Salam sejahtera pengunjung blog faizalehsan.com.
Semoga anda semua masih berada dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira dengan apa yang anda lakukan sekarang. Yer lah.. sekarangkan masih lagi belum reda penyakir H1N1. Ha…mesti ada yang buat-buat lupa tu..
Maafkan saya kerana lambat untuk update blog ini. Setelah memaksa diri saya yang suka bertangguh (terus terang jer..
) akhirnya saya dapat menulis pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, memang saya di duga dengan hebat. Pelbagai ujian terpaksa saya hadapi. (ni bukan ujian pmr atau spm).

gambar hiasan
Blog ini seperti yang saya ceritakan pada artikel yang lepas telah di “Hack” oleh warga turkey sekali lagi. Saya rasa mereka adalah orang yang sama menggodam blog saya. Walaupun saya telah banyak kali tukar password, tetapi perkara tersebut tetap berlaku. Tak mengapalah, bersabar..
Selain itu, terdapat beberapa perkara teknikal berkaitan blog ini telah membuatkan saya lambat update. Mungkin anda semua tidak kenal akan saya yang macho ni..(heh!) tetapi apa yang saya harap adalah setiap artikel yang saya tulis berguna untuk anda. Kalau bukan sekarangpun, ianya tetap berguna pada masa hadapan.
Sedikit perkembangan mengenai blog ini
Saya dah tukar kepada theme yang baru. Harap-harapnya anda semua selesa dengan penampilan baru blog peribadi saya ini. Untuk pengetahuan anda juga, saya dalam perancangan untuk melaksanakan beberapa projek untuk tahun 2010 nanti. InsyaAllah, semoga berjalan lancar hendaknya. Saya akan cuba sedapat mungkin membuat update terkini mengenai hal tersebut.
Hari ini merupakan hari yang pertama saya bergelar usahawan internet sepenuh masa. Dalam masa yang sama, saya turut merancang untuk memulakan perniagaan secara offline. Yup..bukan mudah membahagikan masa antara keduanya. Namun, sebagai seorang usahawan, ini adalah cabaran yang perlu di tempuh. Setiap perkara memerlukan proses untuk berjaya. Kuatkan semangat dan terus melangkah.
Berdiri atas kaki sendiri ataupun berdikari, adalah satu ungkapan yang biasa sangat kita dengar masa kecik-kecik dulu. Emak-emak kita dan orang tua selalu cakap, cubalah berdikari, jangan hanya harapkan bantuan orang lain untuk berjaya. Semua benda, samada baik atau buruk, perlu diusahakan. Ada usaha, adalah ganjarannya.
Perjalanan saya baru sahaja bermula. Untuk menggapai impian, saya terpaksa korbankan banyak perkara. Termasuk juga anda semua. Kita tidak dapat lari dari pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu. Itu wajib.
Kesimpulan
Saya berharap, dengan bermulanya hari baru dan tahun baru yang akan datang (tahun baru hijrah hari Jumaat ini..jangan lupa) saya akan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang saya ceburi sekarang ini. Walaupun saya tahu, ranjaunya berliku, dan saya juga tidak dapat meramal apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Namun tuan-tuan semua, ingatlah bahawa kita sentiasa ada Allah s.w.t. tempat untuk kita bergantung. Dan Dia-lah sebaik-baik tempat bergantung harapan dan doa.
Semoga tuan-tuan semua dan saya akan lebih berjaya dan cemerlang untuk tahun baru yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Saya tahu, anda juga mempunyai matlamat dan cita-cita sendiri untuk tahun hadapan. Berusahalah, dan doa saya mengiringi anda semua. Walaupun buat masa ini saya hanyalah seorang yang “biasa-biasa” sahaja, tetapi tahun depan tak tau lagi kan? Manelah tau, keluar Tv3 pula…
gurau-gurau jer..
Apa juga yang ditempuh, moga-moga ia menambah kesedaran untuk meperkasakan iman – Dr.HMTuah
Berjumpa lagi pada artikel seterusnya.. wassalam.
p.s : Alhamdulillah, selesai juga update blog hari ini.
p.p.s: Anda ada cadangan dan pendapat?atau ada sesuatu yang nak dikongsi? jom tulis komen sekarang..
Say Something...
Powered by Facebook Comments