Mengajar Diri Menyimpan Wang

Alhamdulillah.. setelah puas berfikir mencari idea apa yang nak tulis hari ni, akhirnya Allah beri saya sedikit idea dan tentunya, dari tuan punya dunia yang Maha Bijaksana.

Sebenarnya tuan-tuan, kalau kita lihat setiap apa yang kita usahakan di dunia ini, Semuanya adalah kehendak dan ketentuan dari tuan punya dunia Allah s.w.t. Yang kaya, yang miskin dan sebagainya, semuanya adalah ketentuanNya. Maaf, saya bukanlah nak bagi ceramah pula :wink: sekadar memberi ingatan kepada diri sendiri akan pencipta kita.

Kalau kita mahu mencipta sebuah Ebook yang berguna dan bermanfaat untuk semua orang, langkah pertama yang perlu kita buat adalah mencari idea. Adakah mencari idea itu semudah menyebutnya? Ataupun senang aje idea tu keluar macam air paip yang mengalir? Tidak tuan-tuan.. sebenarnya idea itu datang dari pelbagai tempat.

Kadang-kadang ketika di dalam tandas pun boleh terbit idea yang bernas (maaf kalau contoh ni tak berapa sesuai, tetapi hakikatnya memang ada berlaku perkara macam ni). Sedarkah tuan-tuan, siapa yang menberi idea tersebut? Jawapannya anda semua sudah tahu bukan?

Okey, cukuplah sekadar muqaddimah mengenai idea dan sedikit peringatan. Hari ini saya nak share dengan anda semua mengenai “mengajar diri menyimpan wang”.

Menyimpan wang? adoi…dah banyak kali dah dengar pasal simpan wang ni.. kenapa ada lagi yang menulis pasal simpan-simpan ni? :wink: . Yer tuan-tuan… saya tahu.. dah banyak dah dengar, tetapi sekadar dengar je lah… buatnya tidak.. betul tak? kalau tak betul sila komen kat bawah nanti berapa banyak duit tuan-tuan simpan?

Tahukah tuan-tuan pengunjung setia blog ini sekalian bahawa kalau anda semua nak jadi kaya raya, beli rumah besau-besau(slang orang melaka) dan sebagainya, anda hanya perlu menyimpan.

Yup.. Menyimpan.. sekali lagi..

Menyimpan wang,duit, money.. kedalam bank dan laburkan atas perkara-perkara yang berfaedah.

Kalau nak join Dr irfan punya program boleh iaitu program “Simpan Challenge”.

Kita tak perlulah nak tengok jauh-jauh.. tengok diri sendiri sahaja sudah cukup. Bagi mereka yang bekerja lagi, berapa agak-agaknya anda mampu simpan untuk setiap gaji anda? 10%,20%,40% dan sebagainya. Berapa?tak ada?bahaya tuan-tuan..bahaya. Sudahlah kerja penat-penat, belum sampai setengah bulan dah meminjam pula dengan kawan.

Bagi mereka yang berniaga pula, berapa yang anda simpan untuk diri anda dan juga untuk perniagaan anda? Sepuluh ringgit je?teruknya korang! Sampai bila pun anda tak akan jadi kaya. percayalah..tak akan jadi punye. Nak tahu? orang yang dah kaya pun masih simpan duit lagi. Inikan kita yang masih terkial-kial cari duit siang malam.

Okey, mesti anda semua tertanya tanya, nak simpan banyak mana? Aku ni tak ada disiplinlah.. simpan dalam sebulan dua je.. lepas tu.. keluarkan semula dan joli. Tak boleh tengok duit tu dah makin banyak dalam bank..alahai….

Macamnilah, saya bagi sedikit tip :

1. Kena Disiplin diri.

Ha.. anda tahu tak maksud disiplin ni? Kalau tak tahu boleh cari dalam kamus dewan. Sebab apa anda masa sekolah dulu kena masuk badan beruniform?Jawapnya mudah aje, sebab nak latih kita berdisiplin. Kalau buat salah, kena pumping 1000 10 kali. Bila dah kena denda barulah meningkat sikit nilai disiplin dalam diri. Betul tak? Anda kena ada disiplin yang sangat ampuh. Biarlah apa pun jadi, aku tak akan keluarkan duit dalam bank walaupun seringgit!

2. Berapa banyak nak simpan?

Berapa banyak? Sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan anda. Saya cakap 10% tu sekurang-kurangnyalah..kalau lebih lagi baik. Saya cadangkan simpan 40%. Ada berani? Tuan-tuan cubalah… insyaAllah, anda akan dapat lihat duit anda didalam bank tu meningkat dengan cepat sekali. Yup,memang sukar, tetapisangat berbaloi bila tengok akaun bank anda WOw!

Okey, cukup tak dua tip asas yang saya bagi di atas? Cukuplah… kalau dua perkara asas inipun anda tak mampu nak buat, tak perlulah saya bagi lagi tip-tip menarik yang lain. Buat dan amalkan dahulu.. dua tip ni sahaja. Saya Cabar tuan-tuan. :)

Sebagai kesimpulannya, kita kena mengajar diri menyimpan wang. Tanpa menyimpan, anda tidak akan menjadi seorang insan yang kaya atau kalau tidak kaya pun, anda mampu hidup selesa. Percayalah.. semua ini adalah untuk kebaikan bersama.

Anda sedar ataupun tidak, kaum Cina sudah mula menyimpan untuk anaknya sejak mereka dilahirkan ke dunia ini lagi. Sebab itu, anda boleh lihat, mereka tidak memerlukan pinjaman sebaik sahaja menyambung pelajaran ke Universiti. Sebaliknya yang berlaku kepada bangsa kita, membuat pinjaman,saya pun tidak terkecuali..oh!

Anak orang Cina walaupun tidak berjaya ke universiti, tetapi mampu memulakan perniagaan sebab orang tua mereka dah lama menyimpan untuk mereka – renung-renungkan tuan-tuan

Okey, jumpa lagi.. Jadikan blog ini detinasi pertama anda singgah apabila melayari internet :wink: . wassalam.

Ps: Saya mempraktikkan amalan menyimpan sejak bekerja, hasilnya cukup lumayan. Anda bagaimana? tinggalkan pendapat di ruangan komen :)

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions. Terima kasih kerana melawat!

4 thoughts on “Mengajar Diri Menyimpan Wang

  1. Memang btul tu… kita perlu menyimpan untuk bekalan masa akan datang. Matlamat perlu, supaya ada hala tuju untuk apa kita menyimpan. Apa-apa pun, disiplin amatlah dititikberatkan…

  2. disiplin dh…semuanye dh…tp gaji je blum ckup utk menyimpan…dptjer terus kena byr liability cm umah sewa..kereta..bil…balance tgl ciput…nk menyimpan jauh la skali…nk berniaga bis aper..modal tk der..yg penting usaha dan tawakal pd ALLAH yg satu…

  3. disini sya nak kongsi sedikit pengalaman saya untuk tuan-tuan….tentang simpan duit ni memang susah 500% bagi saya…kalau nak ikutkan duit income yang dapat tiap2 bulan memcecah 5k tapi simpanan habuk x ada enjoy je….pada satu ketika musibah melanda diri saya yang tidak disangka2 bermula dari situ lah baru sya tau bernilainya nilai duit walaupun seringgit….pada 2010 baru sya betul2 menyimpan saya masukan asb 105k dan tiap2 bulan saya amalkan hujung bulan satu hari hari asb…..saya harap dengan pengalaman sya ni kepada yang boros cukup lah…tiada gunanya..masa senang memang la…tapi kalau masa susah renung2kan lah siapa di keliling anda…..harap amik ikhtibar…SIMPAN LA DUIT untuk masa depan anda…nescaya kesenangan yang anda dapat…wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.