Mengekalkan Momentum

credit to http://www.irwandahnil.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar pengunjung blog faizalehsan.com. Nampaknya sudah agak lama (sebenarmya memang lama) saya tidak update blog kesayangan ini. Sudah mula bersawang barangkali. Rumah kalau sudah lama tidak berpenghuni dan dikemaskan sudah pasti akan ada jin yang bertandang.. harap-harap blog ini tidaklah.. :P

Saya pasti ada dikalangan pengunjung ini yang kecewa, kerana tidak ada artikel terkini mengenai dunia perniagaan. Tidak kira perniagaan internet, ataupun perniagaan produk fizikal.

Blog ini sudah kembali kewajah baru. Sebenarnya kembali kepada wajah yang asal. Saya menjadi agak fobia untuk menggunakan theme blog ini kerana sudah dua kali blog ini di Hack dengan theme yang sama. Walauapapun, mungkin ianya hanya satu kebetulan. Saya berdoa semoga perkara itu tidak akan berlaku lagi. Serik!

Alhamdulillah, setelah mengumpul kekuatan, akhirnya hari jumaat yang bertuah ini telah membuka hati saya untuk menulis sesuatu di blog ini. Cuma entri kali ini lebih kepada “comeback” disebabkan sudah agak lama tidak berblog. Mungkin cara penulisannya sudah agak berkarat, namun saya berjanji akan memberikan yang terbaik kepada anda semua yang masih sudi mengunjungi blog ini. Terima kasih.

Saya ingin berpesan kepada anda semua dan juga diri saya sendiri, supaya senantiasalah beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Baik menjalankan perniagaan, dalam perkerjaan dan juga lain-lain. Yup, memang sukar pada mulanya, namun apa yang lebih penting adalah memulakan dengan langkah yang pertama. Hari ini saya sudah memulakannya, kembali aktif dalam berblog. :)

Menulis blog memerlukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi sebenarnya. Cuba lihat usahawan internet yang berjaya seperti Dr. Irfan, Smartzul, En. Rohaizad dan lain-lain rakan yang disegani. Sentiasa mempunyai sesuatu untuk dikongsikan. Menulis dengan hati, akan lebih bermakna dan “menusuk” ke dalam diri para pembaca. Jika tulisan itu tidak dengan hati, maka apa yang dikarang tidak akan sampai ke hati para pembaca.

Perniagaan internet merupakan salah satu cabang perniagaan yang menarik. Penuh dengan cabaran dan keseronokan. Tetapi awas, lakukannya dengan betul dan berlandaskan syariat Islam. Tidak lupa juga, perniagaan konvensional. Mesti sentiasa mematuhi syariat agama. Jika tidak, pintu kejayaan tidak akan terbuka, malah mungkin tidak ada langsung!

Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, bersama-samalah kita memuhasabah diri. Memikirkan apakah tahap amalan kita, perkara kebaikan yang kita lakukan, dosa-dosa, dan sebagainya. Supaya kita sentiasa menjadi insan yang sentiasa bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk mencelikkan mata pada hari ini, serta menambah amal ibadat.

Saya seboleh mungkin ingin berkongsikan sesuatu yang menarik kepada anda semua di dalam blog ini. Sentiasalah melawat blog ini dan tinggalkan komen jika anda mempunyai sesuatu untuk dikongsikan. Tidak semestinya bersetuju dengan apa yang saya tulis, maka anda adalah dijemput untuk menuliskan sesuatu disini. Blog ini adalah untuk kita bersama.

Sekali lagi, saya menjemput anda untuk membaca artikel-artikel lain di dalam blog ini. Semoga hari ini sentiasa membawa keceriaan kepada anda. Singgah-singgahlah ke blog ini lagi. Akhir kalam, saya memohon jutaan ampun dan maaf, sekiranya entri kali ini menyimpang dan kelihatan agak tidak tersusun. Salam kejayaan!

faizalehsan

Cahaya Mentari Marketing

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

One thought on “Mengekalkan Momentum

  1. Pingback: Kekuatan Passwordf Konfigurasi | Duniamaya.info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

105 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.