19
2009
Menjadi Unik
Setiap insan dilahirkan mempunyai keunikan yang tersendiri. Walau sesiapapun, mereka adalah unik dan tidak akan sama antara satu sama lain.
Bagi manusia, menjadi satu kewajipan ke atas diri kita untuk sentiasa bersyukur dengan anugerah kurniaan yang maha Esa. Ada manusia yang dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya. tak perlu pening-pening kepala untuk mencari duit dan hiburan.
Namun begitu, tidak semua manusia dilahirkan dalam keluarga berada. Mereka dari pagi hingga ke petang, malahann mungkin menjejak sampai ke malam, masih meneruskan usaha untuk mencari sesuap nasi untuk di makan. Dalam kehidupan yang sangat mencabar sekarang, mencari duit adalah satu kemestian. Tiada siapa yang mahu susah, tetapi usaha untuk mencari kesenangan adalah suatu perkara yang sangat memeritkan.
Kita kena sentiasa ingat bahawa, tiada siapa pun yang meminta untuk dilahirkan dalam keadaan apa yang mereka lalui sekarang. Ini semua adalah atas kehendak yang maha Esa. Tetapi kita sebagai insan dan hambanya, adalah menjadi satu kesalahan dan dosa besar menyalahkan takdir semata-mata.
Menjadi kaya, impian semua manusia, tetapi adakah mereka sanggup berusaha ke arah itu? Adakah mereka mempunyai matlamat yang jelas bila mereka akan menjadi kaya. Kalau matlamatnya adalah dalam masa 2 bulan anda sudah menjadi kaya, ini adalah suatu yang mustahil. Lainlah anda akan mendapat pinangan dari jutawan dalam tempoh tersebut.
Si miskin pula, terus menyalahkan orang lain tanpa melihat kepada apa yang Allah beri dalam diri mereka sendiri. Apa keunikan yang telah dikurniakan kepada mereka dan apakah mereka menggunakan segala kurniaan tersebut dengan sebaik-baiknya. Menyalahkan orang lain adalah mudah, menyalahkan diri sendiri… sukar sekali.
Oleh yang demikian, sudah pasti anda akan tertanya-tanya, apakah yang uniknya aku ini?
Jawapannya ada pada diri anda. Anda perlu berusaha untuk mencarinya walaupun masa yang diambil adalah sangat lama. Mungkin1 Tahun, 20 tahun, atau mungkin sebaik sahaja anda selesai membaca artikel ini. Ianya akan memberikan suatu kepuasan setelah anda menjumpai keunikan anda sendiri.
Di dalam perniagaan mahupun kehidupan, menjadi unik adalah suatu kewajipan. Anda tidak perlu pergi jauh. Apakah nama perniagaan anda? Atau bagi mereka yang menjalankan perniagaan online, apakah nama website ataupun blog anda?
Jika anda susah sangat nak mencari keunikan nama blog atau website anda, anda tidak perlu berfikir panjang, gunakan sahaja nama anda sebagai nama blog atau perniagaan anda. Jika anda perasan, banyak jenama yang berada di pasaran sekarang pada asalnya menggunakan nama sendiri. Contohnya Irfan Khairi.com, faizalehsan.com
, Armani, dan sebagainya.
Nama anda sendiri adalah unik. Jadi, gunakan kelebihan yang ada ini untuk memulakan usaha anda di dalam perniagaan atau sebagainya. “Brand” kan nama tersebut sesuai dengan perniagaan anda sendiri. InsyaAllah, anda akan mendapat hasilnya kelak. Tidak perlu takut, nama anda, bukan nama orang lain.
Terdapat banyak lagi faktor yang boleh membawa keunikan. Apa yang perlu adalah, anda perlu kenal siapa diri anda. Kadang-kadang ianya sangat dekat dengan diri kita sendiri tetapi kita tidak menyedarinya.
Sekadar ini dahulu, jumpa lagi pada artikel yang akan datang. Selalulah berkunjung ke blog ini ye?
ps: saya baru balik dari kampung..penat sedikit
Namun usaha tetap akan diteruskan sampai berjaya.!
Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions. Terima kasih kerana melawat!
Related Posts
4 Comments + Add Comment
Leave a comment
ARTIKEL TERKINI!
- faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun
- Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
- Puasa, Perniagaan & Anda
- Selamat berpuasa
- Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!
- Mengembalikan semangat yang pudar!
- Mengekalkan Momentum
- Selamat Hari BELIA & Hari GURU
- Santai – Cerita kedai makan
- Jawab Dulu Tiga Soalan
Komen Terkini
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
Selamat berpuasa zool. InsyaAllah semoga terus bersinar hendaknya
- faizal ehsan on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
InsyaAllah Hadi, kitalah generasi yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan tersebut.
- Hadi Rofiee on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
''Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali''. Saya suka ayat di atas.. ... - faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
terima kasih Hairul
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
sama-sama mengingatkan Hadi Rofiee
- Blog Hairul on Puasa, Perniagaan & Anda
tertarik dengan tulisan saudara faizal, puasa budak darjah dua boleh buat. Ya, puasa bukan sekadar tahan diri dari makan minum, ... - Hadi Rofiee on Puasa, Perniagaan & Anda
Peringatan yg bagus. Manusia seringkali lupa & alpa.

An article by faizal ehsan













Assalamualaikum,
Semakin kerap saya ke sini, semakin banyak ilmu yang saya perolehi. Blog ini semakin hari semakin mantap dan menarik perhatian saya. Terima kasih atas perkongsian saudara.
“ika anda susah sangat nak mencari keunikan nama blog atau website anda, anda tidak perlu berfikir panjang, gunakan sahaja nama anda sebagai nama blog atau perniagaan anda. Jika anda perasan, banyak jenama yang berada di pasaran sekarang pada asalnya menggunakan nama sendiri. Contohnya Irfan Khairi.com, faizalehsan.com”
Ya memang betul. Penjenamaan diri amat penting untuk kita tonjolkan diri siapa kita yang sebenar..
waalaikumsalam mantra. terima kasih. insyaAllah saya akan terus berkongsi sedikit ilmu yang ada dan memantapkan lagi blog ini. saya juge mengggalakkan sebarang kritikan membina untuk menambah baik blog ini.
yup. setiap oarang ada kelebihan dan kelemahan. Bezanya, bagaimana kita gunakan kelebihan kita tuh..
kelebihan dalam diri kita kadang2 sush nak jumpa. tapi bila dh jumpa insyaAllah, kita akan mencapai kejayaan dlm apa pun yg kita buat..