Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!

Kesibukan bukanlah alasan yang baik untuk tidak mengupdate blog. Nampaknya kita sudah sampai ke penghujung bulan 7 dan pada hari ini baru saya mempunyai kesempatan untuk menuliskan sesuatu untuk dikongsi bersama anda.

Sepanjang minggu lepas saya melakukan jualan dengan pergi ke kedai-kedai disamping melakukan servis. Samada untuk menambah produk baru ataupun menambah stok yang sedia ada. Perjalanan kami bermula dari Temerloh sehinggalah ke Kuantan.

Sepanjang jalan mengunjungi outlet-outlet kami, saya tempuhi pelbagai ragam pekedai-pekedai sebangsa saya. Ada yang bagus layanannya dan ada juga yang sebaliknya. Tetapi itulah adat berniaga, pelbagai ragam manusia kita akan tempuhi. Samada ianya baik atau buruk, kita harus menerima dengan hati yang terbuka. Orang putih selalu sebut,

Customer is Always Right

Saya mulai sedar bahawa, kebanyakan peniaga-peniaga sebangsa saya bukanlah tidak boleh berjaya atau maju seperti bangsa-bangsa yang lain. Tetapi mungkin kerana sikap dan mentaliti lama yang tidak berubah menyebabkan mereka tidak boleh maju kehadapan. Saya bukanlah hendak bersikap perkauman, tetapi ini adalah hakikat pahit yang harus diterima.

Sepanjang pemerhatian saya, peniaga-peniaga runcit melayu kebanyakannya tidak mempunyai susun atur premis yang tersusun. Barang-barang yang diniagakan kadang-kadang bersepah tidak tersusun dan berhabuk. Adakah perkara ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai staf atau kakitangan yang tidak mencukupi?atau kerana sikap malas mereka?Ini menjadi persoalannya.

Ada juga dikalangan mereka yang mempunyai kedai yang bersih, teratur dan mempunyai layanan yang baik. Dan, saya dapati kedai ini mempunyai bilangan pelanggan yang ramai. Lihatlah, kalau kita boleh mengubah sikap dengan menitikberatkan susun atur dan kebersihan sahaja sudah cukup untuk menarik pelanggan datang ke kedai kita. Perkara ini mungkin hanya berlaku di kampung-kampung. Namun harus diingat, mentaliti ini boleh juga berlaku dibandar-bandar.

Walaubagaimanapun, setinggi-tinggi tahniah harus diberikan kepada pekedai-pekedai ini yang sangat berani untuk memulakan perniagaan untuk memberikan pilihan kepada pelanggan dalam mendapatkan barangan keperluan harian. Setiap orang pasti berjaya asalkan mempunyai sikap yang betul dan ilmu yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan.

Perniagaan sebenarnya bukanlah hanya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Jika anda mempunyai pemikiran seperti ini, maka saya yakin tidak akan ada kejayaan dan jika berjaya sekalipun tidak akan kekal lama.

Kebanyakan diantara kita (peniaga runcit) lebih mementingkan harga yang murah dari mementingkan kualiti sesuatu produk yang dijual. Saya ingin tekankan disini, produk yang murah kebanyakannya tidak mempunyai kualiti yang baik. Apatah lagi jika produk tersebut adalah makanan yang kita berikan kepada pelanggan dan anak-anak kita. Dengan memberikan produk yang tidak berkualiti kepada pelanggan-pelanggan kita, maka kita sebenarnya cuba membunuh mereka.

Sebagai peniaga kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk mendidik pelanggan-pelanggan kita. Janganlah hanya disebabkan memikirkan tentang keuntungan kita mengetepikan hak mereka sebagai pengguna. Bersabarlah dengan karenah mereka dan didiklah mereka supaya menggunakan produk yang berkualiti. Buanglah segala mentaliti untuk mendapatkan produk pada harga yang murah tanpa memikirkan apakah produk yang kita tawarkan itu berkualiti atau tidak.

Kesimpulan

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari melakukan kesilapan samada sengaja atau tidak. Saya memohon maaf jika tulisan di atas agak pedas dan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Niat di hati adalah untuk memperbaiki diri dan juga memajukan bangsa dalam bidang perniagaan supaya kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.

Saya pasti kebanyakan anda yang melayari blog ini mempunyai pemikiran yang sama atau bertentangan dengan apa yang saya tuliskan di atas. Saya menjemput anda untuk memberikan pendapat di ruangan komen di bawah :)

Jumpa lagi..

p.s: Pesanan ini juga terpakai kepada setiap jenis perniagaan ;)

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

About faizal ehsan

Seorang Usahawan Muda yang mengharapkan keredhaan Allah. Semoga persinggahan anda di blog ini memberi manfaat. Hakcipta Terpelihara © Faizalehsan.Com Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini.
This entry was posted in Motivasi Perniagaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

119 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.