RM24.5 bilion) berbanding tahun lalu.
Buffet menduduki tempat kedua diikuti pengasas Oracle Corp yang juga ketua eksekutif syarikat itu, Lawrence Ellison, mengungguli senarai 10 teratas tanpa mengalami sebarang perubahan terhadap nilai kekayaan beliau iaitu kekal sebanyak AS$27 bilion (RM94.5 bilion).
Nilai keseluruhan 400 hartawan Amerika Syarikat dianggarkan AS$1.57 trilion (RM5,495 bilion), merosot sebanyak AS$1.27 trilion (RM4,450 bilion) berbanding tahun lalu. Ia adalah kali kelima nilai kekayaan 400 ahli Forbes menunjukkan pengurangan sejak 1982.
Forbes berkata, kerugian itu berpunca daripada kemerosotan pasaran modal dan harga hartanah yang tidak menentu selain kes penipuan dan perceraian. Kerugian menjejaskan pulangan 314 tokoh yang disenarai sebelum ini, memaksa 32 daripada mereka digugurkan daripada senarai termasuk Allen Stanford yang dipenjara, bekas ketua kumpulan Citigroup, Sanford Weill dan jutawan Google, Omid Kordestani yang berhadapan dengan kes perceraian yang mahal.
Ratu rancangan bual bicara, Oprah Winfrey menduduki tempat ke-141 selepas mengalami kerugian berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion).
Hanya 28 hartawan menambahkan kekayaan mereka termasuk pemilik bank, Andrew Beal yang
menggandakan asetnya sehingga AS$4.5 bilion (RM15.75 bilion) melalui pembelian pinjaman murah dan aset dengan menduduki tempat ke-52. �AFP
p.s: saya tidaklah kaya mana, kalau nak jadi kaya, biarlah kaya semuanya. Kaya budi, kaya pengalaman, kaya ilmu pengetahuan, kaya pendapatan & dan yang paling penting, kaya Iman!
p.s.s: Anda buat, anda dapat (pinjam tag Dato` ustzh Siti Norbahyah)
Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!
Related Posts
1 Comment + Add Comment
Leave a comment
ARTIKEL TERKINI!
- Salam Syawal, Aidilfitri 2010
- faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun
- Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
- Puasa, Perniagaan & Anda
- Selamat berpuasa
- Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!
- Mengembalikan semangat yang pudar!
- Mengekalkan Momentum
- Selamat Hari BELIA & Hari GURU
- Santai – Cerita kedai makan
Komen Terkini
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
Selamat berpuasa zool. InsyaAllah semoga terus bersinar hendaknya
- faizal ehsan on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
InsyaAllah Hadi, kitalah generasi yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan tersebut.
- Hadi Rofiee on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
''Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali''. Saya suka ayat di atas.. ... - faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
terima kasih Hairul
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
sama-sama mengingatkan Hadi Rofiee
- Blog Hairul on Puasa, Perniagaan & Anda
tertarik dengan tulisan saudara faizal, puasa budak darjah dua boleh buat. Ya, puasa bukan sekadar tahan diri dari makan minum, ... - Hadi Rofiee on Puasa, Perniagaan & Anda
Peringatan yg bagus. Manusia seringkali lupa & alpa.

An article by faizal ehsan















Fuyoo…
Trillion macam pendapatan negara la pulak.Hebat mereka-mereka ni