Meh baca.. Tip tentang Masa

Assalamualaikum semua,

Macam mana dengan puasa rakan-rakan usahawan semua?harap-harap tiada masalah lah ye?bulan posa ni memang menuntut kita bersabar sebanyak-banyaknya. Bak kata ustaz Isamail Kamus,jangan perut kita je puasa, mata,tangan(jangan asyik nak melempang),mulut(jangan cakap benda bukan-bukan),telinga(jangan dengar benda tak baik) dan sebagainya kena jaga. Bukan apa tuan-tuan,jangan pula perangai kita masa bulan puasa ni sama dengan bulan tak posa.. :wink:

Hari ni saya nak berkongsi dengan tuan-tuan semua tentang tip juga,tapi kali ni lari sikit dari tajuk usahawan. Boleh ye?(^_^). Em.. waktu kita sihat adalah waktu yang paling baik untuk bekerja. Kalau dah sakit nak buat kerja pun susah..banyak kerja kita terbatas bila sakit. Ada satu hadis:

Ada dua nikmat yang manusia selalu kerugian,iaitu nikmat SIHAT dan nikmat WAKTU lapang (masa)

Saya minta maaf sebab tak ingat dari siapa disampaikan tetapi boleh diambil pengajaran makna ayat di atas. Yelah..masa sihat siapa pun tak kisah nak kuat buat amal ibadat,bila dah sakit,tau pula nak merintih..kan bagus kalau aku sihat..aku boleh beramal dengan mudah. Alih-alih bila dah sihat..ntah kemana pula perginya rintihan tadi. Pelik?tak..saya pun kadang-kadang sama juga tuan-tuan.

Satu lagi mengenai waktu..bab masa ni saya rasa tuan-tuan dah faham sangat dah. Betul tak?dari sejak sekolah sampailah ke tua, asyik-asyik cerita pasal masa:wink: . Tapi tak juga sedar-sedar.. sampai ke sudah.. akhirnya kita tetap di tahap yang sama juga. Tiada peningkatan. Kalau yang tua tu tak menampakkan kematangan dalam tindakan dan berfikir. Yang muda pulak hanyut dengan dunia hiburan.

Saya teringat tentang Kisah Nabi kita Muhammad s.a.w. Baginda pun suka juga dengan hiburan, tetapi disebabkan baginda bakal jadi rasul akhir zaman, maka tiap kali Nabi Muhammad s.a.w. nak join kawan baginda pergi tengok rancangan hiburan, Allah s.w.t. membuatkan baginda jadi mengantuk lalu tertidur. Bagitulah kasih sayang Allah kepada kekasihnya Muhammad s.a.w. (nanti ada juga yang cakap,ala…tu Nabi..lain.. Ha..banyakla korang.. sebab nabi lah yang kita kena ikut..) :wink: .

Okey,kesimpulannya, hargailah masa dan nikmat sihat yang Allah bagi kat kita ni. Bukan apa, kalau dah sakit, duit berkepok-kepok dalam bank pun dah tak berguna lagi. Masa pun sama juga.. sebab tu ramai yang nak join  jadi Internet Marketer,diorang cakap masa diorang banyak dengan keluarga,kawan-kawan..dan bebas nak buat apa sahaja. Semua orang bercakap tentang masa, adakah masa itu umpama emas?tidak…ia lebih dari itu….

ps:H1N1 ni bahaya tau..tuan-tuan tak takut ke?tak pakai topeng pun… (^_~). Sila keruangan komen untuk berkongsi pendapat anda.

pss:tak lama lagi nak raya..anda dah dapatkan kad raya untuk kawan-kawan??boleh  klik sini

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 47% [?]

Sphere: Related Content

  • Share/Bookmark

Artikel menarik yang lain :

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.

 

 Powered by Max Banner Ads 
Compare cell phone plans and deals | Thanks to Best CD Rates, Conveyancing in London and Registry Software