Fokus dan Servis

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!

Alhamdulillah..mungkin minggu hadapan kita akan menyambut kedatangan hari raya :) .  Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita. Bagi mereka yang mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling,pasti akan mendapat ‘sesuatu’, tetapi bagi mereka yang tidak mengambil tahu,tak dapat la pape kan? (eh..apa yang ko merepek ni..huhu)

Dalam apa jua bidang yang kita lakukan,sebenarnya kita memerlukan fokus. Dalam solat pun kita kena fokus,kalau fikiran kita melayang,itu bermakna kita tidak fokus atau tak kusyuk. tuan-tuan tahu apa makna ‘kusyuk’?ha..kan saya dah bagitau tadi..kusyuk tu ‘fokus’ lah dalam bahasa mudahnya.

Dalam perniagaan tak kiralah samada perniagaan konvensional atau perniagaan internet, anda perlu fokus. Yer…bukan mudah.. kadang-kadang rasa nak putus asa dan nak lari terjun bangunan. Bukan mudah tuan-tuan..tetapi kalau nak berjaya tak ada lagi jalan lain. Kanta yang tuan-tuan selalu lihat tu mempunyai fokusnya sendiri. Contohnya teropong. Boleh nak fokus jauh atau dekat. ha..kalau main-main fokus teropong tu kejap jauh,kejap dekat maknanya tak fokus jugaklah. :wink:

Fokus kepada bidang anda akan membuatkan anda pakar dalam melakukan kerja anda. Kalau anda nak baca lagi tentang maksud fokus dalam konteks perniagaan internet seterusnya boleh lawat blog smartzul. Kat tepi blog saya juga ada link ke blog smartzul, jadi anda boleh tengok dan baca di sana. Apa yang saya nak ceritakan adalah anda kena fokus dan sabar dengan apa yang anda fokuskan selama ini. Kalau kejap-kejap melompat buat kerja lain saya pun ada masalah ni,maknanya kejayaan akan datang lambatlah. Datang juga..tapi lambat..sebab tak fokus.

Adakah anda mempunyai perniagaan dalam bidang perkhidmatan atau servis? Saya nak tanya sejauh mana bagusnya servis yang anda boleh atau mampu buat untuk pelanggan? Berdasarkan pengalaman, bidang servis bukan mudah untuk tuan-tuan yang tak ‘tebal telinga’ dan ‘hati kering’ bila berhadapan dengan pelenggan. Kalau anda tak mampu,tak perlulah bersusah-susah buat bidang ni. Nanti hati sakit, jantung pun sakit.

Servis yang bagus, sentiasa akan membuatkan pelanggan gembira dengan apa yang anda tawarkan. Daripada servis yang bagus juga akan membuatkan pelanggan anda “setia” dan sentiasa membuat pembelian ulangan “repeat order” dengan anda. Saya membangkitkan isu ini bukannya apa, saya lihat ramai usahawan yang kurang ambil berat tentang “after sales servis” maknanya perkidmatan selepas jualan. Tak ada sebarang “follow up” bila dah membuat jualan. Dah jual,cukuplah…setakat tu je. Ini silap tuan-tuan.. Cuba tengok KFC, McD, MAS bagimana servis diorang?

Kekuatan sesuatu perniagaan bisanya terletak kepada sejauh mana mereka mampu membuatkan pelanggan gembira dengan produk atau khidmad yang ditawarkan. Kalau anda betul-betul mahu menceburi bidang perniagaan, saya sarankan anda pelajari bagaimana untuk membina “hubungan” (bukan hubungan lain tau) dengan pelanggan. Saya hanya menulis secara umum,yang lain-lain anda semua boleh fikirkan.

Kesimpulan..

Okey sebagai rumusannya, saya secara peribadi lebih sukakan sesuatu yang kita beli dengan nilai servis yang bagus dan sesuai dengan harga yang ditawarkan. Tidak kira mahal macam mana pun harga produk anda, tetapi kalau servis anda “bagus”,“okey”, dan semuanya yang terbaik, anda adalah juara kepada produk dan perkhidmatan anda.

“Fokus” kepada bidang anda, jadi pakar, dan buat servis yang terbaik. Anda bakal jadi usahawan berjaya,insyaAllah. :)

ps: apakah fokus perniagaan anda? saya tidaklah tahu banyak, kalau anda tak puas hati sila beri pendapat anda di ruangan “komen”.,percuma je.. :wink:

pss:bagaimana dengan theme baru blog ini?ok tak? :wink: harap anda mudah membaca sebab tulisannya dah besar sikit. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.