Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, kita bertemu lagi pada pagi sabtu yang hening ini. Saya pasti, hari-hari cuti seperti ini sudah pasti ramai yang masih berbungkus dengan selimut, almaklumlah cuti. Namun bagi mereka yang bekerja sekerat hari hari ini, saya ucapkan selamat bekerja. Bekerjalah dengan hati yang ikhlas dan niatkan sekali kerja yang kita lakukan adalah sebagai ibadah kepada Allah s.w.t

kredit to : http://www.safartwork.com/images1/sketching/jom_jadi_usahawan_berjaya.jpg
Saya teringat satu cerita ketika menghadiri bengkel internet pada satu waktu yang dahulu. Cerita ini mengenai 3 orang peniaga dan jin. Saya bawakan cerita ini untuk anda, eksklusif hanya di blog faizalehsan.com
Ceritanya bermula apabila tiga orang sahabat yang mempunyai cita-cita besar untuk berjaya dalam perniagaan. Masing-masing mempunyai perniagaan masing-masing. Maka, untuk meluaskan lagi perniagaan, ketiga-tiga sahabat tersebut pergilah mengembara ke seluruh pelusuk dunia.
Dalam pengembaraan tersebut mereka berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang baik, ada yang tak baik, ada juga yang langsung tak ambil pusing. Akhirnya mereka tersesat di dalam hutan. Mereka sebagai manusia yang berakal, sudah tentu akan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk keluar dari hutan tersebut. Akhirnya….
Okey, akhirnya mereka terjumpa sebiji teko lama. Ala…macam cerita Aladin tu. Apalagi, salah seorang dari mereka menggosok teko tersebut dengan harapan ada jin yang akan keluar, samalah macam cerita Aladin tadi.
Tup-tup.. maka keluarlah seekor jin. Jin tersebut dengan megah dan bangganya ingin menunaikan apa sahaja hajat setiap usahawan tersebut. “Satu aje setiap seorang” kata jin tersebut.
Maka, peluang keemasan yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hasil daripada semangat keusahawanan yang tersemat di dalam jiwa setiap perniaga tersebut, maka peniaga pertama telah meminta satu hajat. Katanya ” aku mahukan satu lokasi yang paling strategik untuk perniagaanku”, jin tersebut, dengan kuasa yang ada telah menunaikan hajat tersebut.
Apa agaknya yang akan diminta oleh peniaga kedua? Maka terkeluarlah dari mulut usahawan kedua ini,“berikan aku produk yang terbaik untuk di jual kepada semua orang”, dengan tanpa ragu-ragu lagi, jin telah menunaikan hajat usahawan kedua tersebut.
Bagaimana dengan peniaga yang ketiga? Peniaga yang ketiga amatlah bijak orangnya. Laksana Hang Nadim yang telah memberikan idea menanam batang pisang untuk mengelakkan orang ramai dari terkena serangan todak. Peniaga ketiga itupun mengutarakan kemahuannya, “Berikan aku sebanyak mungkin manusia yang sentiasa dahagakan dan mahukan setiap produk yang aku jual di pasaran”, tanpa berlengah lagi, jin yang handsome tersebut menunaikan hajat usahawan yang ketiga itu.
Kesimpulan dari cerita ini, saya ingin bertanyakan kepada anda, siapakah yang paling untung dalam cerita di atas? Sila jawab dalam hati
, kalau tak boleh nak jawab dalam hati, sila berikan pendapat anda di ruangan komen.
ps: Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun samada orang perseorangan ataupun mana-mana puak jin yang ada di atas muka bumi ini.
pps: AMARAN: HENTIKAN perbuatan bomoh-bomoh orang untuk berjaya. Hidup tidak selamat, rezeki tidak berkat.
ppps: Jangan fikirkan cerita ini dimana logiknya, tetapi fikirkan apakah pengajaran yang anda dapat dari cerita ini. Yosh! (pinjam shuth punya tag)
Popularity: 59% [?]
Sphere: Related Content
January 9th, 2010
faizal ehsan
Posted in
Tags: 





































main bomoh untuk jadi kaya buat apa.usaha untuk berjaya.
jangan main bomoh untuk berjaya, sengsara dunia dan akhirat.