Mengembalikan semangat yang pudar!

Apabila kita sudah memulakan sesuatu perkara, maka kita tentulah mahukan ianya selesai. Bukan hanya kerja sekerat jalan sahaja. Dalam tempoh setengah tahun pertama ini, pelbagai perkara yang saya telah lalui dan harungi. Samada suka ataupun duka.

credit to - http://2.bp.blogspot.com

Pada permualaan, minat untuk meneruskan perniagaan secara online memang membuak-buak. Seperti air paip yang sudah penuh dalam baldi air. Tetapi bila sudah lama tidak mengambil tahu, ataupun mungkin sengaja tidak mahu ambil tahu mengenai dunia online, semangat itu sudah mula pudar dan menurun. Mungkin ini juga berlaku kepada anda?

Kadang-kadang bila sudah masuk ke dalam gelanggang, pertarungan yang sengit akan berlaku. Dan, apa yang kita selalu lihat dalam rancangan tinju, apabila loceng dibunyikan, maka peserta harus berehat. Saya bukan hendak bercerita mengenai situasi sebagai peninju, tetapi fokusnya adalah pada perkataan berehat.

Berehat bukan bermakna berhenti terus. Cuma seketika. Mengambil sedikit masa untuk meneliti dan mengkaji semula setiap langkah yang diambil sebelum ini, samada tepat ataupun tidak. Jika tepat, maka hasilnya pasti lumayan. Jika tidak tepat sekalipun, tetap akan ada hasil, iaitu pengajaran hasil dari kesilapan yang telah dilakukan.

Perniagaan online, memerlukan kesabaran. Berbloging juga memerlukan kesabaran. Perniagaan konvensional juga memerlukan kesabaran yang sama. Makanya di sini,  perniagaan memerlukan kesabaran. Dalam proses membentuk diri dan membina empayar, kesabaran adalah sangat penting. Jika kita tidak sabar, jawapannya sudah tentu gagal.

Setelah melawat blog rakan-rakan yang sudah lama ditinggalkan, terasa semangat untuk menulis kembali meningkat. Okey, tipnya disini, jika anda rasa semangat sudah semakin berkurang, apakata anda jenguk-jenguk ke blog otai-otai,rakan-rakan lama, untuk mendapatkan semula inspirasi. Atau, ada satu cara lagi, iaitu anda hanya perlu melihat kembali artikel-artikel lama yang anda telah tulis dan baca. Pastinya akan terbuka semula pintu hati anda untuk menukilkan sesuatu.

Terdapat pelbagai cabang untuk buat duit melalui online ini. Samada secara berblog, menjual e-book, affiliate, dan sebagainya. Pesanan saya, cuba pilih satu, dan FOKUS! sampai berjaya. Jika tidak, hasilnya tidak seberapa. Saya memilih blog. Blog adalah kesukaan saya. Sambil membaca juga blog otai-otai yang lain, anda juga boleh berkongsi apa sahaja mengenai kehidupan dengan pembaca anda.  Anda tidak perlu risau, asalkan anda faham dan sentiasa mematuhi syariat, semuanya boleh anda lakukan.

Membina kekuatan setelah jatuh, bukan satu perkara yang mudah.

Jika hati tidak kental dan cekal, kemungkinan untuk jatuh semula tetap ada. Walauapapun, semoga apa yang kita lakukan sentiasa memberi kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Buatlah apa sahaja, asalkan anda menyumbang sesuatu kepada agam kita, Islam.

p.s: sedang membina semula semangat untuk berblog. ;)

p.p.s: perniagaan memang ada turun naiknya. Berusaha dan bersabar. InsyaAllah, tuan punya dunia sentiasa bersama.

2 thoughts on “Mengembalikan semangat yang pudar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.