Melahirkan Rasa Syukur

Selamat berkunjung ke blog faizalehsan.com. Sebuah blog yang memuatkan pelbagai informasi mengenai dunia perniagaan samada secara online ataupun offline. Blog ini juga memaparkan artikel-artikel motivasi yang di harapkan akan menaikkan semangat kepada setiap usahawan di Malaysia ini untuk  meneruskan usaha mereka mencapai kegemilangan dalam perniagaan.

Secara umumnya, perniagaan tidak dapat lari dari pelbagai rintangan dan ujian sebelum berkembang maju dan berjaya. Di dalam usaha kita untuk menjejaki tangga kejayaan, motivasi yang jitu diperlukan untuk menghadapi rintangan tersebut. Kalaulah kita hanya mempunyai pemikiran yang sempit dan cepat menyerah kalah, bermakna salah satu ciri usahawan tidak ada di dalam diri kita.

Melahirkan rasa syukur, bersyukur ke atas pemberian dan kurniaan yang maha Esa adalah suatu kewajipan. Setiap kali kita di uji, kita perlu melihat dari sudut yang positif dan menerimanya dengan berlapang dada. Siapa kita untuk mempersoalkan tuan punya dunia?

Adakah anda pernah mengucapkan rasa syukur setiap kali anda bangun pagi? Saya yakin, anda pernah dan semestinyalah selalu anda lakukan bukan? :) . Dengan setiap kali bangun kita melafazkan doa bila mata terbuka, itu bermakna anda telah mengucapkan rasa syukur kerana masih lagi bernyawa pagi ini. Tetapi janganlah hanya melafazakan doa sahaja, kenelah bangun untuk solat subuh pula :)

Cuba tuan-tuan bayangkan, anda semua tidak bagun-bangun lagi bila dah tido pada malam harinya. Tiba-tiba anda terjaga, dan anda melihat sekujur tubuh yang kaku dihadapan anda dan itu adalah anda (roh boleh melihat jasadnya bukan?) . Adakah anda akan berasa sedih atau pun gembira? Wallahhua`alm. Jika baik amal kita pada sebelum kematian kita, maka insyaAllah, baiklah balasan kita. Jika sebaliknya..Nauzubillah..

Sebab itu tuan-tuan, melahirkan rasa bersyukur, kena bermula dari kita bangun pagi-pagi lagi. Sebelum meneruskan aktiviti perniagaan kita atau apa sahaja yang kita nak buat, bersyukurlah, kerana anda masih ada nyawa lagi pada saat ini. Bersyukurlah anda masih mampu meneruskan perjuangan anda di dalam perniagaan dan rezeki terus melimpah kepada anda.

Saya sekadar mengingatkan diri yang lemah ini. Tidak bermaksud untuk menyindir sesiapa dan di harapkan perkongsian kali ini akan membuatkan kita muhasabah diri, sejauh mana bekalan kita di SANA. Kejayaan di dunia tidak kekal lama, di SANA adalah yang kekal abadi. Tetapi itu tidak bermakna kita boleh hidup sambil lewa, kerana setiap amalan akan di hitung.

Bersyukurlah…Alhamdulillah… :)

ps: saya suka membaca buku motivasi dari dalam dan luar negara. Penulis barat dan Penulis dari negara Islam memang berbeza dari segi pendekatannya. Namun yang penting adalah, kedua-duanya adalah ilmu. Ambil dan garab mengikut acuan kita sendiri. Tidak salah membaca yang barat asalkan kita ambil ilmunya dan sesuaikan dengan masyarakat kita terutamanya masyarakat Islam.

ps: perniagaan adalah satu Ibadah. Jadi gunakan peluang ini sebaiknya :) Berniaga jangan sampai lupa yang maha Esa.

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions untuk mendapat artikel percuma. Terima kasih kerana melawat!

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

105 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.