Oct
16
2009

Kenapa anda menulis Blog?

Salam sejahtera pengunjung blog faizalehsan.com. :)

Kenapa anda menulis blog? ha.. nampak macam boring je tajuk ni. Anda sudah semestinya mengetahui perkara asas menegnai mengapa anda setup blog bukan?. Saya sekadar ingin berkongsi beberapa perkara penting mengenai blog. Mungkin anda semua sudah tahu tetapi apa salahnya baca lagi. Setiap orang kan berbeza ;) .

Okey, menulis blog bukan lagi perkara pelik lagi ajaib pada zaman ini. Berbanding dengan 2 atau 3 tahun lepas, saya dapat lihat perkembangan dunia penulisan blog semakin hari semakin rancak dengan pelbagai tujuan dan alasan. Sehinggakan ramai orang sudah mula belajar membina blog samada berbayar dan percuma.

Susah ke nak menulis blog ni? Susah ke tuan-tuan? :) . Sebenarnya perkara ini cukup mudah jika anda semua minat tentang apa yang anda tulis di blog yang anda hasilkan. Setiap orang saya pasti ada perkara yang hendak dikongsikan dengan pelayar-pelayar web satu dunia ni. Tahu tak tuan-tuan, penulisan blog dalam bahasa melayu ni boleh diterjemahkan.  Cuba cari kat google,di tepi tlink websit/blog anda ada tertera translate this page . Jadi, Mat saleh pun boleh faham apa yang anda tulis.

Di bawah ini saya senaraikan serba sedikit mengenai alasan atau sebab kenapa anda atau saya sendiri menulis blog. Kalau ada nak tambah boleh berikan pendapat di ruangan komen yer. ;) . Okey antaranya ialah :

1)     Sebab nak buat duit

Bab buat duit ni memang sudah jadi kegilaan orang-orang sekarang ;) . Buat blog pun boleh dapat duit ker? tanya pak ahmad yang berumur 6o tahun. Yer.. boleh pak, kalau kena dengan caranya. Boleh rujuk pakar buat duit dengan blog di sini . Pada asasnya, saya lebih mengutamakan apakah matlamat tuan-tuan yang sebenarnya. Lebih cenderung kepada duit? atau anda sendiri boleh menjawabnya.

2)     Suka-suka

Buat blog untuk suka-suka? Biar betul.. ada tuan-tuan.. ada.. Memang adapun. Yang tak reti-reti nak update dengan post terbaru tu harap-harap bukan sayalah . Baru je buat satu artikel, lepas tu terus senyap. Ghaib entah kemana. Yang ini saya kategorikan sebagai suka-suka. Ini bermakna anda tidak serius dengan apa yang anda lakukan.

3)     Hobi

Ada dikalangan kita buat blog kerana hobi. Beliau suka menangkap gambar (photographer) maka dibuatnya satu blog untuk meletakkan gambar-gambar menarik mengenai kerja yang telah dilakukan. Ataupun anda seorang fan kepada mane-mane kelab bolasepak eropah (yang tempatan ada ke? boleh bagi saya alamatnya? :) maka diciptakan satu blog khusus untuk pasukan tersebut. Semua ini tidak salah tuan-tuan, terpulang kepada anda, apa yang anda minat dan ingin kongsi dengan semua orang. Tak rugi walaupun seringgit. ;)

4)    Luahan Perasaan

Blog mengenai luahan perasaan ini banyak tuan-tuan. Luahan ini lebih kepada blog yang menceritakan hal-hal peribadi seseorang. Apa yang berlaku sepanjang hari atau minggu. Mungkin juga mengenai sesuatu perkara yang mereka tidak puas hati, ataupun puas hati sangat-sangat. korang faham tak?. Sebenarnya, sedar ataupun tidak, bila kita mula sahaja menulis, sebenarnya kita telahpun meluahkan apa yang tersirat di dalam hati sanubari kita.

Setiap apa yang kita taip, melambangkan apa yang tergambar di dalam hati kita. Betul tak? Cuba tuan-tuan cek. Bila kita menaip, kita sebenarnya menaip dengan hati kita. Sebab itu, setiap orang yang tahu membaca, boleh membaca sikap dan perilaku atau personaliti penulis blog dengan membaca cara penulisan beliau. Hati-hati tuan-tuan, bahasa anda melambangkan siapa anda :)

5)    Bina Kredibiliti/ peminat

Ha.. ini adalah tujuan utama saya membina blog..Oh! Membina kredibiliti tergeliat lidah menyebutnya bukanlah boleh dibina dalam masa satu hari. Buat hari ini, esok 1 juta orang yang mengenali diri anda. Ini mengarut.. sebab itu, saya sangat berterima kasih kepada anda semua kerana sudi mengunjungi blog saya. Dengan melawat blog ini, anda akan lebih mengenali siapa saya. Anda boleh juga baca di sini.

Anda akan lebih berjaya, jika anda mempunyai ramai kawan dan pengikut. Anda boleh lihat contoh sebenar di dalam dunia politik. Setiap yang bergelar ketua, mempunyai ramai kawan dan sudah tentu mempunyai pengaruh yang cukup kuat di sekeliling mereka. Namun begitu, semua ini hanya akan anda dapat jika anda mempunyai matlamat dan tujuan yang ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.

Orang tidak akan melihat berapa banyak duit yang anda dapat, tetapi sejauh anda mampu memberikan maklumat yang berguna kepada para pengunjung blog anda. Ini adalah kuasa dunia Informasi sekarang.

Kesimpulan

Okey, secara umumnya dapatlah saya simpulkan bahawa, terdapat pelbagai tujuan kita menulis blog. Terpulang kepada anda untuk menggunakan teknologi canggih masakini untuk tujuan kebaikan atau keburukan. Apa yang penting dan wajib anda semua ketahui adalah, pastikan apa yang anda lakukan boleh memberi manfaat kepada setiap manusia di muka bumi Allah s.w.t. ini.

sekian perkongsian kali ini..

wassalam..

ps: anda mempunyai pendapat bernas?jangan takut dan segan untuk beri komen mengenai artikel di atas :)

pss: Ilmu di dunia ini umpama setitik dari seluas-luas lautan di dunia. Kongsikanlah dengan semua oarang ;)

Related Posts

About the Author:

Pengasas & Pengarah Urusan Cahaya Mentari Marketing

7 Comments + Add Comment

  • Paling bagus, kita blogging berdasarkan pengetahuan dan minat kita.

    • yup,bila kita tulis apa yang kita minat,banayk idea akan keluar :)

  • 1. untuk cari kelainan
    2. untuk buat duit
    3. untuk kepuasan.

  • aku buat blog sebab….
    1. tak tau mana dtg punca aku berblog.
    2. tgok member sonok berblog.
    3. mlz nk men laman social yg membosankan sebab xde kwan.
    4. aku suke² jer berblog..hehe
    5. aku nk buat lombong emas…haha (ade dh tp nk tmbah lg)
    itu la tujuan aku berblog kot..hehe

    • @mr cuz terima kasih atas pendapat bernas anda. ada banyak sebab nak buat blog kan?yg penting kita tahu apa yg kita buat dan bermakna untuk orang lain. :)

  • mgkin entri aku xbnyak membantu..tp aku ske menolong org diblog org2 len..hehe 2 yg plik tu..

    • its okey. setiap orang adalah unik. yup kita kena tolong-menolong antara satu sama lain untuk berjaya :)

Leave a comment

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.

 

Komen Terkini

ARKIB