Alhamdulillah.. Akhirnya selepas sebulan berpuasa, kita telah meraikan syawal pada hari selasa yang lepas. Bagaimana dengan raya sahabat-sahabat semua?
harapnya seronok dan gembira bertemu sanak-saudara.
Selepas ini bolehla kita sambung dengan puasa enam pula ya? Terlalu meraikan raya, jangan pula lupa bulan ramadhan yang lepas. Adakah kita sudah berubah kepada yang lebih baik atau sama sahaja selepas ramadhan? Atau lebih teruk lagi? Nauzubillah.
Disebabkan kita masih lagi dalam mood raya, saya rasa lebih baik kita cerita sedikit pasal raya. Betul tak? Sebagai usahawan, kita juga manusia biasa. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa terutama kepada keluarga dan pelanggan-pelanggan kita.
Satu perkara menarik yang kita selalu buat adalah menghantar sms ucapan raya kepada rakan-rakan. Saya juga ada menghantar kepada rakan dan pelanggan. Bagaimana dengan tuan-tuan? Kalau dapat hantar kad raya tentulah lebih bagus.
Sesungguhnya hari raya adalah hari untuk mengeratkan tali persaudaraan. Sudah jauh dan lama tidak ketemu, hari raya adalah hari terbaik untuk mengeratkan hubungan. Kebanyakan dari kita, selalunya tidak ingin singgah ke rumah saudara walaupun berdekatan. Tetapi bila raya alhamdulillah, segalanya ok.
Ok, sedikit update sempena awal bulan september dan Hari Raya ini. Berjumpa lagi pada artikel seterusnya.
P/s: Selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia.
- Posted using BlogPress from my iPhone







