Aug
13
2009

Ilmu, Workshop, & Bengkel…

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian ,kita akan terdedah dengan pelbagai ilmu dan maklumat yang melimpah-ruah kat depan mata.huh..penat..terlalu banyak maklumat juga boleh buat kita jadi penat sebab tidak tahu yang mana satu hendak dihadamkan.masalah ni selalu sangat berlaku pada saya

Nak tau tentang sesuatu?kawan saya selalu cakap”ask mr google” (ala..taip je kat google tu). mudah kan?tetapi sejauh mana maklumat itu tepat terpulang kepada anda untuk menyaringnya. Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah berkaitan ilmu perniagaan dan usahawan. dahulu saya memang mahu terus terjun dalam bidang perniagaan. yelah..ikut hati muda memang bersemangat.. tetapi setelah bertanya kepada orang-orang tua mereka yang berpengalaman barulah saya sedar bahawa nak meniaga ni bukannlah suatu benda yang senang.

Ada banyak ilmu perniagaan yang anda perlu dalami contohnya, bagaimana sesuatu syarikat itu berfungsi,operasi syarikat,pemasaran, akaun dan sebgainya.Anda perlu tahu semuanya barulah sesuatu syarikat itu boleh bernafas panjang tetapi jika anda masih tertanya-tanya..maka jawapannya hentikanlah,cari dulu ilmu,kemudian kita cerita lagi.

Hujung minggu ini saya akan mengikuti kem motivasi dan kepimpinan selama 4 hari 3 malam. huh..lamenya… pada mulanya saya memang tidak mahu mengikuti program tersebut kerana merasakan dah boring dengan bengkel serta kuliah yang berkaitan dengan program tersebut. mana taknya,dari sekolah,university, ni sampai dah keje pun masih lagi kena pergi program-program macam ni.huh!

Namun,bila difikirkan semula, ini adalah pelaburan saya untuk masa akan datang, saya kena akui bahawa saya tidak cukup ilmu lagi mengenai kepimpinan dan keusahawanan (ha..jangan skali-kali ingat anda dah pandai,ilmu kat dunia ni tidak pernah berkurang,maka pergilah belajar sampai mata dah tertutup)

saya akan kongsikan dengan anda nanti sebaik sahaja pulang dari kursus tersebut. mana-mana yang baik jadikan manfaat dan kita akan terus sama-sama belajar menjadi seorang yang berilmu,beriman,beramal. insyaAllah.

Ramai yang bertanya,apakah ubat bagi pemyakit malas?jawapannya cukup mudah,jadilah RAJIN!

ps: memotivasikan orang lain adalah salah satu cara memotivasikan diri sendiri.petang ni nak kena beli barang-barang persiapan ke program.huhu.

Related Posts

About the Author:

Pengasas & Pengarah Urusan Cahaya Mentari Marketing

Leave a comment

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.

 

Komen Terkini

ARKIB