Video seks, tips mudah untuk di soal siasat oleh pihak berkuasa.

Menjadi seorang blogger sememangnya satu perkara yang seronok untuk sesiapa pun, lebih-lebih lagi apabila blognya di lawati oleh pengunjung. Lebih ramai pengunjung yang datang ke blog kita… maka lebih tinggilah nisbah traffik yang diterima.

Sebagai seorang blogger, mereka berhak untuk terbitkan apa sahaja artikel yang mereka sendiri mahukan. Dari kisah peribadi, kisah lampau, kenangan manis, kenangan pahit, kisah artis, kisah dalam kain dan rumahtangga orang lain dan juga kisah yang berlaku di dunia. Malah sampai pada satu tahap, kisah luar dunia ini pun boleh dikongsikan.

Tetapi seorang blogger juga harus tahu etika blogging yang betul. Blogger walaupun merasakan dirinya bebas.. tapi apabila tiba pada satu tahap, mereka akan tertakluk di bawah undang-undang. Tidak kiralah negara mana kita duduk, kita harus patuh pada undang-undang. Continue reading

10 billionair Malaysia 2011

Mengikut fakta dari majalah Malaysian Business, berikut merupakan individu-individu terkaya di Malaysia:

1. Robert Kuok Hock Nien
Flagship: Kerry Group/ Kuok Group
Jumlah kekayaan semasa: RM50,040.00 juta

2. T. Ananda Krishnan
Flagship: Usaha Tegas
Jumlah Kekayaan semasa: RM45,780.00 juta

3. Tan Sri Teh Hong Piow
Flagship: Public Bank
Jumlah kekayaan semasa: RM12,755.53 juta

4. Tan Sri Lee Shin Cheng
Flagship: IOI Group
Jumlah kekayaan semasa: RM12,739.50 juta

5. Tan Sri Lim Kok Thay
Flagship: Genting Group
Jumlah kekayaan semasa: RM10,895.99 juta

6. Tan Sri Quek Leng Chan
Flagship: Hong Leong Group
Jumlah kekayaan semasa: RM10,751.62 juta

7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Flagship: Albukhary Foundation
Jumlah kekayaan semasa: RM8,840.00 juta

8. Puan Seri Lee Kim Hua
Flagship: Genting Group
Jumlah kekayaan semasa: RM7,429.34 juta

9. Tan Sri Tiong Hiew King
Flagship: Rimbunan Hijau
Jumlah kekayaan semasa: RM4,772.33 juta

10. Ong Beng Seng
Flagship: Hotel Properties Ltd
Jumlah kekayaan semasa: RM3,987.65 juta

Sebagai pembakar semangat dan perjuangan untuk menjadikan diri kita usahawan tycoon seperti mereka ini, maka kita kenalah berusaha keras dan jadikan senarai ini sebagai batu lonjatan untuk berjaya kelak.

Mungkin bukan sekarang, mana tahu suatu hari nanti nama anda akan tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia :)

Jumpa lagi pada artikel akan datang. Salam kejayaan dari faizalehsan.com

P.s: anda ada sesuatu nak cakap? Jom tulis di ruangan komen ;)

Join saya di facebook, klik SINI

Location:Bandar Baru Serting,Malaysia

Selamat tahun baru 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah..syukur kepada ilahi, kerana dengan izinnya kita masih lagi dapat bersama di ruangan siber ini.

Sudah lama sebenarnya saya ingin update blog kesayangan ini. Mungkin kerana kesibukan menguruskan perniagaan yang baru hendak berkembang menyebabkan saya tidak dapat menulis sesuatu untuk anda semua.

Esok merupakan hari baru dan tahun baru. Tahun 2010 pastinya telah banyak meninggalkan kisah suka dan duka kepada kita semua. Samada ianya baik atau tidak, ianya datang dari tuan punya dunia iaitu Allah s.w.t. Sebagai hambanya, terimalah dengan hati yang lapang.

Sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya, adalah lebih baik kita merenung kembali drama yang kita telah lakonkan pada tahun 2010. Ini adalah sebagai tanda kita ingin sentiasa memperbaiki diri kita kepada yang lebih baik.

Bagi mereka yang beragama Islam, langkah ini dipanggil “muhasabah” diri.

Tahun 2010 adalah tahun pertama saya memberanikan diri untuk serius menjalankan perniagaan. Walaupun pada mulanya bermula dengan modal yang sedikit, tetapi dengan sokongan dari keluarga serta pembekal bumiputera yang bersedia memberikan kemudahan dalam perniaagaan, alhamdulillah, dengan izin Allah, saya mampu berada di tahap sekarang.

Bukan mudah sebenarnya tuan-tuan dalam menjalankan perniagaan. Jika kita tidak cukup ilmu dan sokongan dari keluarga terutamanya, saya pasti langkah untuk menjalankan perniagaan akan sukar.

Terima kasih emak dan abah yang banyak membantu dalam proses saya menjadi seorang usahawan. Tanpa doa dan restu kalian, saya tidak akan sampai ke tahap ini.

Memiliki sebuah entiti perniagaan merupakan satu tanggungjawab. Bila ianya wujud, maka disitulah bermulanya tanggungjawab kita. Mengurus dan mentadbir dari segenap segi. Bermula dari pentadbiran sehinggalah kepada jualan serta pemasaran.

Sehingga ke hujung tahun ini, syarikat kami akhirnya sudah memiliki sebuah lori yang akan digunakan untuk memasarkan produk halal kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan alat-alat ini, pihak syarikat akan mampu memberi yang terbaik kepada semua.

Sebenarnya terdapat banyak kisah suka dan duka sebelum kami memperolehi lori tersebut. Jika berkelapangan saya akan nukilkan di blog ini insyaAllah.

Nampaknya sudah banyak saya berceloteh. Saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua jika tulisan ini agak membosankan anda. Almaklumlah sudah lama tidak menulis blog, maka agak kaku sedikit.

Selamat menyambut tahun baru 2011 saya ucapkan kepada semua. Semoga tahun baru ini akan membawa lembaran baru kepada kita dan apa yang paling penting adalah, kita mestilah sentiasa meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t.

Salam sayang dari saya. Moga diberkati dan dirahmati.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Bandar Baru Serting,Malaysia

Semua naik… Oh!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar?Sihat? Kalau sihat alhamdulillah. Bersyukurlah kepada Allah s.w.t. yang masih memberi nikmat sihat kepada kita. Untuk apa tuan-tuan?untuk terus melakukan amal ibadah kepadaNya. Bukan untuk bersukaria. Jika kurang sihat, anggaplah itu semua ujian buat kita. Samada untuk mengingatkan diri kita, ataupun untuk membasuh dosa-dosa yang pernah kita lakukuan.

Yer, saya faham… kita masih lagi didalam “mood” raya. Sudah tentu ramai yang berkunjung ke rumah terbuka yang masih lagi diadakan sehingga ke hari ini. Namun beringat-ingat sahabat semua, jangan sampai melampau-lampau pula makannya. Takut-takut banyak masalah yang akan timbul dikemudian hari.

Ok, agak lama rasanya tidak menuliskan  sesuatu di dalam blog kesayangan ramai ini.. ;) Bersempena dengan bulan Oktober ini, molek rasanya saya nukilkan sesuatu untuk anda. Orang kata, kalau sudah minat melakukan sesuatu, susah untuk kita tinggalkan minat tersebut. Sudah lama tidak menulis, mulalah rasa rindu…

Saya tidak bercadang menulis panjang kali ini. Sekadar bersantai-santai sahaja. Saya pasti akan kembali lagi pada artikel akan datang. Cuma entri kali ini, cuba hayati video di bawah. Mungkin akan sentiasa mengingatkan kita keadaan ekonomi semasa pada zaman ini. Enjoy!.. Semua naik!

Salam Syawal, Aidilfitri 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung faizalehsan.com

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada pelawat-pelawat blog ini. Saya faham dan akur atas kelemahan diri. Jika ada salah dan silap sepanjang saya menulis di blog ini, saya dahului dengan ucapan seribu ampun dan maaf.

Saya pasti ramai yang akan memandu balik ke kampung dalam masa terdekat ni. Jadi, berhati-hati ketika memandu, ingatlah orang tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia

Dari pagi tadi saya mencari-cari idea, apakah artikel menarik yang boleh di tulis di blog ini. Namun masih belum jumpa. Kebetulan, hari ini saya mempunyai temujanji dengan pelanggan yang berminat untuk menjadi pengedar kami untk bahagian Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, selesai satu perkara. Sepanjang artikel ini ditulis, saya baru sahaja balik dari berjumpa dengan pelanggan seperti yang telah diberitahu tadi. Segalanya nampaknya berjalan lancar. Beliau juga mempunyai misi dan visi yang sama, untuk memartabatkan produk halal keluaran bumiputera Islam khususnya.

Oh ya, saya bukan terlupa atau buat-buat lupa, kerana hari ini merupakan tarikh bersejarah bagi negara kita Malaysia. 31 hb Ogos. Tarikh keramat menunjukkan bahawa Malaysia telah merdeka. Tahun ini merupakan tahun yang ke 53. Wah! Nampaknya sudah agak lama kita merdeka samada kita sedar atau tidak.

Bagi yang lahir sebelum merdeka, sudah tentu merasai betapa bernilainya erti kemerdekaan dalam diri. Betapa kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan ini. Namun begitu, adakah kita benar-benar merdeka?

Walaupun saya tidak lahir pada tahun sebelum merdeka, tetapi sekurang-kurangnya tahu mengenai sejarah bangsa dan negara. Paling asas yang anda semua kena tahu, “lagu negaraku”. Ada juga yang tidak hafal lagu ini. Percaya atau tidak?percayalah..

Untuk memerdekakan negara dari penjajah memang sukar, tetapi untuk mengisi kemerdekaan itu lebih sukar. Bak kata orang yang menang pertandingan:

Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali.

Memang kita tidak dijajah dari sudut fizikalnya, tetapi kita dijajah dari sudut pemikiran, budaya dan lain-lain. Mungkin ramai yang mengatakan tidak benar. Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran waras, kita sudah dapat menilai dengan akal fikiran kita. Adakah pemikiran anda sudah bebas?

Pembangunan material yang tidak selari dengan pembangunan rohani, sudah pasti akan merosakkan bangsa kita sendiri. Walaupun ramai orang politik menjanjikan berbagai kata-kata manis mengenai perpaduan, agama dan sebagainya, namun hasilnya masih tidak kelihatan. Malah lebih teruk lagi.

Sebagai rakyat Malaysia, anda dan saya sudah tentu bangga dan bersyukur dengan kemerdekaan negara ini. Nikmat merdeka kita ini memudahkan segala urusan dapat dilakukan dengan aman dan selamat. Namun, kemerdekaan dari sudut itu masih tidak cukup. Bagaimana dengan pengisian-pengisian tentang kerohanian dan pembentukan jiwa? Kerana majunya sesebuah negara adalah kerana orangnya, manusia.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Semoga kemerdekaan ini dapat kita kekalkan sampai bila-bila. Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab untuk menjadikan negara ini kekal aman dan makmur. Sekadar sedikit perkongsian dari saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap pembangunan  modal insan dan negara.

Saya dapat membaca, mungkin anda mempunyai buah fikiran dan ingin berkongsi disini. Apakata anda ke ruangan komen sekarang. :)

Jumpa lagi untuk artikel akan datang..

Selamat Hari BELIA & Hari GURU

Baru-baru ini kita telah menyambut hari belia dan hari guru(semalam). Sememangnya menyambut hari-hari khas seperti hari tersebut adalah untuk memperingati dan menginsafi diri supaya memperbaiki diri yang serba lemah dan mudah terpesong ini.

Hari belia

Bagi yang masih merasakan diri mereka adalah belia negara, maka saya ucapkan selamat hari belia. Bagi mereka yang tidak sedar diri lagi atau buat-buat tak sedar tentang diri mereka, bangunlah kawan, sahabat, sesungguhnya anda diperlukan oleh bangsa, agama dan negara.

Saya tertarik untuk menulis mengenai belia ini kerana saya juga belia seperti kamu (muda lagi.. :) ). Sekadar ingin mengingatkan diri tentang apakah tanggungjawab serta sumbangan yang telah kita berikan kepada negara, lebih-lebih lagi kepada agama kita, Islam. Continue reading

Selamat datang Tahun Baru 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pengunjung faizalehsan.com

Ketika artikel ini di tulis, saya sedang berada di kampung. “Selamat Tahun Baru 2010″ kepada semua!

Mungkin agak terlambat untuk saya ucapkan. Tetapi tak mengapalah, kehangatannya masih lagi terasa bukan? Apakah azam tahun baru anda semua tahun ini? ingin memiliki rumah baru? kawin baru? menjadi jutawan? dan sebagainya. Walambagaimanapun, yang penting kita mempunyai matlamat untuk di capai pada tahun baru ini.

Saya menghadapi masalah beberapa hari ini. Masalah dengan window baru iaitu window 7.  Tetapi alhamdulillah, semuanya telah selesai. Apakah pendapat anda untuk window baru ini? Setelah membuat beberapa kajian dan mendapatkan pandangan, sebenarnya memang bagus!

Okey, saya simpan dulu cerita tersebut. Oleh kerana kita masih lagi di ambang tahun baru, saya sekadar ingin menulis secara ringkas sahaja pada kali ini.

Semoga azam anda yang lepas terlaksana dan azam baru kali ini lebih “menjadi dan membuahkan hasil” insya Allah. Bertemu lagi pada artikel seterusnya.

Salam kejayaan dari saya!

p.s: Selalu-selalulah seinggah di blog ini untuk mendapat pelbagai tip tentang keusahawanan dan perniagaan internet!

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, bertemu lagi dalam hari baru, bulan baru, dan sekarang adalah tahun baru hijrah 1431.

Semalam selepas Asar bermulanya tahun baru dalam kalendar islam. Mungkin ramai yang tidak kisah atau ambil pusing mengenai hal ini. Maklumlah, tidak ada bunga api dan mercun, konsert, countdown dan sebagainya. Yang ada hanyalah perarakan sepanduk dan nyanyian nasyid. Boring?Bosan?

gambar - ihsan berita harian

gambar - ihsan berita harian

Sebagai umat islam dan sudah tentunya agama ini adalah yang terbaik untuk kita, seharusnya rasa bangga dan bersyukur dengan nikmat kurniaan tuan punya dunia tidak sepatutnya dilupakan. Tahun baru bermakna usia kita semakin bertambah dan perlu diisi dengan amal ibadah dan usaha untuk  memperbaiki diri. Continue reading

Blog faizalehsan.com di Hack Sekali lagi!

Salam sejahtera kepada pengunjung blog faizalehsan.com

Semalam telah berlaku lagi perkara yang mendukacitakan. Blog ini telah di Hack sekali lagi! (mujurlah kali ini tidak setruk yang lepas). Kali ini saya sudah dapat mengesan dimana Hacker yang tidak bertanggungjawab ini dan mereka adalah dari Turkey. Aduhai..memang tak serik-serik diorang ni.

Saya memohon maaf kepada anda semua kerana jika dilihat pada tarikh saya update blog ini adalah pada 7 haribulan Disember. Sebenarnya  saya telah menulis artikel pada 12 haribulan yang lepas tetapi artikel tersebut tidak dapat diselamatkan akibat database blog ini hilang.

Setelah bertungkus-lumus dari petang hingga ke malam tadi, akhirnya saya berjaya selesaikan masalah tersebut. Kesemua database yang lepas saya telah instal semula. Cuma artikel terbaru tidak dapat diselamatkan. Pengalaman digodam pada masa lepas telah membuatkan proses setup semula blog ini agak pantas. Continue reading

Blog faizalehsan.com di godam!

Sedih, geram pun ada. Semua perasaan bercampur-baur dengan tingkah laku sebahagian dari sikap mereka yang suka menyalahgunakan kemahiran yang ada untuk tujuan yang tidak baik.

Saya akan bawakan perkembangan terkini mengenai blog ini dalam masa terdekat. Oh ya, blog ini telah di hack semalam. Alhamdulillah saya telah berjaya pulihkan kembali. Di bawah adalah gambar hacker yang tidak bertanggungjawab tersebut.

faizalehsan hacked by razmataz

si Hacker yang menggodam

Pendapatan hartawan dunia merosot

Saya petik artikel ini dari berita harian 3.10.2009. Renung-renungkan.. :) . Sekali-sekala kena ambil tahu juga perkembangan semasa kan?.

“Hidup umpama roda, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah.”

NEW YORK: Majalah Forbes dalam laporan tahunannya mengenai kedudukan individu terkaya di Amerika Syarikat menunjukkan kebanyakan pendapatan hartawan terbabit semakin merosot dengan kerugian sehingga AS$300 bilion (RM1,050 bilion) sepanjang tempoh 12 bulan lalu.

Senarai tahunan Forbes membabitkan 400 hartawan Amerika Syarikat mendapati pelabur Warren Buffett kerugian hampir AS$10 bilion (RM35 bilion) berikutan syarikat milik beliau, Berkshire Hathaway mengalami kerugian besar. Continue reading

Selamat Berpuasa Semua!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni dah genap satu hari berpuasa. bagaimana dengan ibadah puasa kalian usahawan semua? Harap-harapnya ibadah yang kita buat sepanjang bulan yang penuh rahmat ini diterima seluruhnya.insyaallah

Mungkin belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan “Selamat Berpuasa” yelah..dah start puasae pon kepada pengunjung blog ini dan seluruh umat islam. Hidup sebagai usahawan..kadang-kadang benda-benda  yang kecik kita terlepas pandang maybe besar pun ada dek kerana kesibukan menguruskan perniagaan. Almaklumlah… Continue reading