Oct
29
2009

Cerita tentang ebook (2)

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog faizalehsan.com :)

Okey, hari ini saya akan menyambung penulisan saya mengenai “cerita tentang ebook” . Tetapi sebelum itu izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini dan juga seribu penghargaan kepada mereka yang  memberi komen untuk menambahkan semangat saya untuk berbloging (bagilah komen banyak2 yer, biar lotih den nak menjawabnye ;) ) .

Artikel yang pertama dulu saya menceritakan tentang kelebihan-kelebihan menulis ebook dan tafsiran mudah mengenai apa itu ebook. Yer..saya tahu…ramai yang dah tahu.. maaflah kalau infonye anda dah biasa dengar. Saya lebih tujukan kepada pengunjung yang mungkin tidak mengetahui tentang kelebihan-kelebihan ebook. Sekurang-kurangnya dapat memberi panduan yang jelas tentang ebook.

Okey, tak mahu berceloteh panjang lagi, saya akan menceritakan beberapa “kelemahan ebook”. Yup, semua benda di atas muka bumi ini tidak ada yang lengkap dan sempurna. Mesti ada kelemahan dan inilah sebenarnya kehebatan ciptaan Allah di muka bumi ini. Sentiasa diberikan pasangannya masing-masing. Ada kuat, ada lemah, ada siang, ada malam.

Antara kelemahan-kelemahan ebook ialah:

kelemahan 1 – Isi kandungannya tidak lengkap atau boleh dikatakan “ebook sampah” (bahasa kasarnya)

hmm…mengenai “ebook sampah” ni, anda boleh rujuk dalam artikel yang di tulis oleh smartzul di dalam blognya untuk mendapat maklumat lanjut mengenai panduan membeli ebook. Kadang-kadang tuan-tuan, kita dapat lihat pada laman webjualan ebook yang kita nak beli, memang canggih cover ebooknye sampaikan kita terpesona dengan janji manis dan juga ayat-ayat pujukan untuk membeli buku tersebut.

Akhirnya kita terus membuat keputusan untuk membeli tanpa memikirkan apakah kandungannya berkualiti ataupun tidak. Alahai..malangnya..yang selalu terpedaya adalah newbie..

kelemahan ke 2 – tak dapat nak selak muka surat yang kita nak rujuk dengan cepat

Ha..kepada sesiapa yang dah biasa pegang buku tebal-tebal macam kamus tu, ebook memang akan memberikan ketidakselesaan kepada anda untuk dibaca. Maklumlah, selalu buku boleh dipegang, di conteng dan sebagainya, dengan ebook tak boleh tuan-tuan. Kalau nak buat juga, kena print dahulu.

kelemahan ke 3 – Mata menjadi sakit apabila membaca lama-lama didepan skrin komputer

Masalah ini memang kadang-kadang saya hadapi. Terlalu lama fokus di hadapan skrin akan membuatkan mata kita letih dan urat mata akan menjadi tegang. Cara nak atasi masalah ni, anda cuba alihkan perhatian mata anda kepada objek-objek hijau disekeliling atau pun melihat satu pemandangan jauh (ala..macam tengok keluar tingkap). InsyaAllah, mata anda akan pulih seperti biasa.

Itulah antara kelemahan-kelemahan ebook  yang dapat saya nyatakan secara ringkas. Tetapi ini tidak bermakna ianya mendatangkan masalah kepada mereka yang benar-benar mahu mendapatkan ilmu. Ada pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah yang timbul dan saya dah ulas pada artikel di atas.

Tiada alasan untuk anda untuk tidak membeli ebook kerana terlalu banyak manfaat dari mudaratnya

Ringkas sahaja perkongsian kali ini. Kita berjumpa lagi pada artikel akan datang. yosh!

ps: seperti biasa, sila berikan pandangan bernas anda pada ruangan komen ;)

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions untuk mendapat artikel percuma. Terima kasih kerana melawat!

Related Posts

About the Author:

Pengasas & Pengarah Urusan Cahaya Mentari Marketing

4 Comments + Add Comment

  • betul kata pairjal tu..ebook menyakitkan mata gk bila baca..hehe
    rekod stakat ni yang aku buat, aku baca ebook pertama yg aku beli selama 32 jam tanpa rehat..wah boleh juling tau..haha maklum la ebook tu dh xkre tbal dh.. 4Gb isi kandungannya dan sampai sekarang aku rasa baru baca 2Gb jer..haha
    lg 2Gb nnt2 la aku bce..dan apa yg aku bce aku sedang amalkan dan smuanya best..
    ape² pn all the best bro..hehe

    • @mr cuz hoho..dasyatnyer, satu hari lebih baca ebook? memang sepatutnye juling (gurau jer,harap-harap taklah ;) ). tahniah,teruskan membaca tanpa jemu. “the more you learn, the more you earn”

  • xlarat nk bace dh..isinya yg len2 tu bnyak pkai modal gk nk buat..skang ni nk cri modal dlu..hehe..
    aku xske bce ebook sjer2..aku ske smbil bace smbil buat..hehe baru cpat ingat..

    • yup,learning by doing,lebih cepat blaja dari sekadar membaca sahaja. :)

Leave a comment

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.

 

Komen Terkini

ARKIB