Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Terima kasih kerana melawat!
Fuh..lamanya masa yang saya ambil untuk ‘mengupdate’ blog ini. Saya minta maaf kepada para pengunjug blog ini kerana lewat membuat ‘post’ tengah cari idea juagak ni..heheh baru kerana agak sibuk sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah hari ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa perkara penting mengenai perniagaan internet.
Kali ini saya mengambil sedikit masa untuk membuat posting,bukan apa,kali ini saya mahukan post yang saya buat adalah berkualiti dan berguna kepada anda semua (jadi tak sia-sialah anda datang ke blog ini bukan?). Baru-baru ini saya mengunjungi jalan T.A.R. (Tunku Abdul Rahman). Memang ramai orang yang mengambil kesempatan untuk membeli-belah sempena hari raya tak berapa lama lagi.
Apa yang menariknya ialah,terdapat juga penjual yang menjual topeng muka (saya ingatkan cuma ada di farmasi sahaja)
. Makulmlah,sekarang ini negara dilanda H1N1. Memang merbahaya penyakit tersebut,tetapi pemerhatian saya di sana tiada atau kurang orang yang memakai topeng.( macam mana dengan kempen kerajaan ya?) tak berkesan pun Jalan punya jalan saya terserempak dengan penjual yang menjual topeng muka dengan topeng tersebut mempunyai gambar ‘Ultraman’! dan sebagainya.
Apa yangs saya nak cakap bukanlah mengenai topeng ‘Ultraman’ tersebut, tetapi idea kreatif yang lahir untuk menjual topeng muka tersebut!.
Saya juga ada berkunjung ke MidValey baru-baru ini dan sempat membeli beberapa buah buku yang berkaitan dengan pemasaran internet dan buat duit dengan internet. Antara buku yang menarik minat saya adalah buku dari Sifu IM ‘Gobala Krishnan’ jutawan yang lahir dari melakukan aktiviti menjana duit dengan internet. Tajuk bukunya adalah “Jutawan Era Baru” dan buku ni baru sahaja dilancarkan di kedai buku MPH.
Setelah membaca buku tersebut, saya sangat teruja kerana tedapat pelbagai tip-tip hebat bagaimana beliau membuat duit dengan internet. Untuk makluman buku tersebut adalah terjemahan ke dalam bahasa melayu daripada tajuk “The new Millionair” (kalau tak silap saya) yang berbahasa Inggeris. Saya sangat menggalakkan anda untuk mendapatkan buku tersebut kerana ianya “sangat penting” kepada anda yang mahu mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memulakan perniagaan internet dan menjadi jutawan.
Selain itu di dalam buku tersebut terdapat temubual dengan Usahawan internet terkemuka di Malaysia (antaranya Zamri Nanyan,Hafiz Latib a.k.a. Bitol dll) dan mereka telah mendedahkan beberapa ‘rahsia’ penting untuk melonjakkan keuntungan anda dalam menjana wang di internet. Jadi sila dapatkan di pasaran ’sekarang’ kerana saya yakin buku ini akan laris seperti ‘goreng pisang panas nanti’.
Mungkin anda tertenya-tanya, “faizal,awak tak ada produk untuk di jual ke?”. Yer..saya faham, mungkin anda sedang tercari-cari apakah sebenarnya produk yang saya jual di blog ini bukan?
Baiklah, untuk pengetahuan anda, tujuan asas saya membina blog ini adalah untuk ‘memperkenalkan’ diri dan membina ‘hubungan’ dengan pembaca blog. Saya tahu saya merupakan ‘orang baru’ dalam arena ‘internet marketer’. Jadi,sebagai permulaan,untuk fasa pertama ini saya hanya akan berkongsi dengan anda segala tip-tip yang saya pelajari dan juga isu semasa yang berkaitan dengan usahawan internet. Nak kata saya seorang pakar tu tidaklah kerana ramai lagi yang lebih pakar macam smartzul,temaflarebiz,alang dan lain lain tetapi saya akan lebih menumpukan kepada ‘membina hubungan’ (Networking).
InsyaAllah, saya akan memperkenalkan produk keluaran saya setelah saya mencapai matlamat saya kelak. Saya mengharapkan anda akan terus setia berkunjung ke blog ini, dan saya juga berharap agar kandungan blog ini akan sentiasa mempunyai kualiti yang anda semua harapkan.
Saya faham,untuk mencari kekuatan dan bersaing dengan Usahawan internet yang lain,anda memerlukan “keunikan” yang tersendiri. Anda tidak perlu risau tentang macam mana untuk mencari “keunikan” tersebut kerana anda sendiri adalah ciptaan Allah yang “unik” (tengok cap jari tuan-tuan semua,tak sama bukan dengan orang lain?).
Okey,setakat ini dahulu celoteh saya,nanti penat pula anda membaca panjang-panjang ye tak?
. Saya akan kongsikan tip-tip yang penting akan datang,teruskan kunjungan anda ke blog ini dan saya harap ianya bermanfaat.
When you`ve got something to prove, ther`s nothing greater than a challenge – Terry Bradshaw
ps: Sangat teruja dengan buku Gobala krishnan “Jutawan Era Baru”. Dapatkan di pasaran
.
ps: Bulan-bulan puasa ni memang banyak dugaanya…Ya Allah permudahkan urusan dan tingkatkan iman kami…Ameen.
Popularity: 82% [?]
Sphere: Related Content
September 7th, 2009
faizal ehsan
Posted in
Tags: 





































Tumpang lalu Tuan…. saya ada rahsia dapat income hari-hari, terbukti berkesan kerana 58 jutawan Melayu dilahirkan dalam masa kurang 5 tahun. Saya sendiri dah beli 2 d/sty terrace house, 1 office suite di Ikea, Damansara x termasuk rumah saya duduk sendiri & minggu depan seminggu sebelum raya keluar pula kereta baru WSX xx. (Nombor Tender). Sifu saya dah ada Brabus, raya ni kuar pula MPV baru WSY 15. He…he…he…. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin, Sekarang ni, hari-hari, Hari Raya.
terima kasih Azhar.saya hargai peluang yg anda beri
[...] ialah membaca. Yer.. membaca. (mungkin anda boleh lihat post saya yang lepas tentang buku di sini ). Dalam zaman teknolgi maklumat yang sangat mencabar ini, tidak dapat tidak semua orang wajib [...]