11
2009
Nak kaya? Baca buku!
Memulakan sesuatu yang kita tidak tahu memang sesuatu yang amat memeritkan . Yerlah.. dah namanya pun tak tahu. Kalau buat nanti bila tersilap ada sahaja yang akan komplen macam-macam. Oleh itu, bagaimana tuan-tuan untuk kita hapuskan perkataan tidak tahu dalam diri kita ni?
Jawapannya sungguh senang. Sehinggakan budak yang baru sahaja berumur 5 tahun mampu menjawabnya. Jawapannya ialah membaca. Yer.. membaca. (mungkin anda boleh lihat post saya yang lepas tentang buku di sini ). Dalam zaman teknolgi maklumat yang sangat mencabar ini, tidak dapat tidak semua orang wajib membaca.
Membaca buku hiburan,mangga,jambu mestilah menjadi amalan wajib bagi setiap usahawan internet (tak perlu saya cakap,anda pun tahu). Kerana mereka menjual produk informasi. Anda perlu sedar bahawa produk informasi sangat cepat berkembang dewasa ini. Kalau kita lambat, bermakna hajat anda untuk menjana pendapatan melalui produk informasi akan terkubur.
Petang tadi saya telah membeli dua buah buku. Saya dah lama “aim” buku ni. Tajuknya adalah “Blue Ocean Strategy” dan “Secrets of building Multi-Million Dolar Business”(karangan warga singapore). Anda boleh dapatkan di pasaran. Tajuk buku ini memang sangat menarik perhatian saya. (Tajuk buku yang membunuh
).
Dalam buku yang pertama (blue ocean strategy) membincangkan tentang pasaran Laut Merah dan Laut Biru. Apa ,maksudnya tuan-tuan? okey, nanti saya akan beri ulasan dari semasa ke semasa di dalam blog ini. Jadi anda mestilah selalu melawat blog ini untuk mendapatkan maklumat tersebut
Buku yang kedua juga tidak kurang hebatnya. Nama penulis buku ini adalah Adam Khoo warga Singapura. Beliau merupakan usahawan yang berjaya mendapat pendapatan 1 juta ketika berusia 26 tahun. Beliau ada membincangkan beberapa langkah yang sepatutnya kita ambil sebagai usahawan dan beliau ada juga menceritakan bagaimana seseorang mampu mendapat pendapatan lumayan walaupun dengan modal yang kecil.
Okey, itu mengenai buku yang saya beli. Bagaimana dengan tuan-tuan? Apakah jenis buku yang tuan-tuan baca? Sila turunkan komen anda di bahagian komen nanti ya?
Ramai diantara kita sering memberi alasan. Bila dah bekerja, tak ada masa nak membaca ni. Penat bekerja, balik rumah terus tido. Berilah sedikit ruang kepada diri anda untuk menambah sekurang-kurangnya satu ilmu baru setiap hari. Tak perlu lama, beri masa selama satu jam sebelum tidur untuk membaca.
Saya sarankan bacalah buku yang ada nilai, yang berat-berat sikit, bukannya sekadar baca novel sahaja. Tak salah baca novel, tetapi buku-buku ilmiah juga mesti dan wajib jadi rujukan kita. Saya tahu, orang melayu sangat gemar membaca novel. (jangan marah pula peminat-peminat novel
) Saya tengok ramai kawan kita kaum cina lebih banyak membaca buku tentang ekonomi dan pelaburan. (tak hairanlah diorang kaya!oh!)
Kita ni tuan-tuan, kalau nak kaya kenalah berubah. Bermula dengan sikap dan tabiat kita. Cuba amalkan dengan ambil berat tentang ekonomi kita orang islam. Malulah dengan bangsa lain. Nabi Kita Muhammad s.a.w. ajar umatnya berniaga. Alih-alih orang bangsa lain yang lebih maju berniaga dari kita. Segan Yop!
Kadang-kadang kita perlu merujuk dengan kaum lain juga dalam bidang perniagaan ni. Jangan bodoh sombong dan ada mentaliti mereka ni tak akan bantu kita berniaga. Cuba positifkan fikiran kita dahulu. InsyaAllah Allah akan tunjuk jalan bagaimana untuk kita berjaya dalam perniagaan.
Kita hendaklah sentiasa membina hubungan yang baik dengan semua manusia. Janganlah nak berkira dan sensitif tak kena tempat. Kita pun ada komuniti yang sanggup bantu kita memulakan perniagaan. Carilah komuniti yang baik tu, yang tak baik pun ada, saya tahu..banyak.. tetapi carilah yang baik. Ada…mesti ada…
Kesimpulannya, membaca akan meningkatkan kredibiliti seseorang dan menjadikan seseorang itu pakar. Saya hanya bercakap secara umum, saya harap anda faham apa yang saya cuba sampikan. Okey, Sila kekalkan minat anda untuk terus setia mengunjungi blog ini.
insayaAllah saya akan cuba memberikan segala perkara yang bermanfaat untuk anda semua. Jumpa lagi…
“The More You Learn, The More You Earn”
p.s: Saya sangat suka membaca buku mengenai kewangan dan jutawan. anda bagaimana?
Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions. Terima kasih kerana melawat!
Related Posts
6 Comments + Add Comment
Leave a comment
ARTIKEL TERKINI!
- faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun
- Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
- Puasa, Perniagaan & Anda
- Selamat berpuasa
- Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!
- Mengembalikan semangat yang pudar!
- Mengekalkan Momentum
- Selamat Hari BELIA & Hari GURU
- Santai – Cerita kedai makan
- Jawab Dulu Tiga Soalan
Komen Terkini
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
Selamat berpuasa zool. InsyaAllah semoga terus bersinar hendaknya
- faizal ehsan on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
InsyaAllah Hadi, kitalah generasi yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan tersebut.
- Hadi Rofiee on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
''Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali''. Saya suka ayat di atas.. ... - faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
terima kasih Hairul
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
sama-sama mengingatkan Hadi Rofiee
- Blog Hairul on Puasa, Perniagaan & Anda
tertarik dengan tulisan saudara faizal, puasa budak darjah dua boleh buat. Ya, puasa bukan sekadar tahan diri dari makan minum, ... - Hadi Rofiee on Puasa, Perniagaan & Anda
Peringatan yg bagus. Manusia seringkali lupa & alpa.

An article by faizal ehsan













erk..banyak betul perkataan yang ko boldkan..
terima kasih atas komen anda. saya boldkan apa yang saya rasa penting. maafkan saya kalau perkataan yang saya bodlkan tu menggangu mata titan.
Betul tu, kena baca banyak buku untuk dapatkan banyak ilmu, kerana ilmu tu tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
membaca sahaja tanpa tindakan adalah suatu kerugian yang amat besar.
Assalamualaikum,
wah semakin mantap post diblog ni ye. Idea-idea pun semakin berkembang.
Saya pun selalu juga ke MPH untuk baca buku-buku motivasi. Maklumlah kita ni orang biasa, tak macam mereka-mereka yang dah berjaya tu memiliki motivasi diri yang tinggi. Jadi dengan membaca tulisan mereka, mungkin akan menaikkan semangat kita lagi untuk terus berusaha gigih.
InsyaAllah tabiat membaca ni akan memajukan ummat manusia. Dalam Al-quran pun dah sebut. Malah wahyu pertama Nabi Muhammad s.a.w pun diseru dengan perkataan “bacalah”. Jadi ada hint yang besar disebalik perkataan “bacalah”
terima kasih mantra.
harap mantra terus beri sokongan dan selalu singgah di blog ini.