Mengembalikan semangat yang pudar!

Apabila kita sudah memulakan sesuatu perkara, maka kita tentulah mahukan ianya selesai. Bukan hanya kerja sekerat jalan sahaja. Dalam tempoh setengah tahun pertama ini, pelbagai perkara yang saya telah lalui dan harungi. Samada suka ataupun duka.

credit to - http://2.bp.blogspot.com

Pada permualaan, minat untuk meneruskan perniagaan secara online memang membuak-buak. Seperti air paip yang sudah penuh dalam baldi air. Tetapi bila sudah lama tidak mengambil tahu, ataupun mungkin sengaja tidak mahu ambil tahu mengenai dunia online, semangat itu sudah mula pudar dan menurun. Mungkin ini juga berlaku kepada anda?

Kadang-kadang bila sudah masuk ke dalam gelanggang, pertarungan yang sengit akan berlaku. Dan, apa yang kita selalu lihat dalam rancangan tinju, apabila loceng dibunyikan, maka peserta harus berehat. Saya bukan hendak bercerita mengenai situasi sebagai peninju, tetapi fokusnya adalah pada perkataan berehat. Continue reading

Mengekalkan Momentum

credit to http://www.irwandahnil.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar pengunjung blog faizalehsan.com. Nampaknya sudah agak lama (sebenarmya memang lama) saya tidak update blog kesayangan ini. Sudah mula bersawang barangkali. Rumah kalau sudah lama tidak berpenghuni dan dikemaskan sudah pasti akan ada jin yang bertandang.. harap-harap blog ini tidaklah.. :P

Saya pasti ada dikalangan pengunjung ini yang kecewa, kerana tidak ada artikel terkini mengenai dunia perniagaan. Tidak kira perniagaan internet, ataupun perniagaan produk fizikal.

Blog ini sudah kembali kewajah baru. Sebenarnya kembali kepada wajah yang asal. Saya menjadi agak fobia untuk menggunakan theme blog ini kerana sudah dua kali blog ini di Hack dengan theme yang sama. Walauapapun, mungkin ianya hanya satu kebetulan. Saya berdoa semoga perkara itu tidak akan berlaku lagi. Serik! Continue reading

Selamat Hari BELIA & Hari GURU

Baru-baru ini kita telah menyambut hari belia dan hari guru(semalam). Sememangnya menyambut hari-hari khas seperti hari tersebut adalah untuk memperingati dan menginsafi diri supaya memperbaiki diri yang serba lemah dan mudah terpesong ini.

Hari belia

Bagi yang masih merasakan diri mereka adalah belia negara, maka saya ucapkan selamat hari belia. Bagi mereka yang tidak sedar diri lagi atau buat-buat tak sedar tentang diri mereka, bangunlah kawan, sahabat, sesungguhnya anda diperlukan oleh bangsa, agama dan negara.

Saya tertarik untuk menulis mengenai belia ini kerana saya juga belia seperti kamu (muda lagi.. :) ). Sekadar ingin mengingatkan diri tentang apakah tanggungjawab serta sumbangan yang telah kita berikan kepada negara, lebih-lebih lagi kepada agama kita, Islam. Continue reading

Santai – Cerita kedai makan

Kerana berasa agak panas duduk di rumah (bukan sebab bergaduh ya), saya mengambil keputusan untuk keluar ke kedai minum rakan berhampiran dengan rumah. Tuan punya kedai  minum tersebut adalah seorang anak muda. Entah mengapa, walaupun hujan lebat pada petang hari semalam sehingga membawa ke malam, tetapi suhu di dalam rumah masih lagi tidak berkurang.

Pada mulanya saya ingin mengajak rakan untuk keluar minum bersama, tetapi mereka tidak berkesempatan. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk keluar seorang diri.

Sampai sahaja  di kedai tersebut, seperti biasa saya memesan minuman. Kedai tersebut mempunyai layar besar untuk kemudahan pelanggan menonton Tv. Saya juga mengambil kesempatan tersebut untuk menonton rancangan yang disediakan oleh tuan punya kedai. Sesekali keluar seorang diri, seronok juga. Boleh mengelamun sorang-sorang.. hoho. Continue reading

Jawab Dulu Tiga Soalan

kredit to:http://empayarsufi.com/blog/images/soalan.jpg

Seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba. Sebatang anak panah tertikam di dadanya. Dalam kesakitan yang amat sangat itu, dia berkata kepada orang yang datang untuk membantunya: “Jangan lakukan apa-apa sehingga kamu memberi jawapan tiga soalanku ini!”

“Apa dia tuan?”

“Pertama, siapakah yang begitu berani menyerangku?” tanyanya sambil menahan kesakitan.

Orang di sekelilingnya menggeleng kepala tidak tahu.

Orang kaya itu tidak peduli, dia mengajukan soalan kedua: “Apakah yang memanahku ini orang kaya atau orang miskin?”

Orang sekelilingnya tambah hairan. Mereka ingin segera membawa orang kaya itu mendapat rawatan tetapi hal sebaliknya berlaku.

“Dan ketiga, apakah orang yang memanahku ini orang sini atau orang luar?” tanya orang kaya itu dengan suara yang tersekat-sekat. Belum pun orang di sekeliling sempat memberi respons, orang kaya yang cedera parah itu telah mati.

Pengajaran: Ramai antara kita lebih fokus kepada soal-soal pinggiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani suatu masalah. Lihat sahaja betapa persoalan akidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan maslah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini.

Sumber: majalah solusi april

Tip Motivasi: Pemikiran Positif

credit to:http://www.kagakribet.com/artikel/millionaire.jpg

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Memiliki minda yang positif sangat perlu bagi mereka yang memilih usahawan sebagai kerjaya sepenuh masa. Adakalanya tidak semua yang dirancang akan membuahkan kejayaan. Kegagalan dan kejayaan adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Sebagai usahawan yang tulen, syukurilah setiap ketentuan tersebut.

Selain mempunyai pemikiran yang positif, kita juga mestilah mempunyai semangat yang kuat dan sentiasa bermotivasi. Saya sangat teruja bila melihat rakan-rakan seperjuangan semakin berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Siapa kata kita tidak mampu berniaga?

Ada bermacam-macam cara untuk memotivasikan diri. Terpulang kepada cara masing-masing. Ada yang menjadikan idola mereka sebagai sumber motivasi, membaca artikel-artikel motivasi, ada yang dengan berjumpa kawan-kawan juga dapat  memotivasikan diri. Motivasi yang tinggi amat perlu kepada jiwa seorang usahawan. Continue reading