
credit to :http://3.bp.blogspot.com
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua hari ini? diaharapkan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Hampir seminggu saya tidak menulis sesuatu di blog ini. Sememangnya, untuk melakukan sesuatu secara “istiqamah” bukanlah suatu perkara mudah.
Dalam keadaan sekarang dunia yang semakin bergerak pantas, kita sudah pasti tidak mahu ketinggalan. Namun jangan pula sampai terlupa untuk memanjatkan rasa kesyukuran kepada tuan punya dunia atas kehidupan yang masih diberikan kepada kita.
faizalehsan.com adalah blog peribadi saya. Sudah pasti ramai yang sudah mengetahuinya. Pada mereka yang baru singgah di sini. Salam perkenalan dan selamat datang saya ucapkan. Apa yang saya kongsikan bersama anda di dalam blog ini, diharapkan ada manfaatnya.
Tidak kira umur kita muda atau tua, kematangan seseorang tidak diukur melalui berapa umur anda. Jadi, jangan pula terkejut, jika budak-budak yang mengajar orang dewasa. Yang dewasa sepatutnya sedar dan lebih matang dalam tindakan. Bukan menunjukkan contoh yang buruk kepada generasi muda.
Perniagaan adalah sesuatu yang unik dan menyeronokkan bagi mereka yang mahu berusaha dan mempunyai minat yang luar biasa dalam bidang ini. Bukan mudah bergelar usahawan, bukan mudah tuan-tuan. Gelaran ‘usahawan’ bukan sesuatu yang glamor bagi mereka yang mengalaminya di dunia nyata.
Tanpa usaha yang gigih dan sabar, tidak mungkin seseorang itu akan berjaya. Dalam usia saya yang masih setahun jagung ini, saya dapati ramai dikalangan masyarakat kita, terutamanya melayu, cenderung untuk memulakan perniagaan sendiri. Ini satu petanda baik, supaya kita dapat terus bersaing dan menyumbang kepada ekonomi negara.
Semangat sahaja tidak mencukupi. Tanpa hala tuju dan perancangan yang betul, semuanya tidak akan berjalan lancar dan kalau salah langkah, kegagalan yang akan menanti. Kita boleh menyebut tentang kejayaan orang lain. Itu mungkin boleh memberikan semangat kepada tuan punya diri, tetapi alangkah manisnya kalau kejayaan itu adalah hasil usaha kita sendiri.
Memiliki suatu entiti perniagaan merupakan satu amanah. Semua yang perkerjaan yang kita lakukan didunia ini adalah amanah. Oleh itu, tidak kira di mana posisi anda, kita semua memikul satu amanah dan tanggungjawab kepada tuan punya dunia. Jadi, berkerjalah bersungguh-sungguh dan jangan khianati amanah tersebut.
Selagi kita masih bernyawa, selagi itu kita akan terus belajar. Ilmu pendidikan sangat penting dewasa ini. Tetapi “Ilmu Hidup” adalah paling penting. Tanpa ilmu ini, kita tidak akan kemana-mana dan hilang arah tujuan. Tiada matlamat, tiada motivasi, tiada apa yang ingin kita capai.
Semuanya bermula dari dalam diri kita. Salam kejayaan dari saya. Jumpa lagi pada artikel seterusnya.
faizal ehsan
Pengarah Urusan
Cahaya Mentari Marketing
Say Something...
Powered by Facebook Comments