14
2009
Nilai RM51.00
Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!
Sedar tidak sedar kita telahpun masuk ke masa akhir bulan ramadhan. Kebanyakan diantara kita pastinya sudah mula sibuk untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba hujung minggu ini. Bagaimana dengan puasa anda usahawan berjaya semua? Semakin bertambah baik ataupun terus di takuk yang lama?
Baru-baru ini saya dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama dengan rakan-rakan lama semasa belajar di kampus. Saya hadir bersama rakan yang lain yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Memang seronoklah nak berbuka bersama, manakan tidak, sudah lama tidak bersua muka dan mendengar kabar.
Seorang rakan mencari tempat yang sesuai untuk kami semua berbuka puasa. Maka tempat yang kami tuju adalah salah sebuah restoran yang agak famous di bangsar. Saya orang baru di K.L ini,jadi saya hanya mengikut rentak mereka yang lebih tahu.
Saya difahamkan harga untuk satu tempahan meja adalah RM51.00 seorang. Saya rasa harga tersebut adalah agak murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain di K.L ni.padahal saya rasa mahal juga sebab poket dah kempis huhu Tapi tak mengapalah, disebabkan rakan-rakan lama, saya tak ambil pusing. Yang penting kita dapat berbuka bersama.
Okey,pasti anda tertanya-tanya, apa maksud “RM51.00″ kat tajuk atas tu kan?
. Kalau anda nak tahu saya telah pun berikan jawapannya dalam perenggan kat atas tu. (kalau tak dapat jugak,korang ulang balik baca).
Nilai persahabatan adalah jauh lebih tinggi daripada nilai harga RM51.00 yang saya ceritakan tadi. Sehinggakan di dalam perniagaan pun, apa yang dipentingkan adalah “Networking” (jaringan) persahabatan dan ianya jauh lebih dari nilai sekeping wang kertas RM100,RM1000, RM1000,000.
Ingatlah bahawa tanpa mereka yang bergelar sahabat@rakan@kawan, anda tidak akan memiliki walau satu sen pun dalam perniagaan yang anda jalankan. Anda nak menjual produk anda dengan siapa?Hantu? kucing kat dalam rumah? Atau robot yang bernama “BOB” kat tepi highway?(yang biasa lalu highway dia nampaklah menatang tu). Tidak tuan-tuan.. anda semua kena menjual produk kepada manusia.
Jadi kesimpulannya di sini, jaga persahabatan, jaga perasaan kawan-kawan anda. Tidak kiralah mereka rakan niaga anda ataupun tidak, kita hidup dalam dunia ini bukan dengan robot tetapi dengan manusia. Mungkin kisah ini tiada kaitan dengan anda atau sebagainya, tetapi saya sekadar berkongsi dan memberi ingatan sesama kita. Niat saya bukan sebab nak makan makanan yang harganya sampai RM51.00, tetapi ianya lebih daripada itu. Walaupun saya tidak berapa kenyang makan di restoran tersebut tetapi saya puas “ala..apalah sangat dengan RM51.00 tu kalau nak dibandingkan dengan masa yang aku dapat t bersama rakan-rakan dan berkongsi cerita”…
Yang baik, teruskan, mana-mana yang tak berapa baik tu,kita sama-sama perbetulkan lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.
“Semoga bermanfaat”
“SELAMAT BERPUASA!”
Jumpa lagi di post akan datang. Banyak lagi perkara menarik untuk saya kongsikan. Selalu lah singgah di blog ini ye?
ps: bagaimana dengan persiapan raya anda?ha..tengok tu..banyaknya beli… Hati-hati tuan-tuan, lepas raya punya bajet pun nak kena fikir jugak
pss: ada sesuatu yang difikirkan? jemput ke ruangan komen ye?
Related Posts
2 Comments + Add Comment
Leave a comment
ARTIKEL TERKINI!
- faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun
- Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
- Puasa, Perniagaan & Anda
- Selamat berpuasa
- Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!
- Mengembalikan semangat yang pudar!
- Mengekalkan Momentum
- Selamat Hari BELIA & Hari GURU
- Santai – Cerita kedai makan
- Jawab Dulu Tiga Soalan
Komen Terkini
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
Selamat berpuasa zool. InsyaAllah semoga terus bersinar hendaknya
- faizal ehsan on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
InsyaAllah Hadi, kitalah generasi yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan tersebut.
- Hadi Rofiee on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
''Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali''. Saya suka ayat di atas.. ... - faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
terima kasih Hairul
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
sama-sama mengingatkan Hadi Rofiee
- Blog Hairul on Puasa, Perniagaan & Anda
tertarik dengan tulisan saudara faizal, puasa budak darjah dua boleh buat. Ya, puasa bukan sekadar tahan diri dari makan minum, ... - Hadi Rofiee on Puasa, Perniagaan & Anda
Peringatan yg bagus. Manusia seringkali lupa & alpa.

An article by faizal ehsan













Nilai persahabatn itu mmg x ternilai…. Tapi kdg2 payah jugak nak jage hati semua org…….
yup Adney, kita tak akan mampu untuk puaskan hati semua orang. Yang penting kita sentiasa lakukan yang terbaik