Cerita Tentang e-book (1)

Salam kejayaan pengunjung blog faizalehsan.com. :) apa khabar? luar biasa bagus dan hebat sekali? (pinjam Dr Tuah punya tagline).

Agak lama juga saya ambil masa untuk buat posting terbaru di blog ni. Maafkan saya kerana tidak berapa sihat, hujung minggu lepas (keracunan makanan agaknye) selepas makan tengahari di sebuah kedai tak berapa jauh dari rumah. Namun, ribuan terima kasih kepada anda yang masih setia berkunjung ke blog ini untuk mendapat upadate terbaru.

Saya dah kembali sihat (alhamdulillah). Deritanya sakit perut..huhu. Okey tuan-tuan semua, seperti yang saya janjikan kepada anda pada artikel yang lepas, saya akan menulis mengenai “cerita tentang ebook”. Yer..ebook.. atau orang kampung kata “electronic book”. Saya pasti anda semua dah biasa dengar tentang ebook. saya nak cerita juga,tak peduli! Bukanlah maksudnya buku tu ada litar elektrik atau ada kuasa elektrik, karang tak pasal-pasal ada yang masuk Hospital. :lol:

Ebook ni tuan-tuan, secara mudahnya kita panggil buku dalam bentuk digital atau “Buku digital”. Faham? atau tak faham? Senang cerita buku ni kita boleh baca kat laptop atau skrin komputer sahaja, tak boleh pegang (kalau nak pegang boleh pegang skrin je) , tak boleh conteng-conteng (kalau nak conteng kene guna tools dalam pdf atau software yang sesuai) dan anda boleh baca dengan selamat tanpa risau air tumpah atau buku terkoyak dek kerana kenakalan anak tuan-tuan.

Pada waktu ini, ebook menjadi salah satu apa yang saya boleh kategorikan sebagai satu fenomena masyarakat Malaysia sekarang (kat luar negara dah biasa dah). Ini kerana permintaan terhadap ebook semakin meningkat dari setahun ke setahun dan ini memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan minat boleh membuat ebook mereka sendiri di samping menjana pendapatan dari ebook tersebut. Ha..kat bawah ni saya punya design ebook, sempoi jek..

tip power

tip power - contoh laporan ebook

Ha..bagaimana tuan-tuan design ebook saya? sebenarnya belum siap lagi tuh, dalam proses ;) . Jadi lebih kurang macam itulah rupanya sebuah ebook.

Kenapa ebook menjadi pilihan? Yer.. sudah pasti kerana ianya mempunyai beberapa kelebihan berbanding buku-buku biasa yang kita beli di MPH atau mana-mana kedai buku yang ada  di Malaysia ni. Antara kelebihan-kelebihan ebook adalah seperti berikut:

  1. Mudah untuk di simpan (senang sebab ada  kat dalam laptop anda atau pc, so kalau nak baca buka sahaja file buku   tersebut)
  2. Tak akan koyak atau basah kena hujan lebat atau gerimis
  3. Boleh print seberapa banyak yang boleh kalau tuan-tuan tak selesa nak baca depan skrin (selagi dakwat printer anda banyaklah)
  4. Panduan ebook yang di jual biasanya tak ada dekat kedai-kedai buku biasa
  5. Boleh tambah pendapatan sampingan atau jadi kaya dengan jual ebook sampai boleh dapat RM10k (saya pasti tuan-tuan mesti teruja bukan?)
  6. Kandungannya boleh di update dari semasa ke semasa (jika anda tuan punya ebokk)
  7. dan macam-mcam lagilah….

Ha..tengok..berapa punya banyak da.. kelebihan-kelebihan memiliki atau menjual ebook. Sebab itu ramai dikalangan rakyat Malaysia yang tercinta ini sudah mula membuka mata untuk memceburi bidang penulisan ebook. Sebut pasal penulisan ni, masa zaman kita sekolah dulu, memang liat nak tulis karangan bukan? kalau cikgu bagi latihan jangan harap nak siapkan hari itu juga. haha..tetapi sekarang, dah ada motivasi…apa dia..? duit.. :)

Tetapi, menulis ni tuan-tuan sekalian, bukanlah sekadar nak buat duit semata-mata. Saya harap kita tidak mempunyai pemikiran yang begini kerana jika niat anda hanya sekadar untuk mencari keuntungan, maka perniagaan atau penulisan anda tidak akan dihargai oleh semua orang yang membeli panduan ataupun ebook anda.

Apa yang perlu dititikberatkan adalah kualiti buku yang dihasilkan dan bukan sekadar copy & paste dari mana-mana sumber yang tidak diketahui puncanya. Kelak, ianya akan menjatuhkan reputasi anda sebagai penulis dan insan yang bergelar manusia di muka bumi ini.

Okey, untuk kali ini saya kongsikan kelebihan-kelebihan ebook dan apakah definisi ebook ( pada pandangaan dan istilah mudah yang saya buat untuk pemahaman anda, nanti jangan salahkan saya pula bila tuan-tuan rujuk kat dalam kamus dewan istilahnya lain). InsyaAllah, saya akan kongsikan lagi mengenai ebook dan kelemahannya pada artikel yang akan datang.

stay tuned…

Salam kebahagiaan dari saya… :)

ps: Ucapan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog ini,saban hari semakin meningkat traffik ke blog ini. Alhamdulillah.

pss: Nampaknya saya kena upgrade hosting tak berapa lama lagi  sebab sudah semakin kecil saiznya. Terima kasih saudara smartzul atas nasihat ;)

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions untuk mendapat artikel percuma. Terima kasih kerana melawat!

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

8 thoughts on “Cerita Tentang e-book (1)

    • terima kasih mantra. :) saya masih belajar..harap mantra boleh beri tunjuk ajar juga sebab saya tau mantra dah lama berblogging ;)

    • @mr cuz dah beli kenelah baca..dah baca tu,kenalah habiskan membaca.. :) takpe, pelan-pelan habiskan baca, orang kata apa “slow & steady”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

105 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.