8
2010
Menyedari Hakikat Diri
Asalamualaikum dan selamat sejahtera
Agak lama juga saya tak update blog ini (memang lama pun) dan sekarang adalah harinya. Saya memohon maaf kepada peminat setia blog faizalehsan.com kerana mungking anda ternanti-nanti post-post terbaru dari saya
. Memandangkan sejak akhir-akhir ini agak sibuk dengan perancangan mengembangkan lagi perniagaan, maka saya agak lambat untuk membawakan perkembangan terbaru.
Menjadi usahawan bukanlah semudah dan se-glamour yang anda sangkakan. Ianya menuntut pengorbanan banyak perkara samada wang ringgit dan juga masa. Tanpa perasaan dan keinginan yang kuat untuk berjaya dalam perniagaan, ianya adalah satu kerja gila bagi sesetengah manusia.
Menyedari hakikat ini, usahawan yang cemerlang perlu sentiasa memotivasikan diri sendiri. Sebenarnya, tidak ada sesiapapun yang mampu memotivasikan diri selain dari diri usahawan itu sendiri. Tidak kira anda usahawan internet atau usahawan konvensional, kedua-duanya memerlukan semangat yang kuat untuk terus berjaya.
Anda mahu tahu apakah keseronokan berniaga? Anda kena buat dan rasa sendiri nikmatnya membuat buit dengan tangan sendiri. Seperti yang kita semua maklum, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Kita kena yakin dan percaya dengan rezeki yang Allah s.w.t telah kurniakan kepada setiap insan. Kita perlu berusaha mencarinya dengan cara menempuh hidup ini dengan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.
Semakin kita merapatkan diri dengan Allah, semakin hampir Allah dengan kita dan semakin banyaklah rezeki yang datang tanpa disangka-sangka. Jika kita jauh denganNya, maka sudah tentu Tuhan punya dunia ini juga jauh dengan kita dan sudah tentu semakin sempit rezeki kita.
Percayalah, kita tidak akan selama-lamanya hidup susah, dan kita juga tidak akan selama-lamanya akan senang. Harungi hidup ini dengan hati yang terbuka kerana kesenangan itu satu ujian, dan kesusahan kita juga merupakan satu ujian. Apa yang kita perlu ingat adalah, hidup ini bukan dilihat dari mana ianya bermula, tetapi pengakhirannya yang akan diambil kira.
Berjumpa lagi pada artikel akan datang…
p/s: Sila lawati website ini untuk mendapatkan maklumat perniagaan syarikat kami.
Related Posts
2 Comments + Add Comment
Leave a comment
ARTIKEL TERKINI!
- faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun
- Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
- Puasa, Perniagaan & Anda
- Selamat berpuasa
- Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!
- Mengembalikan semangat yang pudar!
- Mengekalkan Momentum
- Selamat Hari BELIA & Hari GURU
- Santai – Cerita kedai makan
- Jawab Dulu Tiga Soalan
Komen Terkini
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
Selamat berpuasa zool. InsyaAllah semoga terus bersinar hendaknya
- faizal ehsan on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
InsyaAllah Hadi, kitalah generasi yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan tersebut.
- Hadi Rofiee on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
''Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali''. Saya suka ayat di atas.. ... - faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
terima kasih Hairul
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
sama-sama mengingatkan Hadi Rofiee
- Blog Hairul on Puasa, Perniagaan & Anda
tertarik dengan tulisan saudara faizal, puasa budak darjah dua boleh buat. Ya, puasa bukan sekadar tahan diri dari makan minum, ... - Hadi Rofiee on Puasa, Perniagaan & Anda
Peringatan yg bagus. Manusia seringkali lupa & alpa.

An article by faizal ehsan













Assalamualaikum,
satu motivasi yang memberi semangat kepada diri di awal pagi
teruskan melayari blog ini.