Dec
20
2009

Jangan Minta Kehidupan Yang Senang…

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi dapat bertemu dalam dunia maya di blog faizalehsan.com

Semalam saya tidak update blog ini. Mungkin ada di antara anda ternanti-nanti, tertunggu-tunggu artikel terbaru daripada saya walaupun saya bukanlah penulis artikel hebat tetapi sebenarnya memang hebat seperti Dr. Irfan dan saudara Smartzul haha. Saya sengaja tidak meletakkan artikel terbaru semalam kerana ingin berehat dan mencari idea baru untuk dipersembahkan kepada anda. Yer lah..nanti anda kata artikel tak berkualiti pule..

Memandangkan semalam adalah hari cuti, pasti ramai di antara anda yang memilih untuk keluar bersiar-siar, shoping, jalan-jalan kat tasik walaupun petang semalam hujan sahaja kat K.L ni, tetapi saya memilih untuk pergi ke ‘library saya’ di MPH midvalley. Ha.. kalau anda nak tahu itulah library saya sejak sekian lama.

credit to - http://adhiwibowo.files.wordpress.com

Niat pada asalnya hanya sekadar nak tengok-tengok buku-buku menarik atau yang terbaru di pasaran. Maklum sahajalah, sekarang ini sudah ramai penulis-penulis dalam Malaysia yang sudah mula menulis buku. Ini adalah perkembangan positif yang harus diteruskan supaya rakyat Malaysia yang bertuah ini rajin baca buku.

Setelah meng‘ushar’ buku-buku di MPH tersebut, saya dapati memang banyak buku-buku menarik di sana. Akibat menariknya buku-buku tersebut, akhirnya saya telah ditarik untuk membeli sehingga 4 buah buku. Adus.. tak dapat dibendung pula bila tengok buku-buku menarik kat sana.. huh!

mph midvaley

Saya telah membeli buku dari penulis dalam dan luar negara. Okey, tamau cakap banyak lagi, saya akan ceritakan buku-buku tersebut akan datang ye.

Kembali ke landasan sebenar tajuk artikel kita kali ini,

Jangan minta kehidupan yang senang

Em?biar betul? Kenapa pula jangan minta kehidupan yang senang?Pasti anda akan tertanya-tanya soalan macam itu.

Sebenarnya tuan-tuan, belum habis lagi tu, saya tuliskan kembali ayat penuhnya di bawah. Sebenarnya ianya adalah petikan dari ayat berbahasa inggeris:

“Dont” ask for an easier life; ask to be a stronger person -Kristen Goeser

Dalam bahasa melayu;

Jangan minta kehidupan yang senang, mintalah jiwa yang kuat

Tajuk di atas adalah untuk menarik perhatian, nanti anda tak tertarik untuk membaca kan? Salah satu strategi menulis artikel. ;)

Okey, kenapa kita tak boleh meminta kehidupan yang senang? Eh.. bukan ke hidup senang ini bagus? Sebenarnya tuan-tuan, tidak salah meminta kehidupan  yang senang, apa yang nak disampaikan dari ayat tersebut adalah, kita tidak boleh selalu berasa selesa dengan apa yang kita ada sekarang. Dalam maksud kata yang lain adalah “jangan duduk di zon yang selesa”.

Zon selesa memang akan membuatkan kita lalai dan tidak mahu berusaha untuk terus majukan diri kita lagi. Dah selesa, best, nak buat apa lagi? Manusia yang Allah jadikan atas muka bumi ini bukan ditugaskan untuk bersenang-lenang, cuba anda semua renung kembali, apakah tujuan asal kita semua dijadikan? Saya yakin anda akan dapat jawapannya.

Mempunyai jiwa yang kuat amat penting dalam mengharungi hidup ini. Kita tidak akan dapat lari dari pelbagai ujian dari Allah s.w.t sebagai hambanya. Kita senang, kita akan diuji. Kita susah, miskin, melarat, kita juga akan diuji. Sebab itu, mintalah jiwa yang kuat (doa) supaya kita dapat harungi ujian-ujian ini dengan sabar dan berjaya.

Jiwa yang kuat, tidak akan mudah goyah. Namun jiwa ini boleh jadi lemah jika ianya kotor dengan pelbagai jenis penyakit hati seperti sombong, angkuh, dengki, cemburu dengan kejayaan orang lain, maksiat dan sebagainya. Jiwa yang lemah tidak akan mampu bertahan dengan ujian.

Saya juga seperti anda, diuji dengan pelbagai perkara samada susah atau senang. Semoga kita sentiasa beringat dan sentiasa membersihkan hati. Hati adalah raja dalam badan kita. Jika baik, maka baiklah seluruhnya dan jika buruk akan rosaklah seluruhnya. Dalam perniagaan, kita kena sentiasa jujur dan ikhlas dan semuanya bermula dari hati.

Tip-tip kejayaan dalam perniagaan semuanya tidak akan berguna, jika anda memiliki hati yang kotor dan tidak ikhlas. Ikhlas adalah sesuatu yang kita tidak nampak, tetapi hanya Allah lebih mengetahuinya.  Semoga anda dan saya berjaya dalam kehidupan ini.. InsyaAllah.

Oleh itu sebagai kesimpulan, saya ingatkan diri saya dan anda sebagai seorang usahawan;

“Dont” ask for an easier life; ask to be a stronger person -Kristen Goeser

p.s: Saya pasti anda ada sesuatu yang ingin diluahkan, apa kata luahkannya di bahagian komen :)

Related Posts

About the Author:

Pengasas & Pengarah Urusan Cahaya Mentari Marketing

4 Comments + Add Comment

  • Weh.. ako malas nak bace haha…
    Just nak bgtau, affiliate niagakit ako dah idup…
    Bukak blog ako k…

    • okey, dah tengok dah. nanti kita bincang :)

  • Salam…

    Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor
    mempunyai pertalian rapat dengan keimanan
    dan ketakwaan individu.

    Hati amat penting kerana apabila rosak,
    ia menggambarkan pegangan agama kita
    juga turut rosak.

    Jadi berhati-hatilah… :-)

    • w`salam Hadinur MS.

      memang betul, semuanya berkait rapat dengan keimanan kita. Walaupun iman kita kadang-kadang ada turun naiknye, yg penting kita sentiasa meminta agar ditetapkan hati kita oleh Allah s.w.t.

Leave a comment

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.

 

Komen Terkini

ARKIB