Saya dah balik!!heheh. Akhirnya saya kembali semula untuk berkongsi bersama anda tentang pengalaman kursus dan ilmu mengenai keusahawanan dan motivasi. hmm..memang memenatkan kalau difikir-fikirkan tentang aktiviti yang dijalankan semasa berkursus namun apa yang penting ‘kerjasama’ ilmu yang kita dapat.
Okeh, saya nak kongsi sikit pasal networking arini pasti ramai dah tau . Selepas menyertai kursus motivasi baru- baru ini saya berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan niaga yang baru.Saya melihat ramai rakan-rakan saya yang mempunyai bisnes yang hebat dan saya tidak sangka yang anak melayu boleh pergi sejauh itu dalam kemahiran-kemahiran yang kebanyakannya dikuasai oleh orang bangsa lain.Hebat!
Ada yang pakar dalam bidang IT,Design, Lampu, Franchise dan sebagainya. Saya nak bagitau,kenalan yang ramai adalah penting untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup. Yelah,kita ni hidup dalam dunia ni bukan sorang-sorang kan?heheh. Kena saling tolong-menolong. So, kalau ada soalan yang tanya network ni penting ke tak, jawapannnya dah tentu sangat penting!!
Bayangkan,kalau seseorang yang mahu melangsungkan perkahwinan, dia ni ada ramai kawan-kawan yang boleh membantu menyempurnakan majlis tersebut contoh nya,dia ada kawan mak andam,tokey buah-buahan,tokey lampu,tokey kemah,meja dan kerusi,tokey telor dan sebagainya, tak ke mudah urusannya pak?!
Jadi,rakan-rakan semua, marilah kita bersama-sama menambah kenalan-kenalan kita. Tak rugi pun. Yang penting kita ikhlas berkawan dan tidak mempergunakan antara satu sama lain. Bak kata orang puteh“berkawan biar beribu,bercinta biar satu“eh betul ke??
Okey,stakat ni dulu perkongsian saya, saya akan kongsikan pengalaman yang lain pula nxt post,tungguu…
kata-kata hikmah hari ini:
DESIRE- the starting point of all achivement
ps: saya tengah cari kawan yang tahu banyak pasal laptop,ada tak kat sini?
Say Something...
Powered by Facebook Comments